04 November 2009

Jadikan Nilai Ilmu Sebagai Ukuran, Bukan Politik Semata-mata..

Salam Perjuangan..

Varsiti Kita

Kali ini tangan saya menjadi sangat rajin untuk menaip isu-isu yang kelihatan berat bagi majoriti mahasiswa dan mahasiswi yang kurang berminat dengan politik. Mungkin tidak begitu terlewat untuk saya memberi pendapat tentang isu hangat Timb Presiden PMUKM, Sarfarizmal Md Saad yang telah mengeluarkan artikel 'copy paste' menghina Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz.

Penyiaran artikel yg berasal daripada BLOG PANGLIMA PERANG CYBER membuktikan bahawa Sarfa secara terang-terangan telah bersetuju dengan apa yg diperkatakan oleh blog itu (kini artikel itu sudah di delete daripada blog Sarfa).

Artikel itu menyatakan bahawa Mursyidul Am Pas itu tidak layak dan boleh membawa kepada kesesatan. Dalam kenyataan blog itu juga Nik Aziz tidak layak digelar Tok Guru dan membawakan video sebagai bahan bukti untuk mengukuhkan hujahnya.

Penyiaran artikel ini dalam blog Sarfa telah mengundang kepada limpahan kritikan serta mendapat cabaran untuk berdebat secara terbuka oleh Farid Hamlud, seorang pelajar kejuteraan.

Persoalannya sekarang, LAYAKKAH?

Layakkah kritikan itu diberikan kepada seorang tokoh ulamak? Sedarlah diri, kita ni siapalah sangat jika nak dibandingkan dengan ilmu agama Tok Guru. Pangkat ustaz pun kita tak ada. Mungkinkah sebagai seorang Mahasiswa? Gelaran itu pun sudah ditarik di UKM (memandangkan Minggu Mesra Mahasiswa sudah ditukar kepada Minggu Mesra Pelajar).

Saya bukanlah hendak memihak kepada mana2 pihak politik menyatakan siapa betul dan siapa salah, sekadar memberi pandangan tentang taraf kita. Tidak kira setinggi mana pun jawatan seseorang itu tidak kira Tok Guru atau tidak, kita tetap hamba Allah.

Isu-isu ini boleh dibaca lebih lanjut di NADI UKM yang saya lihat kini lebih ke arah politik kampus dan politik luar. Pendedahannya cukup menarik untuk membuka mata semua pihak.

Namun secara peribadi saya bukanlah penggemar isu-isu ini, tetapi lebih gemar ke arah isu-isu kebajikan mahasiswa. Oleh itu saya lebih suka membaca blog NADI UNIMAP yang mengupas dengan menarik isu-isu penindasan pihak tertentu terhadap mahasiswa. Isu-isu seperti inilah yang akan membuka mata mahasiswa-mahasiswa 'di atas pagar' agar tahu yang mana terbaik untuk mereka.


ps/: saje2 menulis time exm camni :D



....................................




25 October 2009

Hari-hari yang berlalu..

Alhamdulillah.. Segala puji bg Allah..

Genap sebulan blog ini tidak di update :)

Setelah sekian lama menanti akhirnya sembuh juga laptop sy. Bersyukur kpd Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Gembira sgt2 :) Kpd smua pembaca blog ini, minta maaf kerana sudah lama tak update.

Masa berlalu dengan cukup pantas, semester dua bakal menemui ke penghujung jalan. Sebelum itu sudah pasti akan menempuhi final exam tidak lama lagi. Bertanyakan kepada diri, inilah kali pertama seumur hidup, saya tidak bersedia melebihi 80% untuk berjuang. Sangat ironic. Mungkin inilah balasan kesan dosa-dosa yang pernah dilakukan. Ya Allah, dasyatnya ujian ini. Ujian yang mesti dilalui antara rela atau tidak..

"Letih tubuh di dalam perjalanan,
Saat hujan dan badai merasuki badan,
Namun jiwa harus terus bertahan,
Kerna perjalanan masih panjang.."

Di saat tertekan bergini teringin nak lepaskan tekanan dengan bermain squash. Sudah lama tangan ini tidak memegang raket dan beraksi di gelanggang. Suatu ketika dahulu sy mempunyai ramai kawan yang minat dengan sukan ini. Namun setiba di UKM tiada lagi, hanya sejarah yang dijadikan kenangan.

Masa muda2 dlu...

Semoga Allah membantu insan yang lemah ini menempuhi segalanya. Oleh kerana masa cukup mencemburui, sy berhenti disini sahaja. Selamat menempuhi Final Exam kpd smua. Maafkan segala silap dan salah yang pernah dilakukan. Semoga Allah memberkati kita semua.


.....................................................

25 September 2009

Sedikit Luahan, Kurangkan Kesedihan...

Assalamualaikum...

Begitu cepat masa berlalu sehingga tidak sempat untuk update blog ini. Malah sudah lama tidak berenang ke blog2 lain. Adakah banyak kerja boleh dijadikan alasan? Hmm...

Baru2 ni laptop kesayangan saya rosak. Belum sempat 1 tahun dah rosak, agak sedih. Sebelum membeli laptop, saya telah survey habis-habisan untuk membeli model laptop yg terbaik. Dari awal sudah menolak model Acer ke tepi. Sejarah menunjukkan Acer terlalu banyak problem, jd sy ingin beralih arah kepada Compaq. Akhirnya sy memilih CQ40-133AX.

Risiko telah diambil semasa membeli laptop ini. Kerana banyak sangat info mengatakan model CQ40 mengalami masalah heat. Terdapat banyak juga masalah berkaitan dengan drivers jika ingin menggunakan XP.

Tp saya masih memilih laptop ini kerana harganya murah. Internal hardisk pon besar. Malah RAM telah di upgrade jd 4Gb. Tiada sebarang masalah menggunakan XP. Senang cerita lancar. Saya juga telah menggunakan Avira Premium Security Suite untuk melindungi laptop ini drpd sebarang serangan luar.

Tidak tahu knp usually bdk2 kat UKM ni suke guna Kaspersky. Maybe sebab banyak dijual semasa Pesta Konvo dan juga kedai2 PC kat UKM. To be honest sy mmg sgt xsuka Kaspersky. Boleh lihat orang2 yang menggunakan Kaspersky, laptop mereka asyik ada problem malah terlalu kerap format laptop. Jd fikir2kan lah..

Akhir cite..

Setelah menjaga laptop dr segi mental dengan baik, namun apabila fizikal buat hal memang xleh nk wat pe. Sejak beli laptop itu sy tidak pernah format balik. Tp apabila hardware laptop rosak memang xleh nk buat ape2. Hantar pi warranty je jwbnya.

SY RINDUUUU LAPTOP SY :((





...................................

23 August 2009

Jihad Bisnes Pemangkin Ekonomi Ummah..


Semalam sy berpeluang untuk menghadiri Program Gerak Usahawan Siswa 2009 di DAM. Sy sangat tertarik dengan kehebatan para usahawan yang begitu hebat melangkah ke hadapan untuk menjadi jutawan berjaya.

Kagum melihat mereka melangkah lebih jauh kehadapan. Uniknya persamaan para usahawan ini mereka berpegang kepada hadith ini :

"Sembilan per sepuluh sumber rezeki (boleh diperolehi) melalui perniagaan." (Hadith Riwayat Al-Tirmizi)

Jadi mengapa ramai pilih 1/10 ? Makan gaji tidak menjaminkan kesenangan hidup. Bangkitlah umat Islam, berniagalah. Kenapa? Kerana ada tempat menarik untuk para peniaga..

"Peniaga-peniaga yang jujur dan amanah (akan ditempatkan berserta para nabi, siddiqin dan para syuhada" (Hadith Riwayat Al-Tirmizi)

Menarikkan.. Hmm.. Akhir kata..

"Nabi Muhammad SAW berbisnes tidak hanya dengan modal wang, tetapi dengan kepercayaan dan professionalisma. Moadal itulah menjadikan baginda berjaya."

Selamat menjadi para usahawan kepada semua :)

Ps/: Harap tulisan yang cukup ringkas ini sangat padat memberi manfaat kepada semua..




.............................................................................

05 August 2009

Ekspidisi Gua Tempurung


Pada 25 dan 26 Julai 2009 yang lepas, Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi (PMFST) telah menganjurkan Ekspidisi Gua Tempurung di Perak.

Syabas dan tahniah kerana menjayakan program yang cukup bermakna ini. Sedikit terkilan kerana tidak dapat pakej yang lebih mencabar kerana hujan telah membanjiri gua tersebut.



Oleh sebab perjalanan yang dijadualkan tamat lebih awal, kami berpeluang pergi ke air terjun (hmm xingt kat mane huhu).. Cantik sangat2.. Indahnya alam ciptaan Allah menaikkan semangat ingin pergi mengembara..


ps/: ditulis dgn sgt rushing :D

...........................

28 July 2009

Chi's Sweet Home

Chi's Sweet Home

Chi's Sweet Home, sebuah kartun pendek 3 min per episode. Sebenarnya saya telah lama menonton kartun ini, cuma baru-baru dapat menghabiskannya sehingga ke akhir episode.

Apa yang best tentang kartun ini?

Kelakar dan sangat comel.. huhu.. mungkin ini sangkaan awal..

Tapi..

Semakin menghampiri episode akhir terasa sangat sebak.. Sedihnya... Mengalir air mata ini.. Tidak tergambar dengan kata-kata.. It sadden me..

Kenapa setiap cerita dalam hidup akan berakhir begini?

Takdir.. Hmm..

Sebenarnya tidak semua kartun hanyalah untuk hiburan semata-mata. Kartun seperti ini telah memberi kesan pada hati saya.. Moral value yang baik diambil..

Mungkin kartun seperti ini lebih sesuai ditayangkan di kaca television berbanding kartun-kartun yang tidak memberi apa-apa manfaat. Namun peliknya, kartun-kartun yang merosakkan fikiranlah yang ditayangkan di televison.

Sengaja?

Tak tahulah saya...

Blackie n Chi

"When you move forward, you mustn't look down! Look forward and smile!"


....................................

18 July 2009

Pembentukan Ikatan Ukhuwah Melalui Usrah..

Untukmu Teman

Pembentukan ikatan ukhuwah sangat penting untuk memastikan kesatuan dan perpaduan dalam kalangan umat Islam. Ikatan ini boleh dibentuk dengan jayanya melalui satu sistem yang digelarkan sebagai usrah, suatu nama yang sangat asing buat diri ini sebelum memasuki UKM.

Secara peribadi, saya berpendapat masih ada segolongan masyarakat tidak mengetahui akan kewujudan sistem ini. Terdapat sedikit persoalan yang timbul. Bagaimanakah dengan mereka yang mengetahui?

Umumnya ramai mengetahui bahawa usrah sangat berkesan dalam menyampaikan mesej dan gerakkan Islam. Namun begitu tidak ramai yang berminat untuk menyertai usrah atas pelbagai alasan yang tidak boleh diterima.

Adakah berusrah ini membuang masa? Perlukah nuqaba dipersalahkan kerana kekurangan skil-skil untuk menarik perhatian anak usrah? Ataupun kurangnya kesedaran umum akan kepentingan menyertai usrah?

Tolak ke tepi, jawab sendiri..

Pada pendapat saya sekiranya rukun usrah iaitu taaruf, tafahum dan takaful dihayati sepenuhnya sudah pasti masalah-masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan baik. Seterusnya mewujudkan sebuah ikatan ukhuwah yang sangat manis dalam usrah.

Sedikit Pengalaman Usrah..

Dipendekkan cerita saya mempunyai usrah yang terdiri daripada naqibah dan diri sendiri. Pada mulanya agak cemburu melihat usrah lain yang mempunyai ahli yang ramai. Namun itulah yang terbaik untuk diri jika dihayati ayat berikut,

Katakanlah: "Sesungguhnya aku hendak memperingatkan kepadamu suatu hal saja, yaitu supaya kamu menghadap Allah (dengan ikhlas) berdua-dua atau sendiri-sendiri; kemudian kamu pikirkan (tentang Muhammad) tidak ada penyakit gila sedikit pun pada kawanmu itu. Dia tidak lain hanyalah pemberi peringatan bagi kamu sebelum (menghadapi) azab yang keras.

[ Saba' : 46]

Kajian daripada seorang jurutera daripada Universiti Toronto mendapati, perbincangan paling efektif adalah secara berdua-dua. Mungkin inilah hikmah kenapa Allah tentukan usrah kami terdiri daripada dua orang.

Secara peribadi saya lebih suka usrah dijalankan di luar berbanding duduk sambil berbincang dengan seriusnya. Gaya berusrah yang paling disukai ialah berjalan-jalan, bertazkirah bersama naqibah sambil menikmati alam ciptaan Allah. Inilah yang kami lakukan di Tasik Kejut.

Gaya penyampaian naqibah saya harus dipuji kerana sangat menyentuh hati. Bukan semua orang saya boleh terima nasihat atau teguran. Namun kata-kata daripadanya membuat saya terima dengan hati terbuka.

Semalam, termakbul harapan yang tersimpan di hati sekian lama. Akhirnya Allah memberi peluang kepada kami untuk bertadarus Al-Quran bersama. Tidak tergambar gembiranya hati. Saya sangat suka mendengar bacaan Al-Quran naqibah saya :)

Penghargaan setinggi-tingginya buat Kak Syida.. Terima kasih di atas segalanya..

Itulah sedikit sebanyak tentang usrah saya..

Sekian.


.............

13 July 2009

Langkah Tercipta...


Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelamun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta

Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu

Album : Langkah Tercipta
Munsyid : Unic

Baru-baru ni pelbagai ujian menimpa diri.. Kadang-kadang terasa diri ini berada di luar kawalan.. Namun kekuatan diri membantu untuk terus berdiri..

Ketenangan wajah ini tidak mengambarkan sedikit pun rasa di hati yang sangat tercedera apabila diserang daripada pebagai sudut..

Tanggungjawab.. Amanah.. Kerja.. Study dan Persahabatan..

Apabila diberi ujian di luar kekuatan..

Mampukah diri ini terus tabah?

.........

03 June 2009

Travel To Unknown...

To Be The Traveller

Mengikut KamusCari, traveler membawa maksud pengembara. Manakala tourist membawa maksud pelancong.

Jadi jika bertanya kepada saya adakah sama mengembara dengan melancong? Sudah pasti jawapannya tidak.

Pada pendapat saya pergi melancong adalah seperti satu percutian. Tetapkan tempat yang hendak dituju, tempah tiket, terbang ke destinasi kemudian tempah hotel. Selepas itu menikmati pemandangan, ambik gambar, makan2 etc etc. Inilah style melancong. Menarik?

Mungkin...

Tetapi tidak bagi saya. Kerana terlalu mudah. Paling sedih mungkin tidak dapat melihat dunia sebenar. Melancong tak ubah macam syok sendiri.

Saya mempunyai definisi travel tersendiri malah telah menetapkan peraturan dan prinsip yang harus dipegang andai dapat pergi travel suatu hari nanti. Peraturan dan prinsip ini biarlah menjadi rahsia saya.

Dunia ini cuma sementara selepas ini tidak akan ada lagi yang menyerupai dunia.. Jadi saya bukanlah mengejar dunia.. Tetapi lebih kepada ingin menghargai dunia.. Mungkin sesiapa yang mempunyai impian yang sama lebih memahami..

You want to be happy everyday?
That means no unhappier days..
What if you never experience unhappiness?
How could you know how happy you could be?

Membaca atau sekadar melihat tidak sama dengan merasai sendiri. Ada kalanya kita perlu berjalan jauh untuk mencari pengalaman. Kemudian barulah kita akan lebih menghargai apa yang kita tinggalkan..

Gambar Hiasan

Kita tidak tahu apa yang menanti kita di hadapan. Masa depan adalah persoalan yang sukar diduga. Mengembara adalah sesuatu yang sangat menarik, kerana kita tidak akan tahu apa yang bakal kita jumpa.

Banyak tanda kekuasaan Allah yang saya ingin lihat dan rasai sendiri..

Hidup ini terlalu singkat untuk pergi travel ke semua tempat. Untuk memahami maksud saya sila rujuk post yang lepas, So Much To Do In Life

Sekian..

23 May 2009

Keluarga Saya: Karangan Menyayat Hati


Pada mulanya saya tersenyum apabila membaca karangan ini. Pada pendapat saya budak ini sangat kreatif. Tapi semakin sayu dan sedih apabila terus membaca..

Karangan ringkas yang cukup menyedihkan ini hanya mendapat 2 1/2. Tapi karangan ini sudah cukup menceritakan apa yang sudah terjadi dalam masyarakat sekarang.

Jika merasakan diri sangat banyak dugaan, ingatlah ada orang lebih banyak dugaannya.

Agaknya apakah masa depan budak ini?

22 May 2009

Bertuah Award~


Syukran kepada sahabat Aida kerana menghadiahkan “Bertuah Award” ni. Sekurang-kurangnye ber'update' gak blog ini.. Jadi, ingin saya ingin menghadiahkan award ini kepada 10 orang yg bertuah~

kepada yang tersenarai untuk menerima hadiah ‘award’ ini, anda diharus sampaikan kepada 10 org yang lain~~

12 May 2009

Pengawalan Pemikiran Punca Masyarakat Lemah..



Sir William Crookes

Sir William Crookes (17 June 1832 – 4 April 1919) ialah seorang ahli Fizik yang sangat terkemuka semasa era Victorian. Crookes telah mengemukakan bahawa sinar katod merupakan partikel-partikel yang bermuatan negatif, mempunyai jisim, dan dimiliki oleh semua jirim.

A Crookes Tube

Sir William Crookes telah mencipta suatu alat yang diberi nama 'Crookes Tube' iaitu tiub yang menyahcas elektrik di mana sinar katod iaitu elektron-elektron telah dijumpai. Elektron-elektron bergerak pada satu garis lurus melalui satu bentuk salib dan menghasilkan satu bayang-bayang salib.

Crookes Tube tidak lama kemudian menjadi komponen asas kepada dasar penciptaan televisyen 40 tahun kemudian.

*************

Adalah lebih mudah untuk difahami apabila kita menyelami sejarah, punca atau sebab mengapa sesuatu alat itu dicipta. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, tujuan asal penciptaan televisyen adalah untuk menghipnosis (hypnosis) manusia.

Hipnosis merupakan satu keadaan minda (teori keadaan) membuatkan seseorang menjadi tenang fizikal dan mental, berkeadaan separa sedar sehingga membolehkan seseorang itu membuat perubahan kelakuan tanpa sedar.

Kawalan Pemikiran


Indoktrinasi Melalui Media

Minda kita menerima lebih banyak maklumat jika kita melihat berbanding kita membaca. Percayakah anda jika dikatakan bahawa televisyen pada hari ini telah berjaya menghipnosis minda seluruh masyarakat dunia?

Televisyen adalah satu medium yang sangat berpengaruh untuk mempengaruhi pemikiran manusia. Secara puratanya hampir setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya satu televisyen. Seperti kita lihat pada hari ini, masyarakat secara berterusan didedahkan dengan hiburan murahan yang melampau dan juga maklumat-maklumat yang tidak begitu jitu.

Hiburan murahan inilah menjadi salah satu faktor mengapa masyarakat menjadi lemah dan seterusnya gagal untuk berfikiran kritikal. Apabila hiburan diagungkan, isu semasa yang penting diketepikan maka secara tidak langsung lahir masyarakat yang tidak ambil peduli.

Malah maklumat-maklumat yang tidak begitu jitu yang didedahkan oleh media menjadikan masyarakat seolah-olah berada pada paras selesa kerana tidak mengetahui isu sebenar yang berlaku di sekeliling kita.

Menerima sesuatu yang TIDAK LOGIK sebagai LOGIK

Satu contoh yang paling jelas ialah, Superman. Andai kata televisyen tidak wujud di dunia ini, maka adakah anda dapat menerima orang yang memakai seluar dalam di luar? Sudah pasti perkara ini sangat pelik dan tidak boleh terima.

Namun melalui pengaruh televisyen segalanya boleh diterima umum walaupun sangat pelik. Akhirnya wujudlah satu masyarakat yang boleh menerima segala-galanya adalah logik.

Mempercayai sesuatu yang TIDAK BENAR adalah BENAR

Teman setia yang selalu menipu tetapi ironiknya, umum menerima tanpa mempersoalkan maklumat yang disiarkan melalui kaca televisyen.

Media terutama daripada barat banyak menyebarkan maklumat palsu seperti kewujudan UFO (Unidentified Flying Object). Maka dengan mudahnya di awal kontroversi UFO, umum mempercayai maklumat tersebut. Terlalu banyak contoh lain, saya membiarkan pembaca kaji sendiri.

Hipnosis adalah sangat hebat! Berterusan memberitahu kita supaya mempercayai perkara tidak benar adalah benar! Hati-hati kerana anda mungkin mangsa indoktrinasi melalui media.

Dikawal Tanpa Sedar

Golongan yang mengawal media adalah golongan yang sedang mengawal kita sekarang. Golongan ini tidak mahu rakyat yang mempunyai pemikiran kritikal. Mereka mahukan rakyat yang lemah. Meraka juga tidak mahu golongan terpelajar mempunyai pemikiran kritikal. Caranya mudah dengan sentiasa menyalurkan maklumat yang tidak berguna dan palsu.

Apa yang mereka mahukan? Rakyat yang ikut cakap tanpa mempersoalkan banyak perkara. Diberikan tugas dan menjalankan tugas tersebut dengan ganjaran gaji yang rendah. Sedangkan mereka tidak perlu berkerja keras kerana berterusan menikmati kemewahan yang anda berikan. Sedarlah.

Kedasyatan Kuasa Media


Sesiapa yang menguasai media adalah orang yang menguasai pemikiran masyarakat umum. Bentuk dan corak pemikiran sesuatu komuniti dicatur dengan begitu teliti mengikut kepentingan sesetengah pihak tanpa disedari.

Jadi, betulkah kuasa tidak penting?

Penutup

Kita sebagai manusia yang diberi akal untuk berfikir, marilah kita sama-sama bermuhasabah kembali. Perlukah kita mengikut arus perubahan yang dicipta untuk memesongkan kita? Pendapat saya biarlah kita menguasai medium yang dikawal ini ke arah yang jauh lebih baik.

Sampai bilakah lagi kita membiarkan diri ditindas? Persoalan ini kita sama-sama jawab dalam hati, dan bertindak mengikut keperluan.

Sekian, yang baik hanyalah daripada Allah dan yang buruk juga daripada Allah melalui kelemahan diri sendiri.


cLoVer4miza

08 May 2009

Mu'adz - Amrullah (Baitul Maqdis)

Amrullah (Baitul Maqdis)

لا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي
عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ
لِعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ
لا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ
إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ
وَهُمْ كَذَلِكَ
قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ
وَأَيْنَ هُمْ
قَالَ ‏ ‏بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ ‏ ‏وَأَكْنَافِ ‏ ‏بَيْتِ الْمَقْدِسِ



Maksud hadis:

Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah dating ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.

Sahabat bertanya “Di mana mereka itu?”
Baginda menjawab “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya”

05 May 2009

Setiap Saat Yang Berlalu...

The All Knowing, The Omniscient, The Restrainer, The Straightener..

Tiada Pengakhiran Untuk Perpisahan

Q : Hmm kenapa blog ini berwajah baru?

A : Kerana diri ini akan melalui saat peralihan..

Q : Peralihan apekah itu?

A : Hmm.. Tah la.. Rasa cam da xde sape kat sisi pasni.. Kalo berlaku ape2 lagi mayb akan keseorangan.. So kene bersedia.. Tak nak berharap lagi..

Q : Kenapa memilih tema warna hitam?

A : Sebenarnya agak tersirat.. Biarlah rahsia..

Q : Ada ucapan?

A : Kepada semua insan2 yang telah banyak membantu diri ini melalui saat carefree, saat kegelapan, saat kejatuhan, saat kebangkitan, saat tercedera, saat gembira dan juga saat peralihan.. Senang cerita setiap saat yang berlalu.. Terima kasih.. Hanya Allah sahaja yang boleh membalas jasa kalian.. Bla bla bla~

Q : Minta maaf kita tak cukup masa.. Tolong pendekkan ucapan..

A : Maksud seorang teman adalah orang yang sentiasa bersama tidak kira ketika susah atau senang.. Terima kasih banyak2 terutama kepada seorang insan yang sentiasa menemani diri ini melalui setiap saat-saat itu.. Terima kasih kerana sanggup meluangkan masa yang berharga untuk membimbing diri ini yang hina..

Q : Kata-kata terakhir untuk insan tersebut?

A : Sebenarnya saya menangis bila dia cakap "pasni miza plak yg kene bimbing adik2".. Tp baru2 ni dia mengulangi ayat yang sama.. Kali ini saya xnak nangis dah.. Saya sangat menghargai pertemuan ini dan menghitung hari saat perpisahan.. Dan saya apabila perpisahan itu datang, saya tidak akan menangisi kerana saya saya dah cuba buat yang terbaik untuk menghargai segalanya yang terbaik.. InsyaAllah..

Q : Mesti sedihkan..

A : Agak la..

Q : Adekah anda kurang senyum disebabkan hal ini?

A : Xde la.. Terover senyum ada la.. Huhu.. Cuma rasa cam xleh senyum macam dulu lagi.. Tah la.. Kemana diriku yang ceria menghilangkan diri.. Mayb hati ini tak sembuh sepenuhnya lagi.. Ya Allah bantu diri ini mengatasi prob ini..

Q : Anda ni pelik..

A : Biasalah dah ramai cakap..


"Mahukah kutunjukkan kepadamu semua tentang orang yang diharamkan masuk neraka atau tidak akan dimasukkan ke dalamnya? Yaitu seorang sahabat yang akrab, suka membantu, mudah melakukan apa saja."

Diriwayatkan oleh Tirmidzi dalam Shifatul-Qiyamah no. 2488


25 April 2009

Setiap Hari Kene Bersemangat..!!

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam..
Chemistry Give Me Love..

Setiap hari cuma ada 24 jam..

Masa yang pergi tidak mungkin akan kembali..

Semalam adalah sejarah, biarkan segalanya berlalu..

Hari ini kene berusaha seperti hidup cuma hari ini..

Agar esok lebih baik daripada hari ini..

Semuanya adalah milik Allah untuk menentukan..

Jadi setiap hari kene BERSEMANGAT!!

Semoga Allah bantu kita semua menghadapi segala rintangan..

Ganbare...!!

MySpace

23 April 2009

Teruskan Menempuhi Kehidupan!

Ingin Gagah Meneruskan Perjalanan Hidup

Sebenarnya terasa sangat sunyi sejak beberapa minggu lepas. Perasaan ini semakin bertambah apabila berdiri seorang diri melihat teman-teman lain.

Suatu peristiwa yang digambarkan seperti melihat anak-anak kecil yang baru pulang dari sekolah dan disambut mesra dengan senyuman. Pengalaman dikongsi dengan tangisan gembira.

MySpace

Diri ini sekadar berdiri di tepi melemparkan senyuman sayu kerana terasa sangat kekosongan. Terasa ingin berkongsi pengalaman seperti teman-teman lain.

Tetapi diri ini tetap ingin menempuhi segalanya dengan gagah. Teman-teman banyak memberi sokongan. Terima kasih semua!

Hmmm~

Minggu study week dan exam banyak memberi dugaan kepada diri. Namun syukur alhamdulillah, diriku tempuhi dengan senyuman.

Kekuatan itu datang daripada semangat dan kasih sayang pemberian Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

MySpace

Sambil study terdengar lagu daripada Maksim, Still Waters.

Mengalir air mata ini..

Sedihnye...

"Sangat rindu..."

MySpace

15 April 2009

Sukarnya Menerima Islam Jika Mata Hati Tertutup..

Dengan Nama Allah, Berikan Aku Kekuatan Meneruskan Perjalanan Ini..


Terlalu ramai orang berkata kepada saya,

"Miza, kenapa ambil berat benda yang xperlu ambik tahu pun?"

"Kau ni, pelik la"

"Ya Allah.. awak ni slalu pikir benda2 yg xpatut pikir pon.."

"Awak berfikiran terlalu rumit.."

"Tak payah ambik tahu la.. Benda kecik je xpenting.."

"Miza, awak terlalu kejar benda yang xsepatutnya, benda yang lebih penting akan tertinggal kebelakang"

Ingin saya tegaskan disini, kata-kata di atas dikeluarkan daripada mereka yang sangat tinggi ilmu agama. Saya akui kadang2 sangat lemah apabila dihentam begini. Kata-kata sebegini sangat menikam hati, tercedera tanpa luka yang zahir.

Saya juga sebenarnya sukar nak explain kepada mereka. Pentingnya perkara ini. Saya faham, mereka sebenarnya tak faham. Mungkin sebab tak kene pada mereka sendiri. Jadi apa yang mereka faham?

"Tak suka hiburan melampau. Harap benda ini dihentikan segera!"

"Konsert sana sini, teruknya keadaan sekarang"

"Kita kene berjuang!"

"Politik skang sgt kotor. Rasuah sana sini."

"Tambah lagi ilmu tentang Islam"

Dan banyak lagi. Sesuatu yang sangat biasa di dengar. Apa yang dapat dilihat disini?

Mereka banyak sangat ilmu, jadi kita letakkan mereka dalam golongan yang mengetahui. Mereka hebat! Tak perlu pandangan orang lain. Tapi, jangan salahkan mereka. Mereka selesa kerana gembira melalui jalan sukar yang dijanjikan oleh Allah.

Biarkan orang lain lemas. Kesiannya.

Sejak pembukaan blog ini, saya sudah berkata blog ini khas untuk kawan-kawan. Tak kira kawan lama atau baru. Untuk sesiapa saja yang termasuk dalam golongan 'tertipu' tanpa mereka sedar. Golongan yang kurang ilmu agama. Jadi blog ini ditulis berdasarkan perspektif bagi pihak ini.

Saya telah mengorbankan banyak masa untuk mencari sesuatu dengan harapan dapat membuka mata semua. Dengan cara ini barulah pintu hati seseorang itu boleh dibuka. Supaya senang untuk menerima Islam.

Cukup setakat ini, masuk topik utama. Sedikit perkongsian untuk semua.

Saya selalu terfikir kenapa? Kenapa majoriti sukar menerima Islam? Mungkin ada yang menjawab pintu hati tertutup, belum dapat hidayah lagi etc. Jadi saya nak tanya lagi. Kenapa?

Mungkin ini salah satu daripada jawapannya..

Saya percaya majoriti orang zaman sekarang suka mendengar lagu-lagu daripada Barat.

Tahukah anda?

Majoriti lagu-lagu terkenal daripada Barat sebenarnya mempunyai lirik penyembahan secara tidak langsung. Oleh sebab 'indirect' jadi ramai yang tak perasan maksud tersirat yang jahat disebalik lagu-lagu ini.

Baca lirik ini dari perspektif,

I, me --> Syaitan
You --> Anda

Song : Frozen
Artist : Madonna

You only see what your eyes want to see
How can life be what you want it to be
You're frozen
When your heart's not open

You're so consumed with how much you get
You waste your time with hate and regret
You're broken
When your heart's not open

Mmmmmm, if I could melt your heart
Mmmmmm, we'd never be apart
Mmmmmm, give yourself to me
Mmmmmm, you hold the key

Now there's no point in placing the blame
And you should know I suffer the same
If I lose you
My heart will be broken

Love is a bird, she needs to fly
Let all the hurt inside of you die
You're frozen
When your heart's not open

Mmmmmm, if I could melt your heart
Mmmmmm, we'd never be apart
Mmmmmm, give yourself to me
Mmmmmm, you hold the key

You only see what your eyes want to see
How can life be what you want it to be
You're frozen
When your heart's not open

Mmmmmm, if I could melt your heart
Mmmmmm, we'd never be apart
Mmmmmm, give yourself to me
Mmmmmm, you hold the key

Mmmmmm, if I could melt your heart
Mmmmmm, we'd never be apart
Mmmmmm, give yourself to me
Mmmmmm, you hold the key

If I could melt your heart

Apa yang menyebabkan ini adalah lagu penyembahan?

Dalam video klip lagu yang sangat-sangat tersirat ini, Madonna telah melakukan satu tarian penyembahan. Malah Madonna bukan menyanyikan Mmmmmm tp Ommmm merujuk kepada tuhan kepada Hindu, 'Om'.

Jadi pelik, kenapa Madonna seorang penyokong kuat Zionist yang mengagungkan Kabalah membuat penyembahan kepada tuhan Hindu?

Sebab dia tahu. Apa yang disembah oleh Hindu adalah sama apa yang disembah oleh dia. Apa itu? Cari sendiri. Saya tidak akan bagi 100%. Kenapa?

"The best way for people to see and change their way of thinking is for them to experience the change.. İs for them to see and research knowledge rather then someone telling to them.."

Perlu ditekankan disini. Hati-hati dengan lagu-lagu Barat. Kejahatan mereka berada disekeliling anda!

Selepas mengetahui banyak maksud tersirat disebalik lagu ini, saya cuba check folder my music dalam laptop saya. Apa yang saya jumpa? Astgfirullah, selama ini saya dengar banyak lagu-lagu begini. Alangkah tertipunya! Ini adalah antara lagu kesukaan saya dulu :

Song :Lies
Artist :Evanescence

Ohhh oohh oohh oohh ahh ohh ohh oohh oohh oohh ohh ohh oooh ohh(x3)
: Deep Heavy Speaking :
Bound at every limb by my shackles of fear
Sealed with lies through so many tears
Lost from within and persuing the end
I fight for the chance to be lied to again

You will never be strong enough
You will never be good enough
You were never conceived in love
You will not rise above

They'll never see
I'll never be
I struggle on and on to feed this hunger
Burning deep inside of me

: Deep Heavy Speaking :
But through my tears breaks a blinding light
Birthing a dawn to this endless night
Arms outstretched, awaiting me
An open embrace upon a bleeding tree

Rest in me and I'll comfort you
I have lived and I died for you
Abide in me and I vow to you
I will never forsake you

They'll never see
I'll never be
I struggle on and on to feed this hunger
Burning deep inside of me

They'll never see
I'll never be
I struggle on and on to feed this hunger
Burning deep inside of me

Ohhh oohh ahh oohh ahh ohh (x4)

:Heavy Scream:
Rest in me and I'll comfort you
I have lived yet died for you
Abide in me and I vow to you
I will never forsake you

They'll never see
I'll never be
I struggle on and on to feed this hunger
Burning deep inside of me

Ohhh oohh ahh oohh ahh ohh (x4)
fade out

Saya tak perlu terangkan maksud tersirat lagu ini. Fikir-fikirkan. Banyak lagi. Saya percaya anda pernah mendengar lagu Umbrella, Rihanna. Lagu ni, lagi la tersirat sampai tak boleh nak explain. Cari sendiri.

Adakah anda pernah terfikir keburukannya? Lagu-lagu ini sentiasa bermain di radio, tv dan juga laptop anda.

Lidah anda menyanyi-nyanyi..

Secara tak langsung anda menyembah benda lain..

Syirik lagi menggelapkan hati..

Anda jauh meninggalkan agama secara tidak sedar..

Pintu hati semakin tertutup rapat..

Semakin sukar menerima seruan Islam..

Inilah yang terjadi pada masyarakat sekarang.

Tertipu dengan helah orang-orang kafir.

Dari kecil sampai besar terdedah dengan benda2 begini.

Jadi tak perlu terkejut kenapa dai'e complain susah nak berdakwah dengan mad'u.

"The indoctrination of the masses through the media"

Tak perlu susah payah cari benda begini. Jika ada, nampak sangat.

Ya, nampak sangat tapi cuma kepada mereka yang sangat teliti.

Ingatlah, siapa yang menguasai dunia media sekarang?

Zionist..

Jadi tak perlu terkejut pon kalo ada banyak maksud tersirat disebalik lagu, drama, movie, buku, majalah dan lain2..

Maka benarlah janji Allah, pada akhir zaman artis2 akan diagung-agungkan..

Disebalik mengagungkan artis, apa yang indirect diagungkan? Fikirkan..

The people were trying to make this world worse are not taking a day off..

Directly from the Syaitan, straight to you...

Semoga Allah melindungi kita semua..

05 April 2009

Somehow I'm In The Middle Of This...

May Allay Show The Way Out..
If I could Say What My Heart Wanted To Tell

“What I know I can‘t explain. But I feel it. I felt it entire of my life. That there is something wrong with the world. I don‘t know what it is. But it is there like a splinter in my mind. Driving me mad.”

I feel it and still I live in denial..

A prison for my mind..

It is the world that has been pulled over my eyes to blind me from the truth…
This life is a test, and this journey will not be an easy one…
This path maybe difficult and I don’t know which to go…
Maybe that I know, but be one traveler, long I stood..
I could not travel both…

I like to choose the path with no pain…
Laugh all the time, having fun, making a lot of things..
Do things that I don’t even like to do…
But I believe I’m not going to be happy with that…

The other path is seems to be the right way..
It was too beautiful at the beginning...
World is kind enough than I thought…
To feel something that I can’t feel before, I was too happy…

Two Road Diverged In Darkness

But..

Once I learned their ways, it became hard for me to keep from smiling when I looked at some of them in their face…

It’s written all over your face… all of you!

I‘ve learned that it does not work this way. A Lesson comes to mind.

I can't choose something that I'm not sure what it is...

But still, I keep lying to myself..

Its feel like I was being betray..

After all I went through I had nothing left...

And you've no idea how much that I lost...

It was very shame of me, I was hurt this bad..

Break The Chain

Even thought I want to trust, but I can't trust no one anymore..

By now I've awakened to the truth..

And that makes all the different..

27 March 2009

An Inconvenient Truth Of The Conspiracy Around Us..

The All Knowing, The Omniscient, The Restrainer, The Straightener..

The Arrivals Part 4

This Series Explores the Revelations in World Religions Regarding the Arrivals of the Antichrist Dajjal, Imam Al-Mahdi, and The Second Coming of The Christ.

A Work Inspired by Hashemsfilms and of Course the Words of the Noble Qoran, The Holy Bible, and The Torah, The Arrivals is a Joint Production by truthseekers Noreagaaa and Achernahr.

*******************

After watching few series of "The Arrivals"

I was disappointed of myself..
Without even we realize this, we become part of 'their' conspiracy..
We're all victim of 'their' evil conditioning..
The most effective way to control the world, two word - 'Mind Control'
As a result of mind control, we're lost in this world..
Then you will realize the important of the gives from Allah, that is the Al-Quran..


Dearest all my friend..

Please do watch full series of 'The Arrivals'
It is really inconvenient to people who always hide the truth..
Some of the series has been removed, and some of it, the sound has been removed..
Watch it because maybe this series will be remove soon from the youtube..
The result you will get after watch the series..


"It will made us to be sensitive of what actually happening around us.."

ps/: make sure you watch this series from part 1..

08 March 2009

CIMB KL OPEN SQUASH CHAMPIONSHIPS 09

CIMB KL OPEN SQUASH CHAMPIONSHIPD 09
Berjaya Times Square


Semalam saya telah pergi ke Berjaya Times Square untuk menyaksikan CIMB KL OPEN SQUASH CHAMPIONSHIP 09. Perlawan akhir yang cukup sengit antara juara dunia no.1, Nicol David dan Natalie Grainger daripada USA.

Nicol mengalami sedikit kecederaan pada tangannya semasa perlawanan ke-2. Malah perlawanan sedikit terjejas apabila masalah kayu garisan pembahagi asyik tertanggal memberi tekanan kepada Nicol.

Walaupun perlawanan nampak sengit, tapi dapat dilihat Nicol telah hilang fokus kerana bermain dalam keadaan gelisah dan berterabur. Akhirnya memberi jalan kepada Natalie yang tenang untuk menguasai perlawanan. Saya dapat lihat di sini Natalie sangat suka bermain strategi 'Back Hand'.

Sungguh mengecewakan kerana kemenangan Natalie 11-8, 10-12, 11-7, 11-6 dalam masa 51 minit telah mengakhiri rentetan 56 perlawanan tanpa kalah Nicol sejak Final Terbuka British November 2007.

Score Board

Natalie dan Nicol beraksi

Kehadiran Penyokong Memberi Galakkan

Selaku peminat sukan squash, akhirnya saya pulang dengan perasaan sangat sedih dan kecewa. Semoga perlawanan akan datang memberi harapan baru kepada Nicol.

ps/: penat~

28 February 2009

Ape!! Tags...

In the Name of Allâh, the Most Gracious, the Most Merciful

Describe 10 things about the person who tags me.

1. Huhu tau nama dia Kak Nik..

2. gelaran diberi ~ atulasca..

3. Kenal Kak Nik melalui Kak Arah..

4. Kitorang xnah jumpe.. Tp Kak Nik pernah ternampak Miza..

5. Hihi dengar cite pernah jadi ****n~ (ape ek?)

6. SANGAT SUKE ONLINE!! Hehe Kak Nik kadang2 wat invisible..

7. Menghargai..

8. Busy kot..

9. Ada gaya keibuan? (tgk pic huhu)

10. Bilekah kite akan bertemu?


Describe 10 things about myself.

1. Kwn2 pnggl adik Miza (yeke? huhu)

2. Asal KL…

3. Suke sgt berjalan-jalan melihat keindahan alam pinjaman Allah..

4. Saya cuma insan biase.. tiada ape yg menarik tentang diri ini..

5. Hidup saya sedikit sebanyak semakin teratur dengan kerja yg bertimbun..

6. Namun diriku sunyi, blaja hidup sendiri..

7. Kerana kehilangan hampir segalanya.. segalanya..

8. Ni kwn yg ckp.. dia kata saya terlalu jujur.. selalu kene tipu.. walaupon wajah tidak mengambarkan ape2.. tp hati sgt sayu.. kerana kejujuran dipermainkan..

9. Tak suke bercakap time wat kerja..

10. Kalo nak jumpe saya senang je.. huhu.. secara kebetulan.. Allah mmg hebat!


10 people been tags by me.

1. Kak Aida

2. ee ameera

3. Aien Farhana

4. Kak Intan

5. Kak HuRuL_Aini

6. -

7. -

8. -

9. -

10. Kepada sape2 nk wat huhu~


ps/: ambk kesempatan buat tag walaupon bz.. huhu sukenye melepaskan tension..

21 February 2009

Ada Apa Dengan ISIUKM?

Sebenarnya saya pon xtau ada apa dengan ISIUKM..

Kenapa ISIUKM boleh buat saya melekat dengannya..?
MySpace

Banyak lagi persatuan lain.. hmm..

Sayang sangat ISIUKM huhu..

Ku berikan sedikit cintaku kepada ISIUKM..

Terimalah..
MySpace

Huhu tibe-tibe segan la plak
MySpace

Sayang mantan ISIUKM..
MySpace

Selamat datang pimpinan baru.. wat yang terbaik!!

Xkire camne pon sayang ISIUKM.. xkire!!
MySpace



Credit untuk Aida wat video ni.. Best la~

15 February 2009

Penghargaan Untuk Kak A...

Segala Puji Bagi Allah Yang Maha Pemberi..

Pertemuan Kita Terjalinnya Ukhuwah


Kak A..

Sengaja diriku tidak nyatakan siapakah dirimu
Kerana dirimu adalah hadiah berharga
Sesuatu yang berharga harus disimpan rapi
Biarlah Allah sahaja yang tahu jasamu

Segar di ingatan bilamana dirimu menegur kami
Singkat sekali pertemuan kita
Namun memberi infiniti pengertian buatku
Diriku sangat bersyukur dengan pemberian ini

Walaupun kita tidak begitu mengenali
Kesanggupanmu meluangkan masa sangat dihargai
Ingin dinyatakan kekesalan diriku
Kekecewaan kerana tidak mendengar nasihatmu

Kejahilan menutup hatiku daripada menerima
Selepas memahami, diriku cuba berfikiran rasional
Tiba-tiba nasihatmu berkesan di hatiku
Agak terlewat tapi belum terlambat

Semalam kita dipertemukan lagi
Walaupun segan, tetapi diriku ingin berjumpa
Sangat terharu, Ya Allah sayangilah dia
Tidak pernah diriku dilayan begitu

Maafkan diriku, memeningkan kepalamu
Sebenarnya diriku pun tak memahami hati ini
Perjalanan hidupku sekarang sangat pelik
Tidak pernahku pinta jadi begini

Namun kata-katamu ada kebenaran
Dalam kepelikan ini, hidupku semakin bermakna
Sekiranya ku tidak melalui jalan ini
Pasti kita tidak akan dipertemukan

Allah memberi sesuatu yang berharga melaluimu
Hamba biasa yang sangat luar biasa
Diriku sangat pasti, sesiapa yang bertemu denganmu
Pasti akan berasa sangat bersyukur dan gembira

Kemuliaanmu kerana Islam
Keindahanmu kerana Akhlak
Kehebatanmu kerana Allah

Kini kau mendapat tempat yang istimewa dihatiku
Walaupun tiada apa yang berharga pada diriku
Sekiranya dapat membantu, akan diberi kesanggupanku
Terima Kasih Kak A atas segalanya..

Semoga ukhuwah ini berkekalan..

14 February 2009

Benammi



The Garden

Give from that which you’ve been given
Before a day will come, when you’d wish that
you would have been saved
By that which you’ve withheld
And all the riches in the world

Oh The Garden
A splendor beyond all worldly pleasures
The Garden
Nothing compares to the beauty found in it
No worries, no noise, and no boredom

How many children cry out
For a day’s meal
To fill up their empty bellies?

How many people in hardship
Cast their eyes upon you
And all they have is patience
For the state they find themselves in?

How many people live in greed
With wealth so wrong and deeds?
They will be asked
All that which you give now
Is in the balance
A sign of faith

Our money will be left to those after us
We will only take with us
that which we’ve given (in charity)
How long do we think we’ll live?
Or have we forgotten
That this world will surely be forsaken
Whether we like it or not