18 July 2009

Pembentukan Ikatan Ukhuwah Melalui Usrah..

Untukmu Teman

Pembentukan ikatan ukhuwah sangat penting untuk memastikan kesatuan dan perpaduan dalam kalangan umat Islam. Ikatan ini boleh dibentuk dengan jayanya melalui satu sistem yang digelarkan sebagai usrah, suatu nama yang sangat asing buat diri ini sebelum memasuki UKM.

Secara peribadi, saya berpendapat masih ada segolongan masyarakat tidak mengetahui akan kewujudan sistem ini. Terdapat sedikit persoalan yang timbul. Bagaimanakah dengan mereka yang mengetahui?

Umumnya ramai mengetahui bahawa usrah sangat berkesan dalam menyampaikan mesej dan gerakkan Islam. Namun begitu tidak ramai yang berminat untuk menyertai usrah atas pelbagai alasan yang tidak boleh diterima.

Adakah berusrah ini membuang masa? Perlukah nuqaba dipersalahkan kerana kekurangan skil-skil untuk menarik perhatian anak usrah? Ataupun kurangnya kesedaran umum akan kepentingan menyertai usrah?

Tolak ke tepi, jawab sendiri..

Pada pendapat saya sekiranya rukun usrah iaitu taaruf, tafahum dan takaful dihayati sepenuhnya sudah pasti masalah-masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan baik. Seterusnya mewujudkan sebuah ikatan ukhuwah yang sangat manis dalam usrah.

Sedikit Pengalaman Usrah..

Dipendekkan cerita saya mempunyai usrah yang terdiri daripada naqibah dan diri sendiri. Pada mulanya agak cemburu melihat usrah lain yang mempunyai ahli yang ramai. Namun itulah yang terbaik untuk diri jika dihayati ayat berikut,

Katakanlah: "Sesungguhnya aku hendak memperingatkan kepadamu suatu hal saja, yaitu supaya kamu menghadap Allah (dengan ikhlas) berdua-dua atau sendiri-sendiri; kemudian kamu pikirkan (tentang Muhammad) tidak ada penyakit gila sedikit pun pada kawanmu itu. Dia tidak lain hanyalah pemberi peringatan bagi kamu sebelum (menghadapi) azab yang keras.

[ Saba' : 46]

Kajian daripada seorang jurutera daripada Universiti Toronto mendapati, perbincangan paling efektif adalah secara berdua-dua. Mungkin inilah hikmah kenapa Allah tentukan usrah kami terdiri daripada dua orang.

Secara peribadi saya lebih suka usrah dijalankan di luar berbanding duduk sambil berbincang dengan seriusnya. Gaya berusrah yang paling disukai ialah berjalan-jalan, bertazkirah bersama naqibah sambil menikmati alam ciptaan Allah. Inilah yang kami lakukan di Tasik Kejut.

Gaya penyampaian naqibah saya harus dipuji kerana sangat menyentuh hati. Bukan semua orang saya boleh terima nasihat atau teguran. Namun kata-kata daripadanya membuat saya terima dengan hati terbuka.

Semalam, termakbul harapan yang tersimpan di hati sekian lama. Akhirnya Allah memberi peluang kepada kami untuk bertadarus Al-Quran bersama. Tidak tergambar gembiranya hati. Saya sangat suka mendengar bacaan Al-Quran naqibah saya :)

Penghargaan setinggi-tingginya buat Kak Syida.. Terima kasih di atas segalanya..

Itulah sedikit sebanyak tentang usrah saya..

Sekian.


.............

3 comments:

~najihahfaizahazaman~ said...

salam ziarah..
ahaa..usrah mmg menyeronokkan..
kite dpt kuatkan ukhuwah...
dn krn ukhuwah lah..persefahaman buleh dibentuk..setuju banget dgn entri nih..sy pon penah join usrah kat skolah lama dulu..wpun x scr rasmi..tp kami salu wat usrah ant kami...
tapi yg sedehnye..kat ukm nih..ukhuwah antara pelajar muslimat ngan pelajar muslimat yg lain..mcm jauh jer...
tapi dgn muslimin bleh gi pulak...
sedeh2..(nauzubillah)

p/s: kenapa usrah isiukm cam x aktif jer?;(

fazleen87 said...

alhamdulillah, masih dalam usrah, yg kita yakin, hati-hati ahli2 usrah diikat dengan tali ALLAH, apbl niat bertemu dan berpisah adalah kerana ALLAH.
Usrah itu tak membebankan, tapi menenangkan. INSYAALLAH.

fazleen87 said...

alhamdulillah, masih dalam usrah, yg kita yakin, hati-hati ahli2 usrah diikat dengan tali ALLAH, apbl niat bertemu dan berpisah adalah kerana ALLAH.
Usrah itu tak membebankan, tapi menenangkan. INSYAALLAH.