16 December 2010

PSP 2006 Mint Green

---

PSP 2006 Mint Green yg dibeli after abis matrix

Cam biase lama da x tulis pape kat blog..~ Bukan xnk tulis tp xtau nk tulis ape.. Btw baru2 ni PSP ade prob skit kat bahagian home button bar. Tny sama Bernard (Gamer Solution) kalo baiki brp dia kasi. Hehe RM100!!!! Last2 dia tawar RM80... grrr mahal gile...

So p la low yat.. Range harga still sma RM80-RM100.. Paling murah pon ade org tawar RM55.. Memag la ade duit tp rse cam tertipu je ngan harga2 tu.. Coz cari kat tenet home button bar cable tu leh dpt around RM25.. so NAPE MAHAL SGT??

Nk jd cite p kat kedai spare part beli 1 set button bar cable. Nk bhgn home button je tp da jual 1 set nk wat camne.. So harga RM30..

Hehe riso nk tukar sendri.. Tp leh tambah ilmu..

Balik bilik tenang2kan diri sat.. Blaja habis2 camne nk tukar cable tu.. Kat tenet ade byk.. Kalo nk clear view leh tgk kat youtube tutorial.. So dengan penuh berhati2 saya pon bukak la PSP.. Kalo nk capai bhgn cable home button bar tu kne buka LCD dlu.. bahaya.. hehe..

Bahagian bawah ni la y kne tukar (gambar ni ambk kat tenet)

Mula2 tukar tibe2 smue button xfuction.. Ishhh merisokan.. Tp cuba lg, mayb xketat or cable xsambung.. Cuba bbrp kali akhirnya berjaya..! Alhamdulillah.. Rse sgt gembira dpt wat sendri.. Jimat lak tu.. Syukur..

Hehe tu je nk cite.. Last smuenye leh fuction dgn baik.. Alhamdulillah.. Pastu ade la terpikir nk jual PSP ni n beli PSP baru.. Ade bbrp org y tawar antara RM470-RM550.. Tibe2 ade sorang ni nasihat jgn jual coz PSP2000 series sgt tinggi value dia.. So xjd nk jual.. Later la bile da software dia da stable nk beli PSP3000series.. Mengidam Wii gak hehe..



ps/: ramai org tertipu sal ni.. knp blanja lebih kalo bole wat sendri.. kadang2 sdey tgk org kne tipo dpn mata..


......................................

17 May 2010

The Sky Bridge KLCC..

_______________________________________________________________

Baru-baru ini saya telah membuat sedikit sebanyak research tentang tempat pelancongan di sekitar Kuala Lumpur. Banyak maklumat yang saya jumpa. Beberapa tempat menarik sudah berada dalam senarai.

Selepas itu saya berangkat pulang ke rumah. Sembang2 dengan mak cakap nanti nak pergi ke 'sky bridge KLCC'. Tiba2 mak cakap mak teringin nak pergi gak. Lalu...

KLCC daripada Sky Bridge

Keesokkan harinya (sabtu yg lepas) saya bangun awal. Siap2 terus menuju ke KLCC. Sampai around pukul 8am. Ramai orang sudah beratur. Tak terkejut pon, tu la sape suh lambat. Rasanya ade la dalam beratus2 org.

Bosan menunggu sebab kauter buka pukul 8.30am. Beberapa pelancong len tgk cerita Jepun melalui laptop. Ade gak tengah main NDS. Saya bawa PSP sebagai persiapan menunggu.

Belum sempat mengeluarkan PSP, tiba2 seorang pelancong daripada Canada yg berada di hadapan saya menegur saya.

"I was shock to see this many people".

Kesiannya.

Saya beritahu dia bahawa orang ramai sudah mula beratur seawal pukul 6.00am.

Bermula la kami bersembang-sembang. Huhu. Tah datang daripada mana confident untuk cakap dalam Bahasa English.

Katanya dia menetap di Berjaya Times Square Hotel. Baru sampai daripada Hong Kong semalam.

"If I dislike the country for the first time, I will never come again.."

Terkejut dengar. Lebih2 lagi ini adalah kali pertama dia datang ke Malaysia.

Antara perbualan kami, dia tanya tempat2 menarik untuk dilawati. Siap tunjuk peta lagi. Bincang2 bla bla..

Paling mengejutkan dia tanya waktu solat kat Malaysia. Soalan yang xleh jawab bila dia tanya berapa population kat sini. Ishh. Sape sangka.

Hyder with her wife

Sempat berkenalan dengan Hyder je.. Nama wife dia xtau la plak..

Setelah sekian lama beratur akhirnya sy berjaya mendapat tiket..

Dipendekkan cerita saya membawa emak saya ke KLCC dalam pukul 2 lebih.. Selepas sampai kami berehat sebentar menanti panggilan trip untuk pukul 3.15pm..

Trip kami dimulakan dengan hidangan cerita pendek selama 7 min mengenai KLCC dan Petronas..

Dengan menaiki lif berkelajuan tinggi, kami sampai ke tingkat 41, iaitu berketinggian 170 meter.. Kate mereka, double-deck sky bridge ini simbolic kepada pintu masuk kepada pusat bandar.

(click untuk gambar yang lebih jelas)

Design yang unik.. Ape maksud dia ek?

Rumahku kelihatan daripada sini.. (yeke?)

Antara pelancong yang datang

Nampak x? Cam unfinished piramid je..

Kepada sesiapa yang berminat untuk datang, kaunter tiket sky bridge ini dibuka pukul 8.30am hingga 7.00pm dari hari Selasa hingga Ahad.. Dinasihatkan agar datang seawal yag mungkin..

Tiket adalah percuma (buat masa ini)..

_______________________________________________

06 May 2010

Penipuan : USB Flash Drive 500GB

_______________________________________________________________

Sbnrnye sy pantang btol kalo ade bab penipuan dlm bidang electronic. Sebab rata2 org kat Malaysia terutama bangsa Melayu mudah tertipu. Mungkin agak kasar bahasa tp inilah realiti..

Benda ni sebenarnye dah lama cuma baru2 ni dah masuk kat pasaran Malaysia, USB Flash Drive 500GB..

Cuba lihat jenis kapisiti drives berikut :-

Hard Drives

Kapasiti Hard Drives ialah 30GB, 40GB, 50GB, 60GB, 80GB, 120GB, 160GB 240GB 360GB, 500GB dan seterusnye..


USB Flash Drives

Kapasiti USB Flash Drives ialah 64mb, 128mb, 256mb, 512mb, 1GB, 2GB, 4GB, 8GB, 16GB, 32GB, 64GB, 128GB, 256GB (paling tinggi stakat ini)..

Jadi..

Mengikut pattern di atas sekiranya ada la USB Flash Drive nk keluar skali pon spatutnye nilai kapasitinya ialah 512GB bknnye 500GB!

Jika Berani..

Beli dan letak smue file2 penting dalam USB Flash Drive 500GB.. Cube lihat brp lama boleh thn.. Smpai brp Gb sbnrnye boleh letak.. Jika melebihi kapisiti trsebut ape akan trjadi dgn file2 yg ada..

Sy boleh bg jaminan file2 itu akan corrupt.. Cuma tunggu masa..

Oleh itu 'Jangan Mudah Tertipu..'


................................

28 April 2010

Kekejaman Polis.. Telus Atau Ambik Kesempatan?

Saya sangkakan duduk di UKM tidak selamat, rupa-rupanya duduk di Malaysia pon xselamat. Baru2 ini kita dikejutkan dengan isu pelajar berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah mati ditembak polis. Dasyatnye..

Tindakan Pantas

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad menggesa Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar memberi jaminan bahawa siasatan kes terhadap anggotanya yang menembak mati seorang remaja 15 tahun, dijalankan dengan telus.

Wakil rakyat PAS itu berkata, beliau kecewa dengan kenyataan awal pihak polis, ketika siasatan masih dijalankan, yang mendakwa remaja tersebut mungkin terlibat dalam kegiatan menyamun dan memiliki senjata, seperti yang dilaporkan media.

Katanya, beliau sendiri turut menemani saksi utama kes tersebut - yang bersama mangsa ketika mangsa ditembak – yang disebut oleh satu laporan akhbar sebagai Aminulrasyid Amzah - membuat laporan di balai polis Seksyen 11 jam 9.43 malam tadi.

Ambik kesempatan

Tak lama kemudian di Malaysiakini :

"Timbalan pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar berkata pihaknya bersimpati dengan kejadian yang menimpa pelajar sekolah - Aminulrasyid Amzah - yang mati ditembak polis awal pagi semalam.

"Saya harap kes ini tidak disensasikan atau dipolitikkan," katanya dalam sidang media di rumah keluarga arwah Aminulrasyid di Shah Alam hari ini.

Noh juga berkata, Umno negeri akan menawarkan bantuan guaman kerana keluarga terbabit berhak menyaman polis dan kerajaan Malaysia."

Maksudnya..?

Secara umumya sekiranya keluarga Aminulrasyid Amzah menerima tawaran tersebut, potensi untuk menang dalam kes tersebut di makamah adalah sangat besar!!

Tapi...

Secara teorinye walaupun menang dalam kes tersebut, hukuman dan keadilan tidak dapat ditegakkan. Kemungkinan besar kes ini akan cuba disenyapkan.

Mana taknye, polis selaku tangan kanan wat salah, tangan kiri iaitu media akan cube tolong. Keluarga mangsa menang di mahkamah. Kepala selaku kerajaan Malaysia akan tutup kes dengan happy ending.. Tutup and senyap..

Xcaya? Kite tgk..

Media

Jangan percaya media massa. Bnyak putar belit cerita berlaku. Nak bagi cerita sedap dibaca, buat2 cam pihak polis xbersalah.

Kesimpulan

Kite smue mmg sudah sedia maklum polis memang bertindak kejam terhadap mahasiswa.

Tapi untuk kes ini, adalah tidak patut remaja 15 tahun ditembak. Kesian sangat. Tapi sudah pasti Allah yang maha adil menghukum pihak yang terlibat.

Kalo berani tembak mahasiswa, nantikan revolusi..

Sekian...

...................

27 April 2010

Apabila Tamatnya Exam..

Alhamdulillah segala puji bagi Allah..

My Fav Book of this year

Setiap kali di awal tulisan saya pasti saya menyatakan bahawa sudah lama saya tidak menulis. Kekangan masa hanyalah alasan. Namun hari ini terasa free untuk menulis. Semalam paper terakhir untuk final exam kali ini.

Selesai sudah exam Prinsip Proses Kimia, saya menghulurkan tangan untuk bersalam dengan lecture, tibe2 je Dr.Riza peluk saya. Rasa terharu sebab bab2 peluk ngan tenaga pengajar ni cuma ada kat sekolah je. Agak bagus juga kalo diamalkan di universiti.

Terima kasih kepada semua yg telah membantu saya sepanjang pengajian tahun 2 saya.

Buku diatas dipinjam drpd PTSL. InsyaAllah sekiranya berkemampuan saya akan beli buku ini, Elementary Principles Of Chemical Processes. Saya suke sgt2 buku ni.

Sekarang

Memandangkan exam da abis, saya mempunyai lebih banyak masa free. Jadi saya ingin menggunakan masa ini dengan sebaiknya. Antaranya tengok anime dan main PSP. Hehe. Ishhh xsedar diri.

Perancangan Cuti Sem

- Perkampungan PMFST untuk sesi pimpinan akan datang

- Short sem

- Studi untuk next sem

- Agenda lain

Tak Lama Lagi

Sebenarnya sy ingin kupas isu illuminati. Kebanyakkan orang selalu kupas isu ini melalui movie2 drpd barat. Tetapi saya akan kupas melalui anime kerana plot perancangan mereka kelihatan lebih jelas dan nyata. InsyaAllah saya akan usahakan.

Isu Semasa

Sebenarnya saya tak suka politik. Banyak benda kotor dan jijik berlaku dalam politik. Tapi, Allah dah gitau sesungguhnya benda yg kamu xsuke itulah yg terbaik untuk dirimu. Nabi juga pernah berkata sekiranya mampu ubahlah dgn tgn. Jd adalah penting untuk mempunyai kuasa dalam politik. PRK Parlimen Hulu Selangor baru2 ini menyaksikan kemenangan BN dengan majoriti 1,725 undi.. Owh..

Tamat

Hehe xtau nk ckp pe lg.. Sekian..


.........

30 January 2010

Kehangatan PRK UKM - MAHASISWA BANGKIT!!!

BANGI 29 JAN - Pimpinan daripada GMUKM secara aman telah menghantar surat rayuan berserta duit bantahan kerana berlaku penyelewengan cukup ketara pilihanraya kampus kali ini.

Jumlah undi yang telah diumumkan oleh setiap pengetua kolej adalah tidak sama dengan keputusan rasmi yang dikeluarkan semalam.

“Pentadbiran isytihar melanjutkn tempoh 48jam yang diberikan mahasiswa hingga hari Isnin ini. Doakanlah semoga keadilan dan kebenaran tertegak jua. Kawan2 keputusan PRK UKM masih tidak rasmi (15 GMUKM, 19 API)” -GMUKM

Pihak pentadbiran telah sengaja melewatkan prosedur rayuan dan tidak membenarkan pimpinan GMUKM untuk berjumpa dengan TNC bagi menyelesaikan kes ini secara aman. Lebih manghairan pihak pentadbiran telah menjemput polis beserta FRU bagi memburukkan lagi keadaan.

Dilaporkan pihak FRU telah bersedia di luar masjid UKM semasa solat jumaat. Mereka juga telah merempuh dan mencederakan mahasiswa yang sedang melakukan piket bagi menyatakan ketidakpuasan secara aman damai. Beberapa mahasiswa ditangkap dalam kejadian ini.

Perlu ke senjata2 ini dibawa berhadapan dengan mahasiswa?

FRU menimbulkan kekecohan di bumi UKM

Siapa yang menyebabkan keadaan menjadi tidak aman?

Amat menyedihkan kerana terdapat pihak yang sengaja memburukkan GMUKM dan mendakwa mereka telah membuat demonstrasi tidak aman dan tidak mengikut prosedur. Malah GMUKM dituduh cuba menyelesaikan masalah ini dengan cara yang tidak betul.

Beberapa universiti lain seperti UM dan UPM turut merasakan bahang kebangkitan mahasiswa. Kemenangan pro-m di UPM telah dibatalkan kerana didakwa berkempen di facebook. Manakala di UM keputusan pilihanraya digantung sementara waktu.

Gambar2 kezaliman FRU leh rujuk disini : http://ruhulamri.blogspot.com/