28 April 2010

Kekejaman Polis.. Telus Atau Ambik Kesempatan?

Saya sangkakan duduk di UKM tidak selamat, rupa-rupanya duduk di Malaysia pon xselamat. Baru2 ini kita dikejutkan dengan isu pelajar berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah mati ditembak polis. Dasyatnye..

Tindakan Pantas

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad menggesa Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar memberi jaminan bahawa siasatan kes terhadap anggotanya yang menembak mati seorang remaja 15 tahun, dijalankan dengan telus.

Wakil rakyat PAS itu berkata, beliau kecewa dengan kenyataan awal pihak polis, ketika siasatan masih dijalankan, yang mendakwa remaja tersebut mungkin terlibat dalam kegiatan menyamun dan memiliki senjata, seperti yang dilaporkan media.

Katanya, beliau sendiri turut menemani saksi utama kes tersebut - yang bersama mangsa ketika mangsa ditembak – yang disebut oleh satu laporan akhbar sebagai Aminulrasyid Amzah - membuat laporan di balai polis Seksyen 11 jam 9.43 malam tadi.

Ambik kesempatan

Tak lama kemudian di Malaysiakini :

"Timbalan pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar berkata pihaknya bersimpati dengan kejadian yang menimpa pelajar sekolah - Aminulrasyid Amzah - yang mati ditembak polis awal pagi semalam.

"Saya harap kes ini tidak disensasikan atau dipolitikkan," katanya dalam sidang media di rumah keluarga arwah Aminulrasyid di Shah Alam hari ini.

Noh juga berkata, Umno negeri akan menawarkan bantuan guaman kerana keluarga terbabit berhak menyaman polis dan kerajaan Malaysia."

Maksudnya..?

Secara umumya sekiranya keluarga Aminulrasyid Amzah menerima tawaran tersebut, potensi untuk menang dalam kes tersebut di makamah adalah sangat besar!!

Tapi...

Secara teorinye walaupun menang dalam kes tersebut, hukuman dan keadilan tidak dapat ditegakkan. Kemungkinan besar kes ini akan cuba disenyapkan.

Mana taknye, polis selaku tangan kanan wat salah, tangan kiri iaitu media akan cube tolong. Keluarga mangsa menang di mahkamah. Kepala selaku kerajaan Malaysia akan tutup kes dengan happy ending.. Tutup and senyap..

Xcaya? Kite tgk..

Media

Jangan percaya media massa. Bnyak putar belit cerita berlaku. Nak bagi cerita sedap dibaca, buat2 cam pihak polis xbersalah.

Kesimpulan

Kite smue mmg sudah sedia maklum polis memang bertindak kejam terhadap mahasiswa.

Tapi untuk kes ini, adalah tidak patut remaja 15 tahun ditembak. Kesian sangat. Tapi sudah pasti Allah yang maha adil menghukum pihak yang terlibat.

Kalo berani tembak mahasiswa, nantikan revolusi..

Sekian...

...................

No comments: