30 January 2010

Kehangatan PRK UKM - MAHASISWA BANGKIT!!!

BANGI 29 JAN - Pimpinan daripada GMUKM secara aman telah menghantar surat rayuan berserta duit bantahan kerana berlaku penyelewengan cukup ketara pilihanraya kampus kali ini.

Jumlah undi yang telah diumumkan oleh setiap pengetua kolej adalah tidak sama dengan keputusan rasmi yang dikeluarkan semalam.

“Pentadbiran isytihar melanjutkn tempoh 48jam yang diberikan mahasiswa hingga hari Isnin ini. Doakanlah semoga keadilan dan kebenaran tertegak jua. Kawan2 keputusan PRK UKM masih tidak rasmi (15 GMUKM, 19 API)” -GMUKM

Pihak pentadbiran telah sengaja melewatkan prosedur rayuan dan tidak membenarkan pimpinan GMUKM untuk berjumpa dengan TNC bagi menyelesaikan kes ini secara aman. Lebih manghairan pihak pentadbiran telah menjemput polis beserta FRU bagi memburukkan lagi keadaan.

Dilaporkan pihak FRU telah bersedia di luar masjid UKM semasa solat jumaat. Mereka juga telah merempuh dan mencederakan mahasiswa yang sedang melakukan piket bagi menyatakan ketidakpuasan secara aman damai. Beberapa mahasiswa ditangkap dalam kejadian ini.

Perlu ke senjata2 ini dibawa berhadapan dengan mahasiswa?

FRU menimbulkan kekecohan di bumi UKM

Siapa yang menyebabkan keadaan menjadi tidak aman?

Amat menyedihkan kerana terdapat pihak yang sengaja memburukkan GMUKM dan mendakwa mereka telah membuat demonstrasi tidak aman dan tidak mengikut prosedur. Malah GMUKM dituduh cuba menyelesaikan masalah ini dengan cara yang tidak betul.

Beberapa universiti lain seperti UM dan UPM turut merasakan bahang kebangkitan mahasiswa. Kemenangan pro-m di UPM telah dibatalkan kerana didakwa berkempen di facebook. Manakala di UM keputusan pilihanraya digantung sementara waktu.

Gambar2 kezaliman FRU leh rujuk disini : http://ruhulamri.blogspot.com/

04 November 2009

Jadikan Nilai Ilmu Sebagai Ukuran, Bukan Politik Semata-mata..

Salam Perjuangan..

Varsiti Kita

Kali ini tangan saya menjadi sangat rajin untuk menaip isu-isu yang kelihatan berat bagi majoriti mahasiswa dan mahasiswi yang kurang berminat dengan politik. Mungkin tidak begitu terlewat untuk saya memberi pendapat tentang isu hangat Timb Presiden PMUKM, Sarfarizmal Md Saad yang telah mengeluarkan artikel 'copy paste' menghina Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz.

Penyiaran artikel yg berasal daripada BLOG PANGLIMA PERANG CYBER membuktikan bahawa Sarfa secara terang-terangan telah bersetuju dengan apa yg diperkatakan oleh blog itu (kini artikel itu sudah di delete daripada blog Sarfa).

Artikel itu menyatakan bahawa Mursyidul Am Pas itu tidak layak dan boleh membawa kepada kesesatan. Dalam kenyataan blog itu juga Nik Aziz tidak layak digelar Tok Guru dan membawakan video sebagai bahan bukti untuk mengukuhkan hujahnya.

Penyiaran artikel ini dalam blog Sarfa telah mengundang kepada limpahan kritikan serta mendapat cabaran untuk berdebat secara terbuka oleh Farid Hamlud, seorang pelajar kejuteraan.

Persoalannya sekarang, LAYAKKAH?

Layakkah kritikan itu diberikan kepada seorang tokoh ulamak? Sedarlah diri, kita ni siapalah sangat jika nak dibandingkan dengan ilmu agama Tok Guru. Pangkat ustaz pun kita tak ada. Mungkinkah sebagai seorang Mahasiswa? Gelaran itu pun sudah ditarik di UKM (memandangkan Minggu Mesra Mahasiswa sudah ditukar kepada Minggu Mesra Pelajar).

Saya bukanlah hendak memihak kepada mana2 pihak politik menyatakan siapa betul dan siapa salah, sekadar memberi pandangan tentang taraf kita. Tidak kira setinggi mana pun jawatan seseorang itu tidak kira Tok Guru atau tidak, kita tetap hamba Allah.

Isu-isu ini boleh dibaca lebih lanjut di NADI UKM yang saya lihat kini lebih ke arah politik kampus dan politik luar. Pendedahannya cukup menarik untuk membuka mata semua pihak.

Namun secara peribadi saya bukanlah penggemar isu-isu ini, tetapi lebih gemar ke arah isu-isu kebajikan mahasiswa. Oleh itu saya lebih suka membaca blog NADI UNIMAP yang mengupas dengan menarik isu-isu penindasan pihak tertentu terhadap mahasiswa. Isu-isu seperti inilah yang akan membuka mata mahasiswa-mahasiswa 'di atas pagar' agar tahu yang mana terbaik untuk mereka.


ps/: saje2 menulis time exm camni :D



....................................




25 October 2009

Hari-hari yang berlalu..

Alhamdulillah.. Segala puji bg Allah..

Genap sebulan blog ini tidak di update :)

Setelah sekian lama menanti akhirnya sembuh juga laptop sy. Bersyukur kpd Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Gembira sgt2 :) Kpd smua pembaca blog ini, minta maaf kerana sudah lama tak update.

Masa berlalu dengan cukup pantas, semester dua bakal menemui ke penghujung jalan. Sebelum itu sudah pasti akan menempuhi final exam tidak lama lagi. Bertanyakan kepada diri, inilah kali pertama seumur hidup, saya tidak bersedia melebihi 80% untuk berjuang. Sangat ironic. Mungkin inilah balasan kesan dosa-dosa yang pernah dilakukan. Ya Allah, dasyatnya ujian ini. Ujian yang mesti dilalui antara rela atau tidak..

"Letih tubuh di dalam perjalanan,
Saat hujan dan badai merasuki badan,
Namun jiwa harus terus bertahan,
Kerna perjalanan masih panjang.."

Di saat tertekan bergini teringin nak lepaskan tekanan dengan bermain squash. Sudah lama tangan ini tidak memegang raket dan beraksi di gelanggang. Suatu ketika dahulu sy mempunyai ramai kawan yang minat dengan sukan ini. Namun setiba di UKM tiada lagi, hanya sejarah yang dijadikan kenangan.

Masa muda2 dlu...

Semoga Allah membantu insan yang lemah ini menempuhi segalanya. Oleh kerana masa cukup mencemburui, sy berhenti disini sahaja. Selamat menempuhi Final Exam kpd smua. Maafkan segala silap dan salah yang pernah dilakukan. Semoga Allah memberkati kita semua.


.....................................................

25 September 2009

Sedikit Luahan, Kurangkan Kesedihan...

Assalamualaikum...

Begitu cepat masa berlalu sehingga tidak sempat untuk update blog ini. Malah sudah lama tidak berenang ke blog2 lain. Adakah banyak kerja boleh dijadikan alasan? Hmm...

Baru2 ni laptop kesayangan saya rosak. Belum sempat 1 tahun dah rosak, agak sedih. Sebelum membeli laptop, saya telah survey habis-habisan untuk membeli model laptop yg terbaik. Dari awal sudah menolak model Acer ke tepi. Sejarah menunjukkan Acer terlalu banyak problem, jd sy ingin beralih arah kepada Compaq. Akhirnya sy memilih CQ40-133AX.

Risiko telah diambil semasa membeli laptop ini. Kerana banyak sangat info mengatakan model CQ40 mengalami masalah heat. Terdapat banyak juga masalah berkaitan dengan drivers jika ingin menggunakan XP.

Tp saya masih memilih laptop ini kerana harganya murah. Internal hardisk pon besar. Malah RAM telah di upgrade jd 4Gb. Tiada sebarang masalah menggunakan XP. Senang cerita lancar. Saya juga telah menggunakan Avira Premium Security Suite untuk melindungi laptop ini drpd sebarang serangan luar.

Tidak tahu knp usually bdk2 kat UKM ni suke guna Kaspersky. Maybe sebab banyak dijual semasa Pesta Konvo dan juga kedai2 PC kat UKM. To be honest sy mmg sgt xsuka Kaspersky. Boleh lihat orang2 yang menggunakan Kaspersky, laptop mereka asyik ada problem malah terlalu kerap format laptop. Jd fikir2kan lah..

Akhir cite..

Setelah menjaga laptop dr segi mental dengan baik, namun apabila fizikal buat hal memang xleh nk wat pe. Sejak beli laptop itu sy tidak pernah format balik. Tp apabila hardware laptop rosak memang xleh nk buat ape2. Hantar pi warranty je jwbnya.

SY RINDUUUU LAPTOP SY :((





...................................

23 August 2009

Jihad Bisnes Pemangkin Ekonomi Ummah..


Semalam sy berpeluang untuk menghadiri Program Gerak Usahawan Siswa 2009 di DAM. Sy sangat tertarik dengan kehebatan para usahawan yang begitu hebat melangkah ke hadapan untuk menjadi jutawan berjaya.

Kagum melihat mereka melangkah lebih jauh kehadapan. Uniknya persamaan para usahawan ini mereka berpegang kepada hadith ini :

"Sembilan per sepuluh sumber rezeki (boleh diperolehi) melalui perniagaan." (Hadith Riwayat Al-Tirmizi)

Jadi mengapa ramai pilih 1/10 ? Makan gaji tidak menjaminkan kesenangan hidup. Bangkitlah umat Islam, berniagalah. Kenapa? Kerana ada tempat menarik untuk para peniaga..

"Peniaga-peniaga yang jujur dan amanah (akan ditempatkan berserta para nabi, siddiqin dan para syuhada" (Hadith Riwayat Al-Tirmizi)

Menarikkan.. Hmm.. Akhir kata..

"Nabi Muhammad SAW berbisnes tidak hanya dengan modal wang, tetapi dengan kepercayaan dan professionalisma. Moadal itulah menjadikan baginda berjaya."

Selamat menjadi para usahawan kepada semua :)

Ps/: Harap tulisan yang cukup ringkas ini sangat padat memberi manfaat kepada semua..




.............................................................................

05 August 2009

Ekspidisi Gua Tempurung


Pada 25 dan 26 Julai 2009 yang lepas, Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi (PMFST) telah menganjurkan Ekspidisi Gua Tempurung di Perak.

Syabas dan tahniah kerana menjayakan program yang cukup bermakna ini. Sedikit terkilan kerana tidak dapat pakej yang lebih mencabar kerana hujan telah membanjiri gua tersebut.



Oleh sebab perjalanan yang dijadualkan tamat lebih awal, kami berpeluang pergi ke air terjun (hmm xingt kat mane huhu).. Cantik sangat2.. Indahnya alam ciptaan Allah menaikkan semangat ingin pergi mengembara..


ps/: ditulis dgn sgt rushing :D

...........................

28 July 2009

Chi's Sweet Home

Chi's Sweet Home

Chi's Sweet Home, sebuah kartun pendek 3 min per episode. Sebenarnya saya telah lama menonton kartun ini, cuma baru-baru dapat menghabiskannya sehingga ke akhir episode.

Apa yang best tentang kartun ini?

Kelakar dan sangat comel.. huhu.. mungkin ini sangkaan awal..

Tapi..

Semakin menghampiri episode akhir terasa sangat sebak.. Sedihnya... Mengalir air mata ini.. Tidak tergambar dengan kata-kata.. It sadden me..

Kenapa setiap cerita dalam hidup akan berakhir begini?

Takdir.. Hmm..

Sebenarnya tidak semua kartun hanyalah untuk hiburan semata-mata. Kartun seperti ini telah memberi kesan pada hati saya.. Moral value yang baik diambil..

Mungkin kartun seperti ini lebih sesuai ditayangkan di kaca television berbanding kartun-kartun yang tidak memberi apa-apa manfaat. Namun peliknya, kartun-kartun yang merosakkan fikiranlah yang ditayangkan di televison.

Sengaja?

Tak tahulah saya...

Blackie n Chi

"When you move forward, you mustn't look down! Look forward and smile!"


....................................

18 July 2009

Pembentukan Ikatan Ukhuwah Melalui Usrah..

Untukmu Teman

Pembentukan ikatan ukhuwah sangat penting untuk memastikan kesatuan dan perpaduan dalam kalangan umat Islam. Ikatan ini boleh dibentuk dengan jayanya melalui satu sistem yang digelarkan sebagai usrah, suatu nama yang sangat asing buat diri ini sebelum memasuki UKM.

Secara peribadi, saya berpendapat masih ada segolongan masyarakat tidak mengetahui akan kewujudan sistem ini. Terdapat sedikit persoalan yang timbul. Bagaimanakah dengan mereka yang mengetahui?

Umumnya ramai mengetahui bahawa usrah sangat berkesan dalam menyampaikan mesej dan gerakkan Islam. Namun begitu tidak ramai yang berminat untuk menyertai usrah atas pelbagai alasan yang tidak boleh diterima.

Adakah berusrah ini membuang masa? Perlukah nuqaba dipersalahkan kerana kekurangan skil-skil untuk menarik perhatian anak usrah? Ataupun kurangnya kesedaran umum akan kepentingan menyertai usrah?

Tolak ke tepi, jawab sendiri..

Pada pendapat saya sekiranya rukun usrah iaitu taaruf, tafahum dan takaful dihayati sepenuhnya sudah pasti masalah-masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan baik. Seterusnya mewujudkan sebuah ikatan ukhuwah yang sangat manis dalam usrah.

Sedikit Pengalaman Usrah..

Dipendekkan cerita saya mempunyai usrah yang terdiri daripada naqibah dan diri sendiri. Pada mulanya agak cemburu melihat usrah lain yang mempunyai ahli yang ramai. Namun itulah yang terbaik untuk diri jika dihayati ayat berikut,

Katakanlah: "Sesungguhnya aku hendak memperingatkan kepadamu suatu hal saja, yaitu supaya kamu menghadap Allah (dengan ikhlas) berdua-dua atau sendiri-sendiri; kemudian kamu pikirkan (tentang Muhammad) tidak ada penyakit gila sedikit pun pada kawanmu itu. Dia tidak lain hanyalah pemberi peringatan bagi kamu sebelum (menghadapi) azab yang keras.

[ Saba' : 46]

Kajian daripada seorang jurutera daripada Universiti Toronto mendapati, perbincangan paling efektif adalah secara berdua-dua. Mungkin inilah hikmah kenapa Allah tentukan usrah kami terdiri daripada dua orang.

Secara peribadi saya lebih suka usrah dijalankan di luar berbanding duduk sambil berbincang dengan seriusnya. Gaya berusrah yang paling disukai ialah berjalan-jalan, bertazkirah bersama naqibah sambil menikmati alam ciptaan Allah. Inilah yang kami lakukan di Tasik Kejut.

Gaya penyampaian naqibah saya harus dipuji kerana sangat menyentuh hati. Bukan semua orang saya boleh terima nasihat atau teguran. Namun kata-kata daripadanya membuat saya terima dengan hati terbuka.

Semalam, termakbul harapan yang tersimpan di hati sekian lama. Akhirnya Allah memberi peluang kepada kami untuk bertadarus Al-Quran bersama. Tidak tergambar gembiranya hati. Saya sangat suka mendengar bacaan Al-Quran naqibah saya :)

Penghargaan setinggi-tingginya buat Kak Syida.. Terima kasih di atas segalanya..

Itulah sedikit sebanyak tentang usrah saya..

Sekian.


.............

13 July 2009

Langkah Tercipta...


Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelamun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta

Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu

Album : Langkah Tercipta
Munsyid : Unic

Baru-baru ni pelbagai ujian menimpa diri.. Kadang-kadang terasa diri ini berada di luar kawalan.. Namun kekuatan diri membantu untuk terus berdiri..

Ketenangan wajah ini tidak mengambarkan sedikit pun rasa di hati yang sangat tercedera apabila diserang daripada pebagai sudut..

Tanggungjawab.. Amanah.. Kerja.. Study dan Persahabatan..

Apabila diberi ujian di luar kekuatan..

Mampukah diri ini terus tabah?

.........

03 June 2009

Travel To Unknown...

To Be The Traveller

Mengikut KamusCari, traveler membawa maksud pengembara. Manakala tourist membawa maksud pelancong.

Jadi jika bertanya kepada saya adakah sama mengembara dengan melancong? Sudah pasti jawapannya tidak.

Pada pendapat saya pergi melancong adalah seperti satu percutian. Tetapkan tempat yang hendak dituju, tempah tiket, terbang ke destinasi kemudian tempah hotel. Selepas itu menikmati pemandangan, ambik gambar, makan2 etc etc. Inilah style melancong. Menarik?

Mungkin...

Tetapi tidak bagi saya. Kerana terlalu mudah. Paling sedih mungkin tidak dapat melihat dunia sebenar. Melancong tak ubah macam syok sendiri.

Saya mempunyai definisi travel tersendiri malah telah menetapkan peraturan dan prinsip yang harus dipegang andai dapat pergi travel suatu hari nanti. Peraturan dan prinsip ini biarlah menjadi rahsia saya.

Dunia ini cuma sementara selepas ini tidak akan ada lagi yang menyerupai dunia.. Jadi saya bukanlah mengejar dunia.. Tetapi lebih kepada ingin menghargai dunia.. Mungkin sesiapa yang mempunyai impian yang sama lebih memahami..

You want to be happy everyday?
That means no unhappier days..
What if you never experience unhappiness?
How could you know how happy you could be?

Membaca atau sekadar melihat tidak sama dengan merasai sendiri. Ada kalanya kita perlu berjalan jauh untuk mencari pengalaman. Kemudian barulah kita akan lebih menghargai apa yang kita tinggalkan..

Gambar Hiasan

Kita tidak tahu apa yang menanti kita di hadapan. Masa depan adalah persoalan yang sukar diduga. Mengembara adalah sesuatu yang sangat menarik, kerana kita tidak akan tahu apa yang bakal kita jumpa.

Banyak tanda kekuasaan Allah yang saya ingin lihat dan rasai sendiri..

Hidup ini terlalu singkat untuk pergi travel ke semua tempat. Untuk memahami maksud saya sila rujuk post yang lepas, So Much To Do In Life

Sekian..


 

Blogger Template | Created by Adam Every