Cam biasa lama
betul tidak menulis dalam blog ni.
Kali terakhir post pasal praktikal tahun 2011. Kira blog ni banyak cerita pasal zaman
kampus. Memandangkan saya da lama tinggalkan kampus maka blog ni akan diupdate
mengikut peredaran zaman iaitu alam pekerjaan.
Summary Cerita Tahun
2011-2012
Pendek cerita dihujung time praktikal, saya telah hantar
banyak resume ke company2 berkaitan. Hehe jadi Job Hunter sat. Namun 1 call pon
tak dapat daripada HR. Kawan2 berduyun2 dapat call for interview.
Hmmm.. Abis praktikal still tak dapat keje.. Asyik terpikir
nak sangat keje kat Bangi..
Saya terbaca sebuah buku “Law of Attraction”. Buku ni ajar saya satu benda iaitu :
“Kalo kita nak
sesuatu, kita boleh menggunakan tarikan sengaja tuk dapat benda tersebut”
Law of Attraction by Michael J.Losier
Apa lagi, saya
buka surat khabar cari je ape keja yang ada.
Keja kerani..
Keja jaga farmasi.. Keja kedai elektronik.. Semua saya apply..
Maka dapat la call for interview kat tengah2 KL sebagai
kerani kat agensi hartanah..
Interviewer : Awak ade degree, tapi apply keje kerani?
Saya : Saje cari pengalaman..
Hihi betul pengalaman. Tu 1st time saya pegi
interview. Pastu dapat call interview tuk keje kedai barangan elektronik. Best
lagi dapat call tawaran kerja kat farmasi. Hati rasa best. Sangat best sebab
macam2 offer datang hehe. Mana satu nak pilih ni. Banyak sangat offer.
Tak lama pastu tu dapat call daripada unknown number. Saya
tak sempat angkat. So saya telifon balik. Mana la tau kalo2 ade job offer lagi.
Skali betul hit the target..!!
Dapat interview sebagai Asst.Project Engineer kat Bandar
Tech Kajang. Gembira Allah je yang
tahu sebab tempat tu dekat dengan Bangi.
Hati rasa berbunga2 banyak sangat tawaran datang.. Nak jadi
cerita petang tu dapat call lagi for interview sebagai Lab Assistant kat kilang
kimia. Gembira sangat hehe..
Pendek cite pas pegi kedua2 interview ni, saya accept offer
sebagai Asst.Project Engineer. Sebab mudah ade 2 je iaitu :
1) Nama
position cam best
2) Gaji
lagi tinggi hahaha
Alrite.. Ape moral of the story?
Inilah dinamakan tarikan sengaja..! Salah satu prinsip dalam
Law of Attraction. Mula2 saje je
cari keje yang biasa2. Bila kita da attract benda tu, maka akan datang lagi
benda yang kita nak sebab hati ngah happy. Allah pon happy nak memberi kepada hambaNya
yang bersyukur.
Percayalah sebab
tempoh saya cari keje cuma 2 minggu selepas abis praktikal. Dapat keje sebelum
graduate..! Power.. Ni tips mudah nak cari kerja..
Semasa cari keje
dilarang cakap benda negative :
“Susah la cari
keje”
“Fresh grad memang
ramai yang menganggur”
“Lama lagi aku nak
dapat keje haihhhh”
“Aku kat umah ni tanam anggur”
Sebaliknya katakan something yang positive :
“Senang je cari keje. Semuanya dihujung jari”
“Fresh graduate senang dapat kerja”
“Aku antara Fresh Grad yang dapat keje.. Alhamdulillah”
“Cepat je aku
dapat keje”
“Aku kat umah
tengah berusaha click2 kat jobstreet supaya kerja cari aku”
Hihihi nampak tak beza? Sebenarnye simple and senang sangat nak cari keje. Cuma membezakan kita adalah keinginan, pemikiran dan usaha. Skali lagi saya berjaya cari kerja tanpa cable :)
Abis cite 2011..
To be continued..
No comments:
Post a Comment