15 February 2013

Tips Cari Kerja Dengan Mudah Part 2


Masuk cite 2012..

Saya seorang pekerja yang sangat berkeja keras sampai malam buat testing. Customer plak orang Jepun, slagi xsiap dia xmau balik even da pukul 12 malam. Pastu supplier suke buat hal hantar mould lewat malam. Pastu hantar barang rosak sana sini. Stress.

Kadang2 kak syida akan call tanya bila nak balik sambil menangis2. Fizikal saya makin lemah kalo x diberi sokongan. Penat, bila balik ade orang buat muka masam sebab balik lewat. Huhu ape nak jadi tah. Saya terfikir sampai bila camni.

Ade sorang pekerja baru tu dia cakap “awak fresh grad, nape keje bidang injection moulding.. better cari keje lain yg lebih cerah”.. Bos sini layan pekeja macam lembu kene tarik dgn tali. Cam hamba. Yep chinaman company memang camtu, tapi saya nk cari pengalaman. Sebab dengan pengalaman akan dapat kerja lain yg lebih baik.

Kesian tengok pekerja2 lain merungut setiap hari terutama foreigners. Gaji skit, kerja cam orang gila multitasking. Aritu penah MD nk potong gaji dorang, ape lagi smua pekerja mogok. Sonok time tu tak wat keje sebab kilang lengang je huhu. Pastu polis datang tuk settlekan keadaan. Tak nak cite lebih pasal ni.

Sebenarnya time tu target saya nak keje kat Sony Bangi. So saya nampak keja bidang plastic adalah jalan pintas tuk ke sana. Pe pon kene la bertahan sebelum dapat apa yang terbaik.

Penat.. Letih.. Gado dengan customer.. Kerja sampai malam xde OT.. Macam2 pemikiran negative datang kat kepala.. Sibuk cari kerja lain yg lebih baik.. Tapi 1 call for interview pon tak dapat..

Saya rasa betul2 letih. Kerja Monday to Saturday.. Sunday je rehat.. Monday keje balik.. Da jadi cam robot.. Time tu dalam kepala, kalo nak cari keje lain mesti kena dapat keja Mon-Fri je.. Kalo keje ari sabtu kene tolak, serious penat..

Personaliti pon da berubah jadi cepat marah. Ni bukan diri saya yang sebenar, tak nak jadi camni. Bagitau mak, nak resign da tak larat. Tapi tak hantar2 surat resign sebab tak dapat keje lain lagi.

Pendek cite mak sponsor hantar saya pi ambik SHO course kat Niosh. Harga total RM4000 + RM950 (exam).

“Mak da bagi pancing, pandai2 la cari ikan”

Hihi.. Saya pon ngan bahagia hantar surat resign. Skali bos tak kasi resign. Dia bagi cuti sebulan tanpa gaji.. Saya terima je wat back up plan.

So pada bulan April 2012 saya pegi ke course Safety and Health Officer (SHO) kat Niosh. Masa tu kenal ramai kawan-kawan.

Suasana Dalam Kelas
Hati terasa lega sebab berjauhan dengan kilang. Selain dapat merehatkan badan, saya juga dapat merehatkan minda. Secara tak langsung pemikiran jadi waras sebab jauh daripada pengaruh2 negative kat kilang.

Masa tu saya terfikir kena buat sesuatu jika ingin terus ke hadapan. Kalo nak berjaya kena berfikiran postive. Kene bersangka baik dengan Allah.

Teknik Law of Attraction
Sabda Rasulullah SAW bahawa Allah SWT telah berfirman:

Aku adalah seperti sangkaan hambaKu terhadap Aku. Dan Aku bersamanya tatkala Dia mengingatiKu. Sekiranya dia mengingatiKu dalam dirinya, maka Aku akan mengingatinya dalam diriKu.

Sekiranya dia mengingatiKu di khalayak ramai, maka Aku akan mengingatinya di depan khalayak ramai yang lebih mulia(para malaikat dan nabi-nabi). Jika hambaKu mendekatiKu sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika hambaKu mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa.

Jika hambaKu mendekatiKu dalam keadaan berjalan, Aku akan mendekatiNya dalam keadaan berlari(cepat)
.”

Hadith Qudsi Riwayat Bukhari dan Muslim. Hadith nombor 59 dalam Kitab Al-Wafi karangan Imam An-Nawawi.

Da panjang sangat. InsyaAllah next post saya shared camne dapat keje dalam bidang Oil & Gas lak :D


To be continued.. 

No comments: