Mengikut KamusCari, traveler membawa maksud pengembara. Manakala tourist membawa maksud pelancong.
Jadi jika bertanya kepada saya adakah sama mengembara dengan melancong? Sudah pasti jawapannya tidak.
Pada pendapat saya pergi melancong adalah seperti satu percutian. Tetapkan tempat yang hendak dituju, tempah tiket, terbang ke destinasi kemudian tempah hotel. Selepas itu menikmati pemandangan, ambik gambar, makan2 etc etc. Inilah style melancong. Menarik?
Mungkin...
Tetapi tidak bagi saya. Kerana terlalu mudah. Paling sedih mungkin tidak dapat melihat dunia sebenar. Melancong tak ubah macam syok sendiri.
Saya mempunyai definisi travel tersendiri malah telah menetapkan peraturan dan prinsip yang harus dipegang andai dapat pergi travel suatu hari nanti. Peraturan dan prinsip ini biarlah menjadi rahsia saya.
Dunia ini cuma sementara selepas ini tidak akan ada lagi yang menyerupai dunia.. Jadi saya bukanlah mengejar dunia.. Tetapi lebih kepada ingin menghargai dunia.. Mungkin sesiapa yang mempunyai impian yang sama lebih memahami..
You want to be happy everyday?
That means no unhappier days..
What if you never experience unhappiness?
How could you know how happy you could be?
That means no unhappier days..
What if you never experience unhappiness?
How could you know how happy you could be?
Membaca atau sekadar melihat tidak sama dengan merasai sendiri. Ada kalanya kita perlu berjalan jauh untuk mencari pengalaman. Kemudian barulah kita akan lebih menghargai apa yang kita tinggalkan..
Kita tidak tahu apa yang menanti kita di hadapan. Masa depan adalah persoalan yang sukar diduga. Mengembara adalah sesuatu yang sangat menarik, kerana kita tidak akan tahu apa yang bakal kita jumpa.
Banyak tanda kekuasaan Allah yang saya ingin lihat dan rasai sendiri..
Hidup ini terlalu singkat untuk pergi travel ke semua tempat. Untuk memahami maksud saya sila rujuk post yang lepas, So Much To Do In Life
Sekian..
2 comments:
manusia dijadikan sebagai pengembara..sblm ditiupkan,alam rahim,dunia,kubur & dihidupkan kembli..
biarlah hidup ini di isi dgn hal yg b'faedah..kembara yg dpt m'dekatkn diri dgn-NYA..
melihat dunia & isinya dari pelbagai sudut kerna stiap darinya ada ilmu yg patut & wajib kita miliki...
mmg merancang tuk mengembara..insyaAllah ^_^
da traveller...sangat sesuai untuk menggambarkan diri kamu:)
Post a Comment