Sir William Crookes (17 June 1832 – 4 April 1919) ialah seorang ahli Fizik yang sangat terkemuka semasa era Victorian. Crookes telah mengemukakan bahawa sinar katod merupakan partikel-partikel yang bermuatan negatif, mempunyai jisim, dan dimiliki oleh semua jirim.
Sir William Crookes telah mencipta suatu alat yang diberi nama 'Crookes Tube' iaitu tiub yang menyahcas elektrik di mana sinar katod iaitu elektron-elektron telah dijumpai. Elektron-elektron bergerak pada satu garis lurus melalui satu bentuk salib dan menghasilkan satu bayang-bayang salib.
Crookes Tube tidak lama kemudian menjadi komponen asas kepada dasar penciptaan televisyen 40 tahun kemudian.
*************
Adalah lebih mudah untuk difahami apabila kita menyelami sejarah, punca atau sebab mengapa sesuatu alat itu dicipta. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, tujuan asal penciptaan televisyen adalah untuk menghipnosis (hypnosis) manusia.
Hipnosis merupakan satu keadaan minda (teori keadaan) membuatkan seseorang menjadi tenang fizikal dan mental, berkeadaan separa sedar sehingga membolehkan seseorang itu membuat perubahan kelakuan tanpa sedar.
Kawalan Pemikiran
Minda kita menerima lebih banyak maklumat jika kita melihat berbanding kita membaca. Percayakah anda jika dikatakan bahawa televisyen pada hari ini telah berjaya menghipnosis minda seluruh masyarakat dunia?
Televisyen adalah satu medium yang sangat berpengaruh untuk mempengaruhi pemikiran manusia. Secara puratanya hampir setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya satu televisyen. Seperti kita lihat pada hari ini, masyarakat secara berterusan didedahkan dengan hiburan murahan yang melampau dan juga maklumat-maklumat yang tidak begitu jitu.
Hiburan murahan inilah menjadi salah satu faktor mengapa masyarakat menjadi lemah dan seterusnya gagal untuk berfikiran kritikal. Apabila hiburan diagungkan, isu semasa yang penting diketepikan maka secara tidak langsung lahir masyarakat yang tidak ambil peduli.
Malah maklumat-maklumat yang tidak begitu jitu yang didedahkan oleh media menjadikan masyarakat seolah-olah berada pada paras selesa kerana tidak mengetahui isu sebenar yang berlaku di sekeliling kita.
Menerima sesuatu yang TIDAK LOGIK sebagai LOGIK
Satu contoh yang paling jelas ialah, Superman. Andai kata televisyen tidak wujud di dunia ini, maka adakah anda dapat menerima orang yang memakai seluar dalam di luar? Sudah pasti perkara ini sangat pelik dan tidak boleh terima.
Namun melalui pengaruh televisyen segalanya boleh diterima umum walaupun sangat pelik. Akhirnya wujudlah satu masyarakat yang boleh menerima segala-galanya adalah logik.
Mempercayai sesuatu yang TIDAK BENAR adalah BENAR
Teman setia yang selalu menipu tetapi ironiknya, umum menerima tanpa mempersoalkan maklumat yang disiarkan melalui kaca televisyen.
Media terutama daripada barat banyak menyebarkan maklumat palsu seperti kewujudan UFO (Unidentified Flying Object). Maka dengan mudahnya di awal kontroversi UFO, umum mempercayai maklumat tersebut. Terlalu banyak contoh lain, saya membiarkan pembaca kaji sendiri.
Hipnosis adalah sangat hebat! Berterusan memberitahu kita supaya mempercayai perkara tidak benar adalah benar! Hati-hati kerana anda mungkin mangsa indoktrinasi melalui media.
Dikawal Tanpa Sedar
Golongan yang mengawal media adalah golongan yang sedang mengawal kita sekarang. Golongan ini tidak mahu rakyat yang mempunyai pemikiran kritikal. Mereka mahukan rakyat yang lemah. Meraka juga tidak mahu golongan terpelajar mempunyai pemikiran kritikal. Caranya mudah dengan sentiasa menyalurkan maklumat yang tidak berguna dan palsu.
Apa yang mereka mahukan? Rakyat yang ikut cakap tanpa mempersoalkan banyak perkara. Diberikan tugas dan menjalankan tugas tersebut dengan ganjaran gaji yang rendah. Sedangkan mereka tidak perlu berkerja keras kerana berterusan menikmati kemewahan yang anda berikan. Sedarlah.
Kedasyatan Kuasa Media
Sesiapa yang menguasai media adalah orang yang menguasai pemikiran masyarakat umum. Bentuk dan corak pemikiran sesuatu komuniti dicatur dengan begitu teliti mengikut kepentingan sesetengah pihak tanpa disedari.
Jadi, betulkah kuasa tidak penting?
Penutup
Kita sebagai manusia yang diberi akal untuk berfikir, marilah kita sama-sama bermuhasabah kembali. Perlukah kita mengikut arus perubahan yang dicipta untuk memesongkan kita? Pendapat saya biarlah kita menguasai medium yang dikawal ini ke arah yang jauh lebih baik.
Sampai bilakah lagi kita membiarkan diri ditindas? Persoalan ini kita sama-sama jawab dalam hati, dan bertindak mengikut keperluan.
Sekian, yang baik hanyalah daripada Allah dan yang buruk juga daripada Allah melalui kelemahan diri sendiri.
cLoVer4miza
2 comments:
Salam..
Proses pendoktrinisasi minda oleh kafir harbi adalah salah satu taktik berterusan dan halus dalam guzwatul fiqr (perang minda)...yang nampaknya sekarang mereka semakin menang dek kerana keterlekaan kita...
mantap artikel ni.. teruskan menulis
Post a Comment