23 January 2009

Dugaan Yang Cuba Menimpa Diriku..

Ya Allah tunjukkan jalan yang lurus kepada diriku..


Baru-baru ini saya telah dijemput pergi ke satu program yang terpaksa dirahsiakan. Saya pergi ke program itu atas dasar terpaksa kerana memang macam dipaksa. Kesian juga dengan orang yang menjemput akhirnya saya pergi dalam keadaan paksa rela. Agak tertipu kerana program itu lain daripada khabar. Terlalu panjang senarai perkara-perkara yang ditipu semata-mata untuk menyuruh saya pergi ke program itu.

Selepas tamat program tersebut, mereka bertanya adakah saya berminat untuk join group mereka. Saya tidak memberi jawapan, tapi agak berminat. Akhirnya minat saya hilang selepas melihat akhlak dan pergaulan mereka. Saya memikir jangka masa panjang, sekiranya saya join mungkin saya akan jadi seperti mereka. Tak nak!

Kecewa dengan diri sendiri kerana menganggap ini adalah peluang untuk melarikan diri daripada kekosongan. Tiada siapa boleh saya kongsikan masalah ini. Saya sangat down. Adakah ini dugaan untuk menguji ketabahan saya? Saya tidak mahu terpesong daripada jalan yang sebenar. Sehingga sekarang saya masih belum memberi jawapan kepada mereka. Doakan agar saya dapat menolaknya dengan lancar.

InsyaAllah..

4 comments:

bazLa' said...

hmm, bagaimana akhlak dan pergaulan mereka? just curious...semoga dapat pilih yg terbaik

salaam...

cLoVer4miza said...

Salam~

Mereka terlalu mengagungkan sesuatu selain Allah, pergaulan yg tidak dijaga batasnya, materialistic, buang masa, menipu, hisap rokok and mcm2 lg..

Yg peliknya pd masa sama boleh membicarakan ttg agama..

But still, sangat la terpesong, sebab itulah sy menolak..

InsyaAllah sy akan memilih yang trbaik.. thx :)

Anonymous said...

MIZA,MY DEAR FREN..
U seem's like ur heart is full with sadness..ap yg miza tcari2 sbnrny ramai lg insan d luar sne turut mcari tp igtla firman ALLAH ni:
" Barang siapa yang bertakwa kpd ALLAH,Dia akan adakan baginya jalan keluar dan ALLAH akan mengurniakn rezeki dr arah yang tidak disangka-sangka kepadanya" Al-Talaq:2-3

renung2kn bersama k...

cLoVer4miza said...

siapakah anonymous ini?

k.. insyaAllah..