23 January 2009

Berat Sungguh Keputusan Ini.. Maafkan Diriku..

Ya Allah, Kekalkan Persahabatan Kami..

Kerana Dirimu Begitu Berharga

Semalam saya telah pergi solat hajat Palestine di Masjid Wilayah. Artikel ini saya akan tulis kemudian kerana menunggu sahabat memberi gambar-gambar.

Sebenarnya saya sudah tidak bermaya lagi meneruskan perjalanan hidup ini. Terasa sesuatu yang hilang dalam diri. Sukar dinyatakan kerana hanya hati sahaja memahami. Saya sudah bertahan hampir sekian lama akhirnya saya semakin jatuh ke lembah yang gelap lagi hitam. Lembah yang penuh dengan kesunyian dan kekosongan.

Sekarang saya berasa extreme kekosongan. Hatiku meronta-ronta. Tidak terdaya lagi kerana diri ini sangat dahaga. Gilanya diriku ulang alik daripada FST -> Pustanika -> PTSL ->Pustanika -> FST -> Pustanika -> PTSL -> Pustanika ->FST. Jauhkan perjalananku? Namun saya tidak dapat mengisi kekosongan ini. Hatiku menangis tidak dapat menahan kepedihan. Saya berasa sangat kosong.

Syukur kepada Allah yang Maha Pemurah kerana menunjukkan jalan keluar kepada saya. Jalan itu nampak sangat sukar dan saya tidak mempunyai keyakinan yang tinggi. Namun saya memberanikan diri, InsyaAllah saya boleh melakukannya. Seperti poem 'The Road Not Taken', saya akan memilih jalan yang 'the one less traveled by'. Semoga jalan ini diredhai Allah.

Cukuplah tempoh masa yang panjang berlalu dengan kerugian. Setiap hari jiwaku menangis. Pedihnya sampai tak tertanggung. Pernah kawan bertanya,

"Kenapa ko tiba-tiba suke letak tangan kat bahu aku ni? Sejak bile pandai mengada-ngada?"

Tertawa kecil mendengar. Saya tidak memberi jawapan yang sebenar kepadanya. Jawapannya terbuku di hati,

"Beban di bahuku amat berat. Tak terdaya memikulnya. Harapanku agar sahabat-sahabatku tidak merasai beban yang diriku rasa. Dan untuk kawan-kawan yang disayangi, semoga Allah memberi hidayah."

Terima kasih kepada Kak Huda kerana menziarahi bilikku selepas solat subuh pagi tadi untuk membaca Ma'tsurat. Terpegun saya melihat Kak Huda. Terasa rendah sangat diri ini. Seperti saya selalu kata, saya ini manusia biasa janganlah salah faham dengan saya. Namun saya sedikit sebanyak saya mendapat pengisian 'so early in the morning..'

But still diriku tetap berasa sangat kekosongan. Saya telah membuat keputusan untuk membebaskan diri ini. Mungkin dirimu tidak akan terasa dengan pemergianku kerana siapalah diriku ini padamu.

Tetapi percayalah berat sungguh keputusan ini, kerana saya sangat menghargai dirimu. Apabila saya kata sayang, bermaksud saya betul-betul tidak dapat menahan diri daripada meluahkannya. Jadi agaknya kenapa saya begitu berani meluahkannya?

Maafkan diriku.. Sekarang diriku nekad mahu pergi.. Jiwaku sudah tidak tahan kekosongan.. Menangis hatiku dikala senyum dihadapanmu.. Nantikan ucapanku, selamat tinggal..

4 comments:

Aida Nadiah Abdullah said...

Salam..i'm terribly sorry dear,but i cudnt understand about ur entry this time...huhu..ape kputusan yg berat tu?may i know dear..?

cLoVer4miza said...

it was sooo hard to explain~

kak LeeN said...

dik..klu satu ketika terasa berat perjalanan..perlukan pengangkutan..bagi tahu la akak k.. ;-) insyaallah boleh tolong..

cLoVer4miza said...

Kak Leen, sebenarnya masalah sy xde kaitan dgn pengangkutan hehe >.<

pe pon thx u :D