24 December 2008

Teringat Kenangan Lama, Kisah Seorang Guru

Ya Allah Balaslah Jasa Guru-Guruku..
Pintu Kelas Semasa Form 5

Suatu ketika dahulu saya sangat tidak suka subjek Bahasa Inggeris (BI). Menyedari kepentingan BI, saya sering berharap suatu hari nanti saya dapat improve dalam subjek ini. Masanya telah tiba apabila seorang guru bernama Puan Hanitta telah diberi tanggungjawab selama 2 tahun untuk mengajar kelas saya subjek ini.

Pada mulanya saya amat tertekan kerana Puan Hanitta cuma speaking dalam BI, jarang sekali beliau berbahasa Melayu (BM). Kadang-kala saya tidak dapat tangkap apa yang dikatakan oleh beliau kerana beliau cakap sangat laju. Paling best, bila kita cakap BM dengan Puan Hanitta, beliau akan jawab dalam BI. Sekali sekala terpaksa tanya kawan, "ape teacher cakap ek?". Inilah ragam masa awal form 4.

Namun saya berasa sangat kagum melihat kesungguhan Puan Hanitta apabila beliau mengajar di hadapan kelas. Isi kandungan buku literature dibaca sama-sama dalam kelas (maybe teacher tahu usually student malas baca sendiri) dan diterangkan page by page, word by word. Novel The Pearl pula kami akan bincang chapter by chapter. Selepas itu seperti biasa beliau akan beri latihan. Kami kena hantar latihan hari itu juga, jarang ada homework. Perkara sama yang dibuat semasa belajar reading comprehention, summary etc..


Tetapi jangan ingat gaya mengajar beliau lambat kerana beliau berjaya menghabiskan silibus. Sejak beliau mengajar kelas saya, saya berhenti mengambil tuisyen BI kerana saya rasa tidak perlu. Ajaran Puan Hanitta sangat berkesan kerana sehingga sekarang saya masih ingat lagi semua poem dan short story dalam buku literature.

Hari berganti hari tanpa disedari masuk form 5, saya boleh faham apabila Puan Hanitta speaking. Malah apabila menonton cerita dalam BI, saya tidak perlu tengok subtitle. Suatu peningkatan yang memeranjatkan! English bukanlah subjek membaca atau menulis semata-mata, communication skill pun kena ada juga.

Sebenarnya percakapan beliau sangat jelas dan mudah difahami. Alhamdulillah saya dapat improve listening skill saya. Terima kasih teacher! Mungkin inilah sebab kenapa Puan Hanitta jarang cakap BM dengan student (rasanya kalau kelas lain beliau campur cakap BM dan BI sebab beliau sendiri yang cakap skill mengajar beliau lain bagi setiap kelas).

Seingat saya semasa kelas kami beraya di rumah beliau akhir form 5, kami bersembang dalam BM (lain ye sekolah dengan rumah). Sangat bersyukur dan gembira kerana mendapat cikgu yang sangat hebat. Terima kasih Puan Hanitta. Terima kasih teacher!


ps/: terima kasih juga kepada semua cikgu dan pensyarah yang pernah mengajar saya :)

5 comments:

Unknown said...

salam, adik dear
terbalik pula dengan akak

dulu masa skolah menengah, akak sgt xsuka english sebab cikgu dia sangat garang. akak pernah menangis kerana diherdik sebab salah pronounce word.

tapi, alhamdulillah, still score dalam spm sebabnya mmg cara dia yang garang tu berkesan, jadi negative reinforcemnet pulak dalam diri kita.

now akak sgt suka belajar english, sebab ada pensyarah yant teramatla best and cara pengajaran dia sgt seronok dan dia sgt energetic. nak jadi macam dia la nanti..

sile menjaga diri, and akak curi link awak letak kat blog.
(panjangnya, macam tulis entry kat blog org lain)

huhu~

cLoVer4miza said...

salam.. betullah terbalik.. sem 1 sy dpt pensyarah yg extrem garang.. tp pensyarah tu bagus.. cuma pe pon harap dpt blaja dgn keadaan happy dan bersemangat..

iluvteacher!!

hehe xpe pnjg2 pon.. xkisah.. akak pon sila menjaga diri ^_^

ps/: cuma teacher skola dengan penyarah kimia matrik je penah wat sy bersemangat berkobar-kobar tuk hadir ke kelas mereka.. rindu semangat tu :)

az said...

Saya pun cikgu BI...and for good classes memang takkan cakap BM even a word.
Tapi, kalau kelas last2 yang BM pun tak paham...emmm...saya kena campur2 macam rojak. Itu set budak2 yang memang tak nak belajalah.
Suka dengar awak suka cikgu BI.
Bukan nak kata apa, cikgu BI selalunya cikgu paling glamer..hehehhee...

Ok cikClover, saya dah ulas The Road not Taken dalam blog saya.
Tapi dalam BM.
Sebab dalam blog saya ada makcik2 baca.....hihihi...so kemudahan untuk dia orang.

cLoVer4miza said...

Ok roger that!

Tu la yg teacher sy ckp.. even latihan pon lain.. kitorg dpt latihan kene jawab sendiri.. tp class blakang teacher bg latihan and jawapan skali.. tp jawapan tu brbentuk isi tempat kosong.. terkejut dgr! tp sian teacher.. coz teacher ckp tu pon belum pasti mereka akan buat..

Teringat cikgu math slalu puji class kitorang bagus.. wlaupon kitorang pernah kunci class xnak kasi cikgu masuk.. hehe.. penah satu class pura-pura tido sebab malas nk blaja.. ish class ape ni..

But still class kitorng best! Mayb cikgu2 suka coz class kitorng senyap n concentrate time blaja.. sampai ade cikgu risau class kitorang senyap sgt..

ps/: pengetua penah ketuk class kitorng.. tny ada cikgu tak? bile kitorng ckp xde, pengetua terkejut.. senyapnya class ni walaupon xde cikgu..

Anonymous said...

mizah....kte sokong!!
huhu.teacher hanitta mmg sgt best
kte syg sgt kt teacher n mmg ssh nk cari pengganti mcm dia..hehe
teacher slalu bg advice dulu..lepas 2 sporting sgt
rindu dkt cikgu zalina pun
sume best:)