23 May 2009

Keluarga Saya: Karangan Menyayat Hati


Pada mulanya saya tersenyum apabila membaca karangan ini. Pada pendapat saya budak ini sangat kreatif. Tapi semakin sayu dan sedih apabila terus membaca..

Karangan ringkas yang cukup menyedihkan ini hanya mendapat 2 1/2. Tapi karangan ini sudah cukup menceritakan apa yang sudah terjadi dalam masyarakat sekarang.

Jika merasakan diri sangat banyak dugaan, ingatlah ada orang lebih banyak dugaannya.

Agaknya apakah masa depan budak ini?

22 May 2009

Bertuah Award~


Syukran kepada sahabat Aida kerana menghadiahkan “Bertuah Award” ni. Sekurang-kurangnye ber'update' gak blog ini.. Jadi, ingin saya ingin menghadiahkan award ini kepada 10 orang yg bertuah~

kepada yang tersenarai untuk menerima hadiah ‘award’ ini, anda diharus sampaikan kepada 10 org yang lain~~

12 May 2009

Pengawalan Pemikiran Punca Masyarakat Lemah..



Sir William Crookes

Sir William Crookes (17 June 1832 – 4 April 1919) ialah seorang ahli Fizik yang sangat terkemuka semasa era Victorian. Crookes telah mengemukakan bahawa sinar katod merupakan partikel-partikel yang bermuatan negatif, mempunyai jisim, dan dimiliki oleh semua jirim.

A Crookes Tube

Sir William Crookes telah mencipta suatu alat yang diberi nama 'Crookes Tube' iaitu tiub yang menyahcas elektrik di mana sinar katod iaitu elektron-elektron telah dijumpai. Elektron-elektron bergerak pada satu garis lurus melalui satu bentuk salib dan menghasilkan satu bayang-bayang salib.

Crookes Tube tidak lama kemudian menjadi komponen asas kepada dasar penciptaan televisyen 40 tahun kemudian.

*************

Adalah lebih mudah untuk difahami apabila kita menyelami sejarah, punca atau sebab mengapa sesuatu alat itu dicipta. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, tujuan asal penciptaan televisyen adalah untuk menghipnosis (hypnosis) manusia.

Hipnosis merupakan satu keadaan minda (teori keadaan) membuatkan seseorang menjadi tenang fizikal dan mental, berkeadaan separa sedar sehingga membolehkan seseorang itu membuat perubahan kelakuan tanpa sedar.

Kawalan Pemikiran


Indoktrinasi Melalui Media

Minda kita menerima lebih banyak maklumat jika kita melihat berbanding kita membaca. Percayakah anda jika dikatakan bahawa televisyen pada hari ini telah berjaya menghipnosis minda seluruh masyarakat dunia?

Televisyen adalah satu medium yang sangat berpengaruh untuk mempengaruhi pemikiran manusia. Secara puratanya hampir setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya satu televisyen. Seperti kita lihat pada hari ini, masyarakat secara berterusan didedahkan dengan hiburan murahan yang melampau dan juga maklumat-maklumat yang tidak begitu jitu.

Hiburan murahan inilah menjadi salah satu faktor mengapa masyarakat menjadi lemah dan seterusnya gagal untuk berfikiran kritikal. Apabila hiburan diagungkan, isu semasa yang penting diketepikan maka secara tidak langsung lahir masyarakat yang tidak ambil peduli.

Malah maklumat-maklumat yang tidak begitu jitu yang didedahkan oleh media menjadikan masyarakat seolah-olah berada pada paras selesa kerana tidak mengetahui isu sebenar yang berlaku di sekeliling kita.

Menerima sesuatu yang TIDAK LOGIK sebagai LOGIK

Satu contoh yang paling jelas ialah, Superman. Andai kata televisyen tidak wujud di dunia ini, maka adakah anda dapat menerima orang yang memakai seluar dalam di luar? Sudah pasti perkara ini sangat pelik dan tidak boleh terima.

Namun melalui pengaruh televisyen segalanya boleh diterima umum walaupun sangat pelik. Akhirnya wujudlah satu masyarakat yang boleh menerima segala-galanya adalah logik.

Mempercayai sesuatu yang TIDAK BENAR adalah BENAR

Teman setia yang selalu menipu tetapi ironiknya, umum menerima tanpa mempersoalkan maklumat yang disiarkan melalui kaca televisyen.

Media terutama daripada barat banyak menyebarkan maklumat palsu seperti kewujudan UFO (Unidentified Flying Object). Maka dengan mudahnya di awal kontroversi UFO, umum mempercayai maklumat tersebut. Terlalu banyak contoh lain, saya membiarkan pembaca kaji sendiri.

Hipnosis adalah sangat hebat! Berterusan memberitahu kita supaya mempercayai perkara tidak benar adalah benar! Hati-hati kerana anda mungkin mangsa indoktrinasi melalui media.

Dikawal Tanpa Sedar

Golongan yang mengawal media adalah golongan yang sedang mengawal kita sekarang. Golongan ini tidak mahu rakyat yang mempunyai pemikiran kritikal. Mereka mahukan rakyat yang lemah. Meraka juga tidak mahu golongan terpelajar mempunyai pemikiran kritikal. Caranya mudah dengan sentiasa menyalurkan maklumat yang tidak berguna dan palsu.

Apa yang mereka mahukan? Rakyat yang ikut cakap tanpa mempersoalkan banyak perkara. Diberikan tugas dan menjalankan tugas tersebut dengan ganjaran gaji yang rendah. Sedangkan mereka tidak perlu berkerja keras kerana berterusan menikmati kemewahan yang anda berikan. Sedarlah.

Kedasyatan Kuasa Media


Sesiapa yang menguasai media adalah orang yang menguasai pemikiran masyarakat umum. Bentuk dan corak pemikiran sesuatu komuniti dicatur dengan begitu teliti mengikut kepentingan sesetengah pihak tanpa disedari.

Jadi, betulkah kuasa tidak penting?

Penutup

Kita sebagai manusia yang diberi akal untuk berfikir, marilah kita sama-sama bermuhasabah kembali. Perlukah kita mengikut arus perubahan yang dicipta untuk memesongkan kita? Pendapat saya biarlah kita menguasai medium yang dikawal ini ke arah yang jauh lebih baik.

Sampai bilakah lagi kita membiarkan diri ditindas? Persoalan ini kita sama-sama jawab dalam hati, dan bertindak mengikut keperluan.

Sekian, yang baik hanyalah daripada Allah dan yang buruk juga daripada Allah melalui kelemahan diri sendiri.


cLoVer4miza

08 May 2009

Mu'adz - Amrullah (Baitul Maqdis)

Amrullah (Baitul Maqdis)

لا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي
عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ
لِعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ
لا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ
إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ
وَهُمْ كَذَلِكَ
قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ
وَأَيْنَ هُمْ
قَالَ ‏ ‏بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ ‏ ‏وَأَكْنَافِ ‏ ‏بَيْتِ الْمَقْدِسِ



Maksud hadis:

Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah dating ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.

Sahabat bertanya “Di mana mereka itu?”
Baginda menjawab “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya”

05 May 2009

Setiap Saat Yang Berlalu...

The All Knowing, The Omniscient, The Restrainer, The Straightener..

Tiada Pengakhiran Untuk Perpisahan

Q : Hmm kenapa blog ini berwajah baru?

A : Kerana diri ini akan melalui saat peralihan..

Q : Peralihan apekah itu?

A : Hmm.. Tah la.. Rasa cam da xde sape kat sisi pasni.. Kalo berlaku ape2 lagi mayb akan keseorangan.. So kene bersedia.. Tak nak berharap lagi..

Q : Kenapa memilih tema warna hitam?

A : Sebenarnya agak tersirat.. Biarlah rahsia..

Q : Ada ucapan?

A : Kepada semua insan2 yang telah banyak membantu diri ini melalui saat carefree, saat kegelapan, saat kejatuhan, saat kebangkitan, saat tercedera, saat gembira dan juga saat peralihan.. Senang cerita setiap saat yang berlalu.. Terima kasih.. Hanya Allah sahaja yang boleh membalas jasa kalian.. Bla bla bla~

Q : Minta maaf kita tak cukup masa.. Tolong pendekkan ucapan..

A : Maksud seorang teman adalah orang yang sentiasa bersama tidak kira ketika susah atau senang.. Terima kasih banyak2 terutama kepada seorang insan yang sentiasa menemani diri ini melalui setiap saat-saat itu.. Terima kasih kerana sanggup meluangkan masa yang berharga untuk membimbing diri ini yang hina..

Q : Kata-kata terakhir untuk insan tersebut?

A : Sebenarnya saya menangis bila dia cakap "pasni miza plak yg kene bimbing adik2".. Tp baru2 ni dia mengulangi ayat yang sama.. Kali ini saya xnak nangis dah.. Saya sangat menghargai pertemuan ini dan menghitung hari saat perpisahan.. Dan saya apabila perpisahan itu datang, saya tidak akan menangisi kerana saya saya dah cuba buat yang terbaik untuk menghargai segalanya yang terbaik.. InsyaAllah..

Q : Mesti sedihkan..

A : Agak la..

Q : Adekah anda kurang senyum disebabkan hal ini?

A : Xde la.. Terover senyum ada la.. Huhu.. Cuma rasa cam xleh senyum macam dulu lagi.. Tah la.. Kemana diriku yang ceria menghilangkan diri.. Mayb hati ini tak sembuh sepenuhnya lagi.. Ya Allah bantu diri ini mengatasi prob ini..

Q : Anda ni pelik..

A : Biasalah dah ramai cakap..


"Mahukah kutunjukkan kepadamu semua tentang orang yang diharamkan masuk neraka atau tidak akan dimasukkan ke dalamnya? Yaitu seorang sahabat yang akrab, suka membantu, mudah melakukan apa saja."

Diriwayatkan oleh Tirmidzi dalam Shifatul-Qiyamah no. 2488