30 December 2008

This Path Maybe Difficult

The name of Allah the most mercy and the gracious...

The Road Not Taken


TWO roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I—
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.

by
Robert Frost


Pernah dengar tak poem ini? The Road Not Taken adalah poem yang dipelajari di sekolah menengah suatu ketika dahulu. Poem ini menceritakan tentang membuat pilihan di dalam hidup (lebih kurang macam subjek U2, Kemahiran Membuat Keputusan). Saya masih ingat lagi ajaran Puan Hanitta mengenai poem ini, ketika itu saya belajar hanya kerana suka dan minat.

Tetapi apabila semakin jauh perjalanan hidup, poem ini mempunyai maksud yang semakin mendalam bagi saya. Penuh nostalgic dan kenangan. Saya, anda dan kita semua pernah menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan ini.

Di mana kita berada sekarang, itulah pilihan yang kita pilih dahulu
. Apa yang kita pilih sekarang, itulah bakal menjadi masa depan kita. Bukan senang nak capai apa yang kita ada sekarang, maka bersyukurlah.

Terima kasih kepada Teacher Az kerana sudi menerangkan tentang poem ini. Saya rasa memang patut dikongsi bersama dengan teman-teman akan nasihat orang yang makan garam dahulu daripada kita.

Boleh check di blog Teacher Az : P A L A C E

ps/: selamat menempuhi semester baru kepada semua teman-teman MySpace

28 December 2008

Salam Ma'al Hijrah

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW..


Salam Ma'al Hijrah kepada semua umat Islam.. Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya.. InsyaAllah :)

24 December 2008

Teringat Kenangan Lama, Kisah Seorang Guru

Ya Allah Balaslah Jasa Guru-Guruku..
Pintu Kelas Semasa Form 5

Suatu ketika dahulu saya sangat tidak suka subjek Bahasa Inggeris (BI). Menyedari kepentingan BI, saya sering berharap suatu hari nanti saya dapat improve dalam subjek ini. Masanya telah tiba apabila seorang guru bernama Puan Hanitta telah diberi tanggungjawab selama 2 tahun untuk mengajar kelas saya subjek ini.

Pada mulanya saya amat tertekan kerana Puan Hanitta cuma speaking dalam BI, jarang sekali beliau berbahasa Melayu (BM). Kadang-kala saya tidak dapat tangkap apa yang dikatakan oleh beliau kerana beliau cakap sangat laju. Paling best, bila kita cakap BM dengan Puan Hanitta, beliau akan jawab dalam BI. Sekali sekala terpaksa tanya kawan, "ape teacher cakap ek?". Inilah ragam masa awal form 4.

Namun saya berasa sangat kagum melihat kesungguhan Puan Hanitta apabila beliau mengajar di hadapan kelas. Isi kandungan buku literature dibaca sama-sama dalam kelas (maybe teacher tahu usually student malas baca sendiri) dan diterangkan page by page, word by word. Novel The Pearl pula kami akan bincang chapter by chapter. Selepas itu seperti biasa beliau akan beri latihan. Kami kena hantar latihan hari itu juga, jarang ada homework. Perkara sama yang dibuat semasa belajar reading comprehention, summary etc..


Tetapi jangan ingat gaya mengajar beliau lambat kerana beliau berjaya menghabiskan silibus. Sejak beliau mengajar kelas saya, saya berhenti mengambil tuisyen BI kerana saya rasa tidak perlu. Ajaran Puan Hanitta sangat berkesan kerana sehingga sekarang saya masih ingat lagi semua poem dan short story dalam buku literature.

Hari berganti hari tanpa disedari masuk form 5, saya boleh faham apabila Puan Hanitta speaking. Malah apabila menonton cerita dalam BI, saya tidak perlu tengok subtitle. Suatu peningkatan yang memeranjatkan! English bukanlah subjek membaca atau menulis semata-mata, communication skill pun kena ada juga.

Sebenarnya percakapan beliau sangat jelas dan mudah difahami. Alhamdulillah saya dapat improve listening skill saya. Terima kasih teacher! Mungkin inilah sebab kenapa Puan Hanitta jarang cakap BM dengan student (rasanya kalau kelas lain beliau campur cakap BM dan BI sebab beliau sendiri yang cakap skill mengajar beliau lain bagi setiap kelas).

Seingat saya semasa kelas kami beraya di rumah beliau akhir form 5, kami bersembang dalam BM (lain ye sekolah dengan rumah). Sangat bersyukur dan gembira kerana mendapat cikgu yang sangat hebat. Terima kasih Puan Hanitta. Terima kasih teacher!


ps/: terima kasih juga kepada semua cikgu dan pensyarah yang pernah mengajar saya :)

18 December 2008

So Much To Do In Life

In a little time Allah gives to us..
I opened a small box yet very beautiful

A lot of thing inside the box, it was really fun

Curious, so I explore another box

This time I feel sorrow, pain inside me

Somehow by doing this, I learn what is life

Something that very precious from it

I was amaze by many other box


I want to open all these boxes

But a mortal life span is too short to do such a thing

A single lifetime limits how many boxes you can open

But...

17 December 2008

Kewajipan Yang Penting!

Ar-Raqib Al-Hafidh

Saya ingin membicarakan perkara yang nampak sangat 'simple but powerful'. Sebelum itu marilah kita mengingati rukun islam :
  1. Mengucap dua kalimah syahadah
  2. Menunaikan solat lima waktu sehari semalam
  3. Berpuasa pada bulan Ramadhan
  4. Mengeluarkan zakat
  5. Mengerjakan haji bagi mereka yang mampu
Jelas dan nyata untuk menjadi seseorang yang beragama Islam kita perlu mematuhi 5 rukun Islam. Di sini saya ingin memberi penekanan terhadap rukun Islam yang ke-2 iaitu solat lima waktu sehari semalam. Isu yang tidak boleh diremehkan.

Mudahnya Islam sehingga dipermudahkan. Dah la dipermudahkan malah dipersendakan. Saya tidak pasti kenapa atau mengapa terdapat golongan yang tidak mahu menunaikan kewajipan yang penting ini. Golongan yang sengaja meninggalkan solat.

Soalan ini ditujukan kepada saya, "kenapa macam itu ye?".. Saya terdiam kerana tidak dapat menjawab. Kenapa? Bukahkah memang wajib? Tiada sebab untuk kata tak nak kerana melalui solat kita dekat dengan Allah. Adakah pembaca tahu kenapa?

Menangguhkan solat sudah cukup membuatkan diri ini gelisah apatah lagi meninggalkan solat. Sesiapa yang meninggalkan solat bermakna dia menghancurkan agamanya. Solat adalah tiang agama yang mencorakkan peribadi kita.

Islam sangat mudah. Sekiranya kita tidak dapat solat kerana berada dalam bas untuk perjalanan jauh, kita boleh buat solat hormat waktu. Sekiranya kita sakit, kita boleh solat secara duduk atau baring. Dan banyak lagi seperti jamak dan qasar untuk mereka yang bermusafir. Jadi, pernahkah terfikir kenapa terlalu banyak rukhsoh yang Allah beri?

Jawapannya kerana solat itu terlalu penting! Penting sangat!! Tidak kira apa jua alasan, kita tidak boleh meninggalkannya. Mereka yang meninggalkan solat sangat dimurkai Allah. Tidak takutkah kita dengan azabNya yang pedih?

Ketika saat Rasulullah SAW nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu."

Petikan daripada iluvislam:

Sebuah keluarga di gemparkan dengan kehilangan anak lelaki mereka yang berumur 15tahun. Anak itu tidak pulang-pulang dari sekolah setelah tiga hari berlalu.setelah penduduk kampung mencari,mereka hanya menemui mayatnya dalam sebuah parit di pedalaman kampung,bersekali dengan basikal anak tersebut...

2-3 kali selepas majlis arwah diadakan, adik-adik arwah yang masih kecil berumur kurang dari 5 tahun sering menceritakan pada ibu bapa mereka bahawa arwah ada bersama dalam majlis tahlil tersebut. Ibu bapa hairan namun menganggap adik-adiknya sekadar bermain-main.. Dan terbayang wajah abang mereka..

Suatu hari(siang) semasa kakak arwah sedang menjemur pakaian di luar rumah, arwah betul-betul datang kepadanya.

Dengan muka yang sedikit sugul,arwah bertanya kepada kakaknya, "wahai kakakku.. mengapalah akak tidak selalu mengingatkan saya tentang sembahyang? saya mengalami sedikit kesulitan dalam kubur, kak.."

*************

Seperti kebiasaan anak-anak sekarang memang tahu bersolat,namun sesetengahnya tidak istiqamah.Arwah baru berumur 15tahun,bermakna mungkin baru 1-2 tahun mencapai umur baligh,dalam waktu yang singkat itu sekalipun, dosa pahala sudah dicatat malaikat dan kesannya sudah dialami di bilik 6 kaki bawah bumi...


*************

Sebagai hamba yang lemah dan hina, perkara ini sangat menyedarkan diri yang serba kekurangan. Saya merenung sejenak dan bermunasabah diri, adakah sejak diriku baligh sehingga sekarang tidak pernah ada hutang solat? "Ya Allah, aku sangat takut azabMu yang pedih, peliharalah aku."

"Dan mohonlah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia maha penerima taubat" [Al-Nasr 110:3]

Marilah kita sama-sama menunaikan kewajipan yang penting ini. Jangan bertangguh lagi, tunaikanlah solat. Andai tiada esok buat kita siapa tahu? Beranikah kita untuk menangguh sedangkan amalan solatlah yang mula-mula ditimbang di neraca Mizan kelak. Berniatlah bermula dari saat ini untuk tidak memandang remeh terhadap solat.

Kata-kata ini diambil daripada sebuah blog dan di edit mengikut ingatan : "Sedarlah wahai bakal-bakal mayat sekalian, kita akan naik kereta mayat suatu hari nanti."

Wallahu'alam...

12 December 2008

Kisah Sekeping Hati

Al-Qobidh Al-Basith


Hati memainkan peranan penting dalam menentukan baik atau buruknya seseorang. Kita tidak boleh melihat atau menilai isi hati orang lain melainkan Allah yang maha mengetahui hambaNya.

Pernah seseorang berkata kepada saya, "Allah memberi hidayah kepada semua orang, cuma hati manusia ini tertutup rapat. Hidayah tidak boleh masuk." Saya sangat bersetuju kerana memang wujud golongan yang sering berkata, "Hidayah belum datang. Tunggu dah tua nanti taubat la."

Betulkah hidayah belum datang? Adakah kita tahu bila saat kematian kita? Adakah time dah tua? So time tu baru nak bertaubat? Sempatkah? Mampukah kita? Tanya hati, jawab sendiri..

Apabila Hati Telah Berkarat...

Sesiapa yang lalai daripada mengingati Allah SWT, sesungguhnya hati dan jiwanya kosong. Hati yang rosak boleh menyebabkan seseorang itu semakin jauh daripada Allah.

Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dirosakkan oleh air. Seorang sahabat bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati bersinar kembali?" Maka jawab Rasulullah SAW, "Banyakkan mengingati maut dan membaca Al-Quran."

Riwayat Baihaqi daripada Ibn Umar. Rasulullah SAW bersabda : "Seseorang yang tiada mempunyai sebarang ayat (Al-Quran) pun dalam hatinya adalah seumpama sebuah rumah yang kosong." (Riwayat At Tirmizi)


Bagaimana Nak Memelihara Hati?

"Orang yang beriman itu tenang dan tenteram hati dengan zikrullah. Ketahuilah bahawa dengan zikrullah itu akan tenang tenteramlah hati manusia." [al-Ra'd 13:28]

Sesungguhnya penawar hati yang paling mujarab dalam memberi ketenangan jiwa ialah zikrullah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "Zikrullah itu penawar hati."

Antara tips lain menjaga hati supaya sentiasa bersih :
  • sambut seruan Allah
  • menjaga lidah dan berbuatan
  • menjaga hubungan dengan manusia
  • ikhlas dalam semua perkara
  • menjauhkan diri daripada perkara yang melalaikan
Kebaikan Hati Yang Bersih

Hati yang sentiasa mengingati Allah tidak mudah goyah apabila ditimpa musibah kerana kekuatan dan ketabahan hati boleh menjadikan seseorang itu hebat. Antara kebaikan hati yang bersih :
  • Mudah untuk menerima hidayah Allah
  • Jauh daripada sifat mazmumah
  • Tenang dan berasa dekat dengan Allah
  • Memeliharan diri daripada hasutan syaitan
  • Penawar kepada hati yang gundah gulana, resah dan tak tenteram.
Seperti yang kita tahu sebelum peristiwa Israk Mikraj, dada Rasulullah SAW dibedah lalu hati Baginda dicuci dengan air zamzam supaya dibuang ketul hitam. Selepas itu barulah Baginda diangkat naik berjumpa Allah. Maka sedarlah kita bahawa hati kita perlu bersih daripada sebarang kotoran jika ingin berjumpa dengan Allah.

"Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya (yang sedia bersih) bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)." [Asy-Syams 91:9]

Wallahu'alam...

09 December 2008

Tragedi Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa

Allah Maha Berkuasa Memerintah Sekelian Alam...
Gambar yang diambil oleh Unit Udara Polis Diraja Malaysia

Saya mengetahui berita yang mengejutkan ini pada hari sama ketika pulang ke kampung untuk meraikan Hari Raya Aidiladha. Tragedi Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa, 6 Disember 2008 telah menyebabkan 14 banglo di Taman Bukit Mewah serta Bukit Utama tertimbus.

Bencana yang melanda ini merupakan salah satu petanda alam yang menyedarkan kita daripada terus leka. Apabila hukum alam sudah tidak dihormati inilah yang terjadi. Sedarlah kita bahawa khiamat akan datang tak lama lagi.

Seperti biasa semua pihak menunding jari menyalahkan satu sama lain. Apabila sudah terjadi baru nak sedar. Laksanakan itu ini, lepas 2 atau 3 bulan senyap dan terus dilupakan demi harta kemewahan yang menjadi keutamaan. Pihak kerajaan seharusnya bersikap lebih tegas dalam menjalankan tugas!

Rumah-rumah yang musnah teruk

Tanah runtuh Bukit Antarabangasa

Operasi menyelamat tak kira waktu

Peta lokasi kejadian

Lokasi tragedi yang berlaku tidak jauh daripada sekolah lama saya telah menimpa rumah auntie bestfriend saya, takziah diucapkan. Alhamdulillah, kawan saya yang tinggal di kawasan tersebut terselamat.

Takziah diucapkan kepada mangsa-mangsa, bersabarlah. Ujian adalah tanda Allah sayang pada kita. Bersangka baiklah dengan Allah, setiap yang menimpa ada hikmahnya. Syabas diucapkan kepada pasukan penyelamat dan anggota sukarelawan yang tidak kenal erti penat lelah dalam menjalankan tugas membantu para mangsa.

Marilah kita sama-sama berdoa agar mangsa-mangsa tragedi ini tabah menerima dugaan. Seberat-berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.


Sumber gambar diambil daripada blog dan laman web.