28 July 2009

Chi's Sweet Home

Chi's Sweet Home

Chi's Sweet Home, sebuah kartun pendek 3 min per episode. Sebenarnya saya telah lama menonton kartun ini, cuma baru-baru dapat menghabiskannya sehingga ke akhir episode.

Apa yang best tentang kartun ini?

Kelakar dan sangat comel.. huhu.. mungkin ini sangkaan awal..

Tapi..

Semakin menghampiri episode akhir terasa sangat sebak.. Sedihnya... Mengalir air mata ini.. Tidak tergambar dengan kata-kata.. It sadden me..

Kenapa setiap cerita dalam hidup akan berakhir begini?

Takdir.. Hmm..

Sebenarnya tidak semua kartun hanyalah untuk hiburan semata-mata. Kartun seperti ini telah memberi kesan pada hati saya.. Moral value yang baik diambil..

Mungkin kartun seperti ini lebih sesuai ditayangkan di kaca television berbanding kartun-kartun yang tidak memberi apa-apa manfaat. Namun peliknya, kartun-kartun yang merosakkan fikiranlah yang ditayangkan di televison.

Sengaja?

Tak tahulah saya...

Blackie n Chi

"When you move forward, you mustn't look down! Look forward and smile!"


....................................

18 July 2009

Pembentukan Ikatan Ukhuwah Melalui Usrah..

Untukmu Teman

Pembentukan ikatan ukhuwah sangat penting untuk memastikan kesatuan dan perpaduan dalam kalangan umat Islam. Ikatan ini boleh dibentuk dengan jayanya melalui satu sistem yang digelarkan sebagai usrah, suatu nama yang sangat asing buat diri ini sebelum memasuki UKM.

Secara peribadi, saya berpendapat masih ada segolongan masyarakat tidak mengetahui akan kewujudan sistem ini. Terdapat sedikit persoalan yang timbul. Bagaimanakah dengan mereka yang mengetahui?

Umumnya ramai mengetahui bahawa usrah sangat berkesan dalam menyampaikan mesej dan gerakkan Islam. Namun begitu tidak ramai yang berminat untuk menyertai usrah atas pelbagai alasan yang tidak boleh diterima.

Adakah berusrah ini membuang masa? Perlukah nuqaba dipersalahkan kerana kekurangan skil-skil untuk menarik perhatian anak usrah? Ataupun kurangnya kesedaran umum akan kepentingan menyertai usrah?

Tolak ke tepi, jawab sendiri..

Pada pendapat saya sekiranya rukun usrah iaitu taaruf, tafahum dan takaful dihayati sepenuhnya sudah pasti masalah-masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan baik. Seterusnya mewujudkan sebuah ikatan ukhuwah yang sangat manis dalam usrah.

Sedikit Pengalaman Usrah..

Dipendekkan cerita saya mempunyai usrah yang terdiri daripada naqibah dan diri sendiri. Pada mulanya agak cemburu melihat usrah lain yang mempunyai ahli yang ramai. Namun itulah yang terbaik untuk diri jika dihayati ayat berikut,

Katakanlah: "Sesungguhnya aku hendak memperingatkan kepadamu suatu hal saja, yaitu supaya kamu menghadap Allah (dengan ikhlas) berdua-dua atau sendiri-sendiri; kemudian kamu pikirkan (tentang Muhammad) tidak ada penyakit gila sedikit pun pada kawanmu itu. Dia tidak lain hanyalah pemberi peringatan bagi kamu sebelum (menghadapi) azab yang keras.

[ Saba' : 46]

Kajian daripada seorang jurutera daripada Universiti Toronto mendapati, perbincangan paling efektif adalah secara berdua-dua. Mungkin inilah hikmah kenapa Allah tentukan usrah kami terdiri daripada dua orang.

Secara peribadi saya lebih suka usrah dijalankan di luar berbanding duduk sambil berbincang dengan seriusnya. Gaya berusrah yang paling disukai ialah berjalan-jalan, bertazkirah bersama naqibah sambil menikmati alam ciptaan Allah. Inilah yang kami lakukan di Tasik Kejut.

Gaya penyampaian naqibah saya harus dipuji kerana sangat menyentuh hati. Bukan semua orang saya boleh terima nasihat atau teguran. Namun kata-kata daripadanya membuat saya terima dengan hati terbuka.

Semalam, termakbul harapan yang tersimpan di hati sekian lama. Akhirnya Allah memberi peluang kepada kami untuk bertadarus Al-Quran bersama. Tidak tergambar gembiranya hati. Saya sangat suka mendengar bacaan Al-Quran naqibah saya :)

Penghargaan setinggi-tingginya buat Kak Syida.. Terima kasih di atas segalanya..

Itulah sedikit sebanyak tentang usrah saya..

Sekian.


.............

13 July 2009

Langkah Tercipta...


Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelamun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta

Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu

Album : Langkah Tercipta
Munsyid : Unic

Baru-baru ni pelbagai ujian menimpa diri.. Kadang-kadang terasa diri ini berada di luar kawalan.. Namun kekuatan diri membantu untuk terus berdiri..

Ketenangan wajah ini tidak mengambarkan sedikit pun rasa di hati yang sangat tercedera apabila diserang daripada pebagai sudut..

Tanggungjawab.. Amanah.. Kerja.. Study dan Persahabatan..

Apabila diberi ujian di luar kekuatan..

Mampukah diri ini terus tabah?

.........