25 November 2008

MOTIVASI CEMERLANG SEPANJANG SEMESTER (MCSS 2008)

Terbinanya Aqidah dan Akhlak, Terjalinnya Ukhuwah...


Tarikh : 21-23 Nov 2008
Tempat : D’Forest Sg.Congkak
Anjuran : Persatuan Mahasiswa Falkulti Sains Dan Teknologi, PMFST 08/09

21 NOV 2008

Hati amat bimbang kerana sudah lewat. Sepatutnya masa berkumpul di hadapan DAM sebelum pukul 5.15 PM. Sekarang jam menunjukkan pukul 5.40 ptg. Apabila saya tiba di hadapan DAM dalam pukul 5.40 PM, semua orang telah berkumpul. Agak kecewa kerana saya gagal mematuhi salah satu prinsip hidup iaitu tepati masa. Setelah bersalaman dengan ibu saya untuk mendapat keberkatan, saya pergi berkumpul bersama-sama semua peserta.

Mula-mula agak segan kerana ramai peserta tidak dikenali menyertai program ini. Kami bertolak lebih kurang pukul 6 PM lebih. Kami tiba di D’Forest Sg.Congkak dalam pukul 7.40 PM. Saya terkejut apabila melihat suasana bilik penginapan kami. Terus terang saya tidak biasa dengan keadaan seperti itu. Mungkin Allah memberi pengalaman baru kepada saya untuk mengajar erti kehidupan dan kesederhanaan.

“Miza! Be cool and universal!"

Kata-kata ini sering muncul di hati. Saya mendidik hati ini untuk menjadi lebih 'humble'.

*************

Secara demokrasi, Syakirin dipilih sebagai penghulu dan Atikah sebagai penghuluwati. Kemudian program dimulakan dengan slot Ice Breaking dimana kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kami dikehendaki bertaaruf dengan ahli kumpulan dan seterusnya memperkenalkan ahli kumpulan kepada kumpulan lain. Kemudian kami dipisahkan lagi membentuk kumpulan baru mengikut tempat kelahiran dan saiz kasut. Seterusnya bertaaruf dan memperkenalkan ahli kumpulan.

Arif Misrol memberi taklimat

Selepas itu, Kak Aisyah dan Kak Iza mengajar kami lagu tema untuk MCSS iaitu Satu Hati.

SATU HATI

Bilakah lagi kita semua satu hati
Bilakah lagi keamanan kan dikecapi
Bilakah lagi Islam kan dijulang tinggi
Bangunlah wahai ummah kita satu hati

Ulang 2X

Marilah bersama bersatu berjihad
Menentang kezaliman
Oh insan sedarlah
Pembalasan Tuhan pasti akan datang

Ulang 2X

Jangan takut…
Jangan takut, berjuanglah untuk keamanan

**********************

22 NOV 2008

Hari kami dimulakan dengan Qiamullail dan diteruskan dengan kuliah. Berikut adalah antara tajuk perbincangan dalam kuliah :
  • Usrah dan kepentingannya
  • Muqaddimah Aqidah Muslimin
  • Akhlak Islamiah
  • Islam sebagai Ad-Deen
Setelah seharian mendengar kuliah, akhirnya pada waktu petang kami dapat beriadhah. Kami bermain satu permainan dan saya tak berapa pasti nama permainan ini. Agak seronok kerana kumpulan saya menang. Kemudian kami dibenarkan mandi sungai. Saya hanya mampu tersenyum kerana slot mandi sungai pun tidak disia-siakan kerana ada permainan yang diselitkan dengan pengisian.

Aktiviti membina banggunan menggunakan straw

Perbincangan mengenai masalah sosial remaja

Jemput makan

Kak Maryam antara orang penting yang bertanggungjwab
memasak sepanjang program


Permainan untuk si buta

Anak sape ni? Nak join sekali ke dik :)

Sg.Congkak yang indah

Tolongggg... Ada orang lemas!!

*************

Malam menjelang dan program diteruskan dengan Sidang Plano. Tajuk perdebatan kami ialah ‘Masalah Sosial Mahasiswa, Siapa Yang Bersalah?’ . Parlimen dibahagikan kepada empat bahagian iaitu mahasiswa, ibu bapa, masyarakat dan pentadbiran. Perdebatan semakin hangat apabila parlimen yang diwakili pentadbiran dihentam teruk oleh semua parlimen lain.

Saya berasa hairan kenapa semua parlimen menyatakan mereka tidak bersalah dan saling menunding jari ke arah orang lain tanpa mengakui kesilapan masing-masing. Dalam hati saya mengatakan bukankah kita semua bersalah? Tetapi terpaksa mengikut sidang dewan dan mempertahankan parlimen sendiri.

Parlimen Sg.Congkak yang mewakili Pentadbiran

Parlimen Kota Kinabalu yang mewakili Ibu bapa

Parlimen Sg.Wang Plaza mewakili Mahasiswa

Parlimen yang mewakili Masyarakat

Yang Dipertua pening kepala dengan kehangatan dewan

*************

23 NOV 2008

Pagi yang sejuk, tiba-tiba tepat pukul 2.32AM terkejut saya daripada tidur apabila mendengar ketukan yang amat kuat. Saya membuka pintu, melihat Kak Iza dan Kak Nana di hadapan pintu.

“Kejut kawan-kawan untuk Night Walk”

Saya menurut dan mengejut kawan-kawan. Ya Allah, terkejut saya kerana sangat mudah untuk mengejutkan mereka semua, tak perlu ulang buat kali kedua. Secara jujur, tidak penah saya rasa semudah ini apabila mengejut orang terutama pagi-pagi buta.

“Alhamdulillah. Hebat sungguh kawan-kawanku”

Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan. Saya masuk kumpulan 3 yang terdiri daripada Syafiq, Izah dan Tasya. Setelah menyembur ubat nyamuk pada kaki kami, kumpulan kami dibekalkan dengan 1 lampu suluh. Kami dikehedaki masuk ke dalam hutan berpandukan 2 cahaya di hadapan. Kami terpasa meredah sungai untuk sampai ke cahaya tersebut.

“Ish, basah dah kasutku”

Setiba di cahaya kedua, kami berjalan berpadukan tali. Sepanjang perjalanan di dalam hutan saya, Izah dan Tasya berpegangan tangan. Ketua kumpulan iaitu Syafiq sekali sekali menyuluh lampu memudahkan pejalanan kami. Perasaan amat gembira timbul dalam hati kerana dapat melihat keindahan hutan ciptaan Allah yang disinari cahaya lampu suluh, bulan dan bintang-bintang. Sangat cantik sekali, tidak dapat digambarkan melalui kata-kata.

Setibanya di check point 1, kami ditanya pelbagai soalan seperti apa yang telah kami dapat sepanjang program. Kami dibekalkan satu belon berisi udara dan satu belon berisi air. Kami membakar belon berisi udara dengan menggunakan lilin, dengan mudah belon itu meletup. Kami berasa hairan kerana kami tidak dapat meletupkan belon berisi air (ada siapa-siapa boleh jelaskan mengikut sains?).

Kami meneruskan perjalanan berpandukan sebatang lilin (lampu suluh dah kena rampas). Perjalanan kali ini lebih sukar kerana banyak cerun tajam terpaksa kami lalui. Cahaya lilin menjadikan perjalanan kami kelihatan lebih romantik :P hehe. Bulan sabit di langit semakin jelas kelihatan.

“Ya Allah, cantiknya dunia ciptaanMu”

Sebelum sampai ke check point 2, pelbagai soalan ditanya oleh Kak Afifah dan Kak Syamila. Memandang gaya Kak Afifah membuatkan saya tiba-tiba teringat kepada seseorang yang amat dirindui dan disayangi. Hati terasa amat sayu. Ingin sekali berjumpa dengan dia.

“Ya Allah, sampaikan kerinduan hati ini kepada dia”

Kami terpaksa meredah sungai untuk sampai ke check point 2. Sambil berdiri di dalam sungai, kami diminta oleh Arif untuk membina binaan setinggi 6 tingkat. Bertindak sebagai 1 pasukan, kami mencari batu di dasar sungai. Akhirnya kami berjaya membinanya. Saya melihat langit yang dipenuhi bintang-bintang yang tidak terkira bilangannya.

“Ya Allah, indahnya dunia ciptaanMu”

Lilin dirampas dan kami dibekalkan dengan seutas tali. Kami mengikat tali di tangan lalu berjalan menuju ke check point 3 dengan hanya berpandukan cahaya bulan dan bintang-bintang. Apabila tiba di check point 3, pelbagai soalan ditanya lagi. Kak Tasneem memberikan sekeping biskut dan roti. Di mulakan dengan doa makan kami makan sambil duduk. Selepas itu Shafiq membaca doa selepas makan.

Secara peribadi saya berasa amat terkejut kerana tidak pernah saya menyertai night walk seperti ini sebelum ini. Night walk sambil membicarakan tentang akidah dah akhlak di dalam hutan. Terlalu banyak pengisian dan setiap check point mempunyai aktiviti yang diselitkan dengan banyak maksud tersirat. Saya tidak menyatakan apa maksud tersirat tersebut kerana saya memberi peluang kepada para pembaca memikirnya sendiri.

*************

Program diteruskan dengan membahagikan kami kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan diberi tajuk dan kami dikehendaki berlakon berdasarkan tajuk masing-masing. Setiap lakonan mestilah diselitkan dengan ‘Ciri-Ciri Islam’ iaitu Rabbaniyyah, Syumuliyyah, 'Alamiyyah, Waqi'iyyah, Inqilabiyyah, Thabat dan Murunah. Kumpulan saya mendapat tajuk ‘Sekularisme’.

“Malunya kena berlakon”

Kumpulan yang berlakon tentang Rasisme

*************

Program kami diakhiri dengan setiap peserta program diberi peluang untuk menyuarakan pendapat masing-masing tentang aktiviti-aktiviti sepanjang program. Kemudian kami bersiap-siap untuk balik. Kami bergambar dan bertukar-tukar no.hp. Semua orang membeli ais-krim sambil menunggu bus.

“Ironicnya. Beg duit ada dalam beg. Beg dah kena angkut. Nak makan gak!”

Saya berdiri melihat mereka semua menjamu ais-krim. Tiba-tiba Kak Syida panggil saya ajak makan ais-krim. Mula-mula agak segan tapi teringin nak makan jadi rezeki jangan ditolak. Saya rasa sedikit sahaja sebab segan la~ itu pun sudah cukup menggembirakan hati.

Bergambar buat kenangan

Selesai makan ais-krim tetapi bas masih belum kelihatan. Kami membuat keputusan untuk berjalan kaki menuju ke bas. Saya tak kisah tetapi kesian lihat kawan-kawan lain letih berjalan. Perjalanan menuju ke bas sangat jauh. Saya sangat suka berjalan tetapi banyak sangat kenderaan lalu, bahaya. Saya berasa gembira kerana dapat berjalan sambil bersembang dengan Kak Syida. Jarang dapat peluang, atau lebih tepat susah nak dapat peluang bercakap dengan Kak Syida.

Kami menuju pulang ke UKM. Bas berhenti di KTM. Saya turun sambil tersenyum tetapi hati ini rasa sangat sayu kerana tidak sempat bersalaman dengan akak-akak untuk mengucapkan selamat tinggal. Semester depan baru dapat jumpa. Sedihnya.

ULASAN SELEPAS PROGRAM

Saya gembira dapat menyertai MCSS. Terasa amat rendah diri melihat semua peserta program ini sangat hebat. Masa saya dipenuhi perkara yang amat bermakna kerana sangat banyak pengisian saya dapat melalui MCSS. Saya juga dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru.

Minta maaf diucapkan sekiranya ada salah dan silap. Minta maaf kepada akak-akak kerana banyak menyusahkan akak-akak >.<

Taniah dan syabas diucapkan kepada PMFST kerana berjaya menjalankan program yang cukup hebat ini. Semoga program seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa hadapan.

4 comments:

AyeshaQaisara said...

bestnye!! ^_^
suka xtvt yg melibatkan alam semula jadi..lebih2 lagi dpt dikaitkan dgn Islam...
MasyaAllah!

superstar said...

waa..teringinnye nak pi kem..best2 ~

biscuck said...

:) best2.. da lame x camping n dpt tarbiah cmtuu

cheekylulu said...

semoga dpt manfaatkn dan praktikkan apa yg telah dipelajari..

n
maaf sbb xdpt ikut sama ke prog tu..