09 December 2008

Tragedi Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa

Allah Maha Berkuasa Memerintah Sekelian Alam...
Gambar yang diambil oleh Unit Udara Polis Diraja Malaysia

Saya mengetahui berita yang mengejutkan ini pada hari sama ketika pulang ke kampung untuk meraikan Hari Raya Aidiladha. Tragedi Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa, 6 Disember 2008 telah menyebabkan 14 banglo di Taman Bukit Mewah serta Bukit Utama tertimbus.

Bencana yang melanda ini merupakan salah satu petanda alam yang menyedarkan kita daripada terus leka. Apabila hukum alam sudah tidak dihormati inilah yang terjadi. Sedarlah kita bahawa khiamat akan datang tak lama lagi.

Seperti biasa semua pihak menunding jari menyalahkan satu sama lain. Apabila sudah terjadi baru nak sedar. Laksanakan itu ini, lepas 2 atau 3 bulan senyap dan terus dilupakan demi harta kemewahan yang menjadi keutamaan. Pihak kerajaan seharusnya bersikap lebih tegas dalam menjalankan tugas!

Rumah-rumah yang musnah teruk

Tanah runtuh Bukit Antarabangasa

Operasi menyelamat tak kira waktu

Peta lokasi kejadian

Lokasi tragedi yang berlaku tidak jauh daripada sekolah lama saya telah menimpa rumah auntie bestfriend saya, takziah diucapkan. Alhamdulillah, kawan saya yang tinggal di kawasan tersebut terselamat.

Takziah diucapkan kepada mangsa-mangsa, bersabarlah. Ujian adalah tanda Allah sayang pada kita. Bersangka baiklah dengan Allah, setiap yang menimpa ada hikmahnya. Syabas diucapkan kepada pasukan penyelamat dan anggota sukarelawan yang tidak kenal erti penat lelah dalam menjalankan tugas membantu para mangsa.

Marilah kita sama-sama berdoa agar mangsa-mangsa tragedi ini tabah menerima dugaan. Seberat-berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.


Sumber gambar diambil daripada blog dan laman web.

No comments: