17 December 2008

Kewajipan Yang Penting!

Ar-Raqib Al-Hafidh

Saya ingin membicarakan perkara yang nampak sangat 'simple but powerful'. Sebelum itu marilah kita mengingati rukun islam :
  1. Mengucap dua kalimah syahadah
  2. Menunaikan solat lima waktu sehari semalam
  3. Berpuasa pada bulan Ramadhan
  4. Mengeluarkan zakat
  5. Mengerjakan haji bagi mereka yang mampu
Jelas dan nyata untuk menjadi seseorang yang beragama Islam kita perlu mematuhi 5 rukun Islam. Di sini saya ingin memberi penekanan terhadap rukun Islam yang ke-2 iaitu solat lima waktu sehari semalam. Isu yang tidak boleh diremehkan.

Mudahnya Islam sehingga dipermudahkan. Dah la dipermudahkan malah dipersendakan. Saya tidak pasti kenapa atau mengapa terdapat golongan yang tidak mahu menunaikan kewajipan yang penting ini. Golongan yang sengaja meninggalkan solat.

Soalan ini ditujukan kepada saya, "kenapa macam itu ye?".. Saya terdiam kerana tidak dapat menjawab. Kenapa? Bukahkah memang wajib? Tiada sebab untuk kata tak nak kerana melalui solat kita dekat dengan Allah. Adakah pembaca tahu kenapa?

Menangguhkan solat sudah cukup membuatkan diri ini gelisah apatah lagi meninggalkan solat. Sesiapa yang meninggalkan solat bermakna dia menghancurkan agamanya. Solat adalah tiang agama yang mencorakkan peribadi kita.

Islam sangat mudah. Sekiranya kita tidak dapat solat kerana berada dalam bas untuk perjalanan jauh, kita boleh buat solat hormat waktu. Sekiranya kita sakit, kita boleh solat secara duduk atau baring. Dan banyak lagi seperti jamak dan qasar untuk mereka yang bermusafir. Jadi, pernahkah terfikir kenapa terlalu banyak rukhsoh yang Allah beri?

Jawapannya kerana solat itu terlalu penting! Penting sangat!! Tidak kira apa jua alasan, kita tidak boleh meninggalkannya. Mereka yang meninggalkan solat sangat dimurkai Allah. Tidak takutkah kita dengan azabNya yang pedih?

Ketika saat Rasulullah SAW nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu."

Petikan daripada iluvislam:

Sebuah keluarga di gemparkan dengan kehilangan anak lelaki mereka yang berumur 15tahun. Anak itu tidak pulang-pulang dari sekolah setelah tiga hari berlalu.setelah penduduk kampung mencari,mereka hanya menemui mayatnya dalam sebuah parit di pedalaman kampung,bersekali dengan basikal anak tersebut...

2-3 kali selepas majlis arwah diadakan, adik-adik arwah yang masih kecil berumur kurang dari 5 tahun sering menceritakan pada ibu bapa mereka bahawa arwah ada bersama dalam majlis tahlil tersebut. Ibu bapa hairan namun menganggap adik-adiknya sekadar bermain-main.. Dan terbayang wajah abang mereka..

Suatu hari(siang) semasa kakak arwah sedang menjemur pakaian di luar rumah, arwah betul-betul datang kepadanya.

Dengan muka yang sedikit sugul,arwah bertanya kepada kakaknya, "wahai kakakku.. mengapalah akak tidak selalu mengingatkan saya tentang sembahyang? saya mengalami sedikit kesulitan dalam kubur, kak.."

*************

Seperti kebiasaan anak-anak sekarang memang tahu bersolat,namun sesetengahnya tidak istiqamah.Arwah baru berumur 15tahun,bermakna mungkin baru 1-2 tahun mencapai umur baligh,dalam waktu yang singkat itu sekalipun, dosa pahala sudah dicatat malaikat dan kesannya sudah dialami di bilik 6 kaki bawah bumi...


*************

Sebagai hamba yang lemah dan hina, perkara ini sangat menyedarkan diri yang serba kekurangan. Saya merenung sejenak dan bermunasabah diri, adakah sejak diriku baligh sehingga sekarang tidak pernah ada hutang solat? "Ya Allah, aku sangat takut azabMu yang pedih, peliharalah aku."

"Dan mohonlah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia maha penerima taubat" [Al-Nasr 110:3]

Marilah kita sama-sama menunaikan kewajipan yang penting ini. Jangan bertangguh lagi, tunaikanlah solat. Andai tiada esok buat kita siapa tahu? Beranikah kita untuk menangguh sedangkan amalan solatlah yang mula-mula ditimbang di neraca Mizan kelak. Berniatlah bermula dari saat ini untuk tidak memandang remeh terhadap solat.

Kata-kata ini diambil daripada sebuah blog dan di edit mengikut ingatan : "Sedarlah wahai bakal-bakal mayat sekalian, kita akan naik kereta mayat suatu hari nanti."

Wallahu'alam...

No comments: