29 November 2008

Dugaan.. Adakah Kita Tabah?

Segala Puji Bagi Allah..
Gambar Hiasan Yang Bergaya :)

Minggu lepas, saya hampir kehilangan handphone SE di Kajang. Ketika handphone saya hilang, Allah memberi hati yang sangat lapang dan sedikit panic kepada saya. Saya redha apabila banyak kali cubaan call handphone saya gagal. Tapi saya tidak putus asa dan cuba call lagi.

Akhirnya panggilan dijawab oleh pemandu bus rapidKL. Nasib baiklah pemandu bus rapidKL sudi memulangkan semula handphone saya. Alhamdulillah, semoga Allah membalas kebaikan saudara. Gembira dapat semula handphone. Syukur kepada Allah.

*************

Selepas pulang dari kem motivasi, tiba-tiba baru perasan handphone Nokia saya tiada. Projek mencari handphone besar-besaran dijalankan di dalam rumah. Malangnya projek tersebut gagal. Terdetik di hati, mungkin tertinggal dekat laci kolej. Hati sangat bimbang sekiranya orang yang menjumpai handphone saya menyalahgunakan sim card saya.

Saya membuat keputusan untuk membuat sim card baru di Maxis Centre di KLCC. Bertemankan kawan lama daripada sekolah rendah, kami keluar pergi ke KLCC pada hari rabu lepas.

“Wah ramainya orang.. hari rabu la katakan..”


Gambar yang di ambil tahun lepas :P

Saya terpaksa membayar RM 10 untuk membuat sim card baru. Sungguh hebat teknologi sekarang, dalam masa 30 min sim card baru itu boleh digunakan. Lega hati~

Kami menjamu selera selepas menunaikan solat Zohor. Kesempatan ini digunakan untuk makan pasta. Sudah sekian lama diriku tidak makan pasta, sungguh
sedap rezeki kurniaan Allah gembira rasa.

*************

Keesokkan hari, kawan satu kuliah hantar sms.. Lebih kurang macam ni perbualan kami :

“Miza hilang handphone ke?

“A ah. Mane tau ni?”

“Ada org hantar mesg kat nana guna hp miza. Dia jumpa hp miza kat kolej.. tp dia dah xreply mesg..”

“Nape xckp.. Miza da block no tu patut la dia xreply.. Em xpe r miza tawakal je..”

“Tengah bz semalam lagipun nana tak faham dia cakap apa.. Maaf miza..”

“Xpe la na.. Miza xkisah.. Maaf ganggu nana...”

“Dah suruh dia hantar handphone tu dekat pejabat kolej..”

“Ye ke.. Terima kasih..”

“Maaf mengecewakan miza”

“Ish xde pe la.. Dah cakap xkisah.. Miza lebih rela hilang handphone drpd dgr Nana ckp camtu..”

“Terima kasih miza..”

Di saat diri ini telah redha dengan kehilangan handphone, harapan untuk mendapatkannya semula kembali bersinar. Saya tidak mahu terlalu berharap sebelum mendapat semula handphone tersebut.

Segalanya tawakal kepada Allah.
Semoga Allah membuka pintu hati insan yang menjumpai handphone saya, agar memulangkan semula handphone itu. Allah Maha Pemurah pasti akan membalas kebaikan yang dilakukan oleh umatNya.

*************

Moral daripada kisah benar ini jangan sekali-kali kita cuai dan jagalah barang sebaik mungkin. Berserahlah kepada Allah sesungguhnya Dia Maha Menengetahui dan setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Semoga kita semua redha dengan ketentuan Allah. Amin~

No comments: