Baru-baru ini saya telah membuat sedikit sebanyak research tentang tempat pelancongan di sekitar Kuala Lumpur. Banyak maklumat yang saya jumpa. Beberapa tempat menarik sudah berada dalam senarai.
Selepas itu saya berangkat pulang ke rumah. Sembang2 dengan mak cakap nanti nak pergi ke 'sky bridge KLCC'. Tiba2 mak cakap mak teringin nak pergi gak. Lalu...
Keesokkan harinya (sabtu yg lepas) saya bangun awal. Siap2 terus menuju ke KLCC. Sampai around pukul 8am. Ramai orang sudah beratur. Tak terkejut pon, tu la sape suh lambat. Rasanya ade la dalam beratus2 org.
Bosan menunggu sebab kauter buka pukul 8.30am. Beberapa pelancong len tgk cerita Jepun melalui laptop. Ade gak tengah main NDS. Saya bawa PSP sebagai persiapan menunggu.
Belum sempat mengeluarkan PSP, tiba2 seorang pelancong daripada Canada yg berada di hadapan saya menegur saya.
"I was shock to see this many people".
Kesiannya.
Saya beritahu dia bahawa orang ramai sudah mula beratur seawal pukul 6.00am.
Bermula la kami bersembang-sembang. Huhu. Tah datang daripada mana confident untuk cakap dalam Bahasa English.
Katanya dia menetap di Berjaya Times Square Hotel. Baru sampai daripada Hong Kong semalam.
"If I dislike the country for the first time, I will never come again.."
Terkejut dengar. Lebih2 lagi ini adalah kali pertama dia datang ke Malaysia.
Antara perbualan kami, dia tanya tempat2 menarik untuk dilawati. Siap tunjuk peta lagi. Bincang2 bla bla..
Paling mengejutkan dia tanya waktu solat kat Malaysia. Soalan yang xleh jawab bila dia tanya berapa population kat sini. Ishh. Sape sangka.
Sempat berkenalan dengan Hyder je.. Nama wife dia xtau la plak..
Setelah sekian lama beratur akhirnya sy berjaya mendapat tiket..
Dipendekkan cerita saya membawa emak saya ke KLCC dalam pukul 2 lebih.. Selepas sampai kami berehat sebentar menanti panggilan trip untuk pukul 3.15pm..
Trip kami dimulakan dengan hidangan cerita pendek selama 7 min mengenai KLCC dan Petronas..
Dengan menaiki lif berkelajuan tinggi, kami sampai ke tingkat 41, iaitu berketinggian 170 meter.. Kate mereka, double-deck sky bridge ini simbolic kepada pintu masuk kepada pusat bandar.
(click untuk gambar yang lebih jelas)
Kepada sesiapa yang berminat untuk datang, kaunter tiket sky bridge ini dibuka pukul 8.30am hingga 7.00pm dari hari Selasa hingga Ahad.. Dinasihatkan agar datang seawal yag mungkin..
Tiket adalah percuma (buat masa ini)..
_______________________________________________