Mengikut kata super senior Kak Az, dulu pernah ada demontrasi pasal Israel di Masjid UKM around tahun 1997. Nampak gayanya sejarah berulang lagi. Kemarin, 16 Januari 2009 selepas solat Jumaat, mahasiswa berkumpul depan Masjid UKM untuk mengadakan demontrasi membantah kekejaman Israel terhadap Palestine.
Suara umat Islam dilaungkan..
"Hidup hidup.. Hidup Palestine"
"Hancur hancur.. Hancur Yahudi!"
Selepas demontrasi yang cukup singkat itu, Kak Nisa' sempat memberi nasihat. Sambil memegang erat tangan saya, Kak Nisa' menasihati :
"Kita sesama umat Islam jangan ada permusuhan. Bersatu-padu umat Islam, jangan hancur! Jangan bermusuhan sesama umat Islam!"
[TheTrueCall] Images of "Most Dangerous Terrorist" killed by Israel
Saya benci perang. Saya tak suka pertumpahan darah! Sukakah anda? Jadi marilah kita umat Islam bersatu-padu boikot barangan Israel dan sekutunya. Kenapa kita perlu takut? Kenapa kita mesti tunduk kepada kuasa Yahudi? Adakah kerana mereka ada senjata yang canggih?
Lupakah saya? Lupakah anda? Lupakah kita? Doa umat Islam lebih berkuasa! Allah sentiasa bersama umat Islam.. Takbir!!
2 comments:
Takbir~
Macam terngiang-ngiang alunan suara masa demo ni...dulu pun sama gak .Kami gunakan "Hancur2" ni.
PAstu "HIdup2...HIdup Palestine".
Post a Comment