Penganjur :
NGO Islam yang mewakili pelajar dan mahasiswa Islam iaitu GPMS, ABIM, PKPIM, PERGERAKAN PUTERI ISLAM, GEPIMA, KARISMA, GAMIS, dan semua PMI di IPTA (SEKRETARIAT BERTINDAK PELAJAR MAHASISWA ISLAM MALAYSIA - SBPMIM)
Tarikh : 22 Januari 2009
Tempat : Masjid Wilayah Persekutuan
Perjalanan Program :
6.35PM- Bertolak dari Masjid UKM7.23PM- Tiba di Masjid Wilayah
7.25PM- Solat Maghrib, Solat Hajat dan Bacaan Yassin
8.45PM- Solat Isyak
9.15PM- Tayangan Video Palestine
9.50PM- Ucapan daripada wakil-wakil Pertubuhan dalam SBPMIM
11.15PM- Bertolak pulang
(Masa di atas lebih kurang agak-agak)
Selepas tiba di Masjid Wilayah, saya kira lebih kurang ada 15 buah bas.
Selepas solat Isyak saya duduk di bersama-sama dengan sahabat-sahabat. Tiba-tiba ada seorang pelajar sekolah menegur saya,
"Dari sekolah mana?"
Ehhhh!!! Saya sangat terkejut lalu menjawab,
"Akak UKM la"
"Eh, sory sory"
Adakah muka saya nampak macam budak sekolah? Saya memakai jaket fakulti untuk mengelakkan salah faham lagi.
Honest cakap saya suka lihat budak-budak sekolah ni, nampak sangat sopan. Saya tak pasti berapa sekolah yang datang malam itu, tapi yang pasti SMAKL ada. Mereka memakai baju batik berwarna biru.
Apabila dapat tahu mereka daripada SMAKL, tiba-tiba terdetik di hati kata mesti Adik Saffana ada. Adik Saffana cakap dia ada instinct kata saya ada pada malam tu. Tak sangka betul. Tak ada jodoh malam itu. InsyaAllah kita akan berjumpa suatu hari nanti :)
Semoga objektif pada malam itu tercapai. Doaku agar Allah selamatkan umat Islam daripada kekejaman Yahudi. Kemenangan milik Islam!
4 comments:
salam..
bestnye miza gi join solat hajat ek..
sedeh tak dpt gi..:(
coz de mushkilah ppuan...
ala kulli hal,
smg doa kita dimaklbulkan oleh-Nya,
allahuma ameen,,,
~heheh..muke miza dlm gmbr mmg nampak cam kanak2 riang pon..
;p
jgn marah..hehe
salam~
rsnye pas naik cuti byk prog kot.. InsyaAllah, Najah pergi la..
hihi knk2 riang >.<
oh..knal2 ngan saffana ye?
hihi ^_^
ana sahabat dia.
Alhamdulillah, ana dpt join program mlm tu ^_^
hihi~~
ada chemistry la between kita ni kak :p
pasni kalo ada rezki hrp2 leh jumpa la ka..hihi
Post a Comment