28 April 2010

Kekejaman Polis.. Telus Atau Ambik Kesempatan?

Saya sangkakan duduk di UKM tidak selamat, rupa-rupanya duduk di Malaysia pon xselamat. Baru2 ini kita dikejutkan dengan isu pelajar berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah mati ditembak polis. Dasyatnye..

Tindakan Pantas

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad menggesa Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar memberi jaminan bahawa siasatan kes terhadap anggotanya yang menembak mati seorang remaja 15 tahun, dijalankan dengan telus.

Wakil rakyat PAS itu berkata, beliau kecewa dengan kenyataan awal pihak polis, ketika siasatan masih dijalankan, yang mendakwa remaja tersebut mungkin terlibat dalam kegiatan menyamun dan memiliki senjata, seperti yang dilaporkan media.

Katanya, beliau sendiri turut menemani saksi utama kes tersebut - yang bersama mangsa ketika mangsa ditembak – yang disebut oleh satu laporan akhbar sebagai Aminulrasyid Amzah - membuat laporan di balai polis Seksyen 11 jam 9.43 malam tadi.

Ambik kesempatan

Tak lama kemudian di Malaysiakini :

"Timbalan pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar berkata pihaknya bersimpati dengan kejadian yang menimpa pelajar sekolah - Aminulrasyid Amzah - yang mati ditembak polis awal pagi semalam.

"Saya harap kes ini tidak disensasikan atau dipolitikkan," katanya dalam sidang media di rumah keluarga arwah Aminulrasyid di Shah Alam hari ini.

Noh juga berkata, Umno negeri akan menawarkan bantuan guaman kerana keluarga terbabit berhak menyaman polis dan kerajaan Malaysia."

Maksudnya..?

Secara umumya sekiranya keluarga Aminulrasyid Amzah menerima tawaran tersebut, potensi untuk menang dalam kes tersebut di makamah adalah sangat besar!!

Tapi...

Secara teorinye walaupun menang dalam kes tersebut, hukuman dan keadilan tidak dapat ditegakkan. Kemungkinan besar kes ini akan cuba disenyapkan.

Mana taknye, polis selaku tangan kanan wat salah, tangan kiri iaitu media akan cube tolong. Keluarga mangsa menang di mahkamah. Kepala selaku kerajaan Malaysia akan tutup kes dengan happy ending.. Tutup and senyap..

Xcaya? Kite tgk..

Media

Jangan percaya media massa. Bnyak putar belit cerita berlaku. Nak bagi cerita sedap dibaca, buat2 cam pihak polis xbersalah.

Kesimpulan

Kite smue mmg sudah sedia maklum polis memang bertindak kejam terhadap mahasiswa.

Tapi untuk kes ini, adalah tidak patut remaja 15 tahun ditembak. Kesian sangat. Tapi sudah pasti Allah yang maha adil menghukum pihak yang terlibat.

Kalo berani tembak mahasiswa, nantikan revolusi..

Sekian...

...................

27 April 2010

Apabila Tamatnya Exam..

Alhamdulillah segala puji bagi Allah..

My Fav Book of this year

Setiap kali di awal tulisan saya pasti saya menyatakan bahawa sudah lama saya tidak menulis. Kekangan masa hanyalah alasan. Namun hari ini terasa free untuk menulis. Semalam paper terakhir untuk final exam kali ini.

Selesai sudah exam Prinsip Proses Kimia, saya menghulurkan tangan untuk bersalam dengan lecture, tibe2 je Dr.Riza peluk saya. Rasa terharu sebab bab2 peluk ngan tenaga pengajar ni cuma ada kat sekolah je. Agak bagus juga kalo diamalkan di universiti.

Terima kasih kepada semua yg telah membantu saya sepanjang pengajian tahun 2 saya.

Buku diatas dipinjam drpd PTSL. InsyaAllah sekiranya berkemampuan saya akan beli buku ini, Elementary Principles Of Chemical Processes. Saya suke sgt2 buku ni.

Sekarang

Memandangkan exam da abis, saya mempunyai lebih banyak masa free. Jadi saya ingin menggunakan masa ini dengan sebaiknya. Antaranya tengok anime dan main PSP. Hehe. Ishhh xsedar diri.

Perancangan Cuti Sem

- Perkampungan PMFST untuk sesi pimpinan akan datang

- Short sem

- Studi untuk next sem

- Agenda lain

Tak Lama Lagi

Sebenarnya sy ingin kupas isu illuminati. Kebanyakkan orang selalu kupas isu ini melalui movie2 drpd barat. Tetapi saya akan kupas melalui anime kerana plot perancangan mereka kelihatan lebih jelas dan nyata. InsyaAllah saya akan usahakan.

Isu Semasa

Sebenarnya saya tak suka politik. Banyak benda kotor dan jijik berlaku dalam politik. Tapi, Allah dah gitau sesungguhnya benda yg kamu xsuke itulah yg terbaik untuk dirimu. Nabi juga pernah berkata sekiranya mampu ubahlah dgn tgn. Jd adalah penting untuk mempunyai kuasa dalam politik. PRK Parlimen Hulu Selangor baru2 ini menyaksikan kemenangan BN dengan majoriti 1,725 undi.. Owh..

Tamat

Hehe xtau nk ckp pe lg.. Sekian..


.........

30 January 2010

Kehangatan PRK UKM - MAHASISWA BANGKIT!!!

BANGI 29 JAN - Pimpinan daripada GMUKM secara aman telah menghantar surat rayuan berserta duit bantahan kerana berlaku penyelewengan cukup ketara pilihanraya kampus kali ini.

Jumlah undi yang telah diumumkan oleh setiap pengetua kolej adalah tidak sama dengan keputusan rasmi yang dikeluarkan semalam.

“Pentadbiran isytihar melanjutkn tempoh 48jam yang diberikan mahasiswa hingga hari Isnin ini. Doakanlah semoga keadilan dan kebenaran tertegak jua. Kawan2 keputusan PRK UKM masih tidak rasmi (15 GMUKM, 19 API)” -GMUKM

Pihak pentadbiran telah sengaja melewatkan prosedur rayuan dan tidak membenarkan pimpinan GMUKM untuk berjumpa dengan TNC bagi menyelesaikan kes ini secara aman. Lebih manghairan pihak pentadbiran telah menjemput polis beserta FRU bagi memburukkan lagi keadaan.

Dilaporkan pihak FRU telah bersedia di luar masjid UKM semasa solat jumaat. Mereka juga telah merempuh dan mencederakan mahasiswa yang sedang melakukan piket bagi menyatakan ketidakpuasan secara aman damai. Beberapa mahasiswa ditangkap dalam kejadian ini.

Perlu ke senjata2 ini dibawa berhadapan dengan mahasiswa?

FRU menimbulkan kekecohan di bumi UKM

Siapa yang menyebabkan keadaan menjadi tidak aman?

Amat menyedihkan kerana terdapat pihak yang sengaja memburukkan GMUKM dan mendakwa mereka telah membuat demonstrasi tidak aman dan tidak mengikut prosedur. Malah GMUKM dituduh cuba menyelesaikan masalah ini dengan cara yang tidak betul.

Beberapa universiti lain seperti UM dan UPM turut merasakan bahang kebangkitan mahasiswa. Kemenangan pro-m di UPM telah dibatalkan kerana didakwa berkempen di facebook. Manakala di UM keputusan pilihanraya digantung sementara waktu.

Gambar2 kezaliman FRU leh rujuk disini : http://ruhulamri.blogspot.com/

04 November 2009

Jadikan Nilai Ilmu Sebagai Ukuran, Bukan Politik Semata-mata..

Salam Perjuangan..

Varsiti Kita

Kali ini tangan saya menjadi sangat rajin untuk menaip isu-isu yang kelihatan berat bagi majoriti mahasiswa dan mahasiswi yang kurang berminat dengan politik. Mungkin tidak begitu terlewat untuk saya memberi pendapat tentang isu hangat Timb Presiden PMUKM, Sarfarizmal Md Saad yang telah mengeluarkan artikel 'copy paste' menghina Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz.

Penyiaran artikel yg berasal daripada BLOG PANGLIMA PERANG CYBER membuktikan bahawa Sarfa secara terang-terangan telah bersetuju dengan apa yg diperkatakan oleh blog itu (kini artikel itu sudah di delete daripada blog Sarfa).

Artikel itu menyatakan bahawa Mursyidul Am Pas itu tidak layak dan boleh membawa kepada kesesatan. Dalam kenyataan blog itu juga Nik Aziz tidak layak digelar Tok Guru dan membawakan video sebagai bahan bukti untuk mengukuhkan hujahnya.

Penyiaran artikel ini dalam blog Sarfa telah mengundang kepada limpahan kritikan serta mendapat cabaran untuk berdebat secara terbuka oleh Farid Hamlud, seorang pelajar kejuteraan.

Persoalannya sekarang, LAYAKKAH?

Layakkah kritikan itu diberikan kepada seorang tokoh ulamak? Sedarlah diri, kita ni siapalah sangat jika nak dibandingkan dengan ilmu agama Tok Guru. Pangkat ustaz pun kita tak ada. Mungkinkah sebagai seorang Mahasiswa? Gelaran itu pun sudah ditarik di UKM (memandangkan Minggu Mesra Mahasiswa sudah ditukar kepada Minggu Mesra Pelajar).

Saya bukanlah hendak memihak kepada mana2 pihak politik menyatakan siapa betul dan siapa salah, sekadar memberi pandangan tentang taraf kita. Tidak kira setinggi mana pun jawatan seseorang itu tidak kira Tok Guru atau tidak, kita tetap hamba Allah.

Isu-isu ini boleh dibaca lebih lanjut di NADI UKM yang saya lihat kini lebih ke arah politik kampus dan politik luar. Pendedahannya cukup menarik untuk membuka mata semua pihak.

Namun secara peribadi saya bukanlah penggemar isu-isu ini, tetapi lebih gemar ke arah isu-isu kebajikan mahasiswa. Oleh itu saya lebih suka membaca blog NADI UNIMAP yang mengupas dengan menarik isu-isu penindasan pihak tertentu terhadap mahasiswa. Isu-isu seperti inilah yang akan membuka mata mahasiswa-mahasiswa 'di atas pagar' agar tahu yang mana terbaik untuk mereka.


ps/: saje2 menulis time exm camni :D



....................................




25 October 2009

Hari-hari yang berlalu..

Alhamdulillah.. Segala puji bg Allah..

Genap sebulan blog ini tidak di update :)

Setelah sekian lama menanti akhirnya sembuh juga laptop sy. Bersyukur kpd Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Gembira sgt2 :) Kpd smua pembaca blog ini, minta maaf kerana sudah lama tak update.

Masa berlalu dengan cukup pantas, semester dua bakal menemui ke penghujung jalan. Sebelum itu sudah pasti akan menempuhi final exam tidak lama lagi. Bertanyakan kepada diri, inilah kali pertama seumur hidup, saya tidak bersedia melebihi 80% untuk berjuang. Sangat ironic. Mungkin inilah balasan kesan dosa-dosa yang pernah dilakukan. Ya Allah, dasyatnya ujian ini. Ujian yang mesti dilalui antara rela atau tidak..

"Letih tubuh di dalam perjalanan,
Saat hujan dan badai merasuki badan,
Namun jiwa harus terus bertahan,
Kerna perjalanan masih panjang.."

Di saat tertekan bergini teringin nak lepaskan tekanan dengan bermain squash. Sudah lama tangan ini tidak memegang raket dan beraksi di gelanggang. Suatu ketika dahulu sy mempunyai ramai kawan yang minat dengan sukan ini. Namun setiba di UKM tiada lagi, hanya sejarah yang dijadikan kenangan.

Masa muda2 dlu...

Semoga Allah membantu insan yang lemah ini menempuhi segalanya. Oleh kerana masa cukup mencemburui, sy berhenti disini sahaja. Selamat menempuhi Final Exam kpd smua. Maafkan segala silap dan salah yang pernah dilakukan. Semoga Allah memberkati kita semua.


.....................................................