04 November 2009

Jadikan Nilai Ilmu Sebagai Ukuran, Bukan Politik Semata-mata..

Salam Perjuangan..

Varsiti Kita

Kali ini tangan saya menjadi sangat rajin untuk menaip isu-isu yang kelihatan berat bagi majoriti mahasiswa dan mahasiswi yang kurang berminat dengan politik. Mungkin tidak begitu terlewat untuk saya memberi pendapat tentang isu hangat Timb Presiden PMUKM, Sarfarizmal Md Saad yang telah mengeluarkan artikel 'copy paste' menghina Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz.

Penyiaran artikel yg berasal daripada BLOG PANGLIMA PERANG CYBER membuktikan bahawa Sarfa secara terang-terangan telah bersetuju dengan apa yg diperkatakan oleh blog itu (kini artikel itu sudah di delete daripada blog Sarfa).

Artikel itu menyatakan bahawa Mursyidul Am Pas itu tidak layak dan boleh membawa kepada kesesatan. Dalam kenyataan blog itu juga Nik Aziz tidak layak digelar Tok Guru dan membawakan video sebagai bahan bukti untuk mengukuhkan hujahnya.

Penyiaran artikel ini dalam blog Sarfa telah mengundang kepada limpahan kritikan serta mendapat cabaran untuk berdebat secara terbuka oleh Farid Hamlud, seorang pelajar kejuteraan.

Persoalannya sekarang, LAYAKKAH?

Layakkah kritikan itu diberikan kepada seorang tokoh ulamak? Sedarlah diri, kita ni siapalah sangat jika nak dibandingkan dengan ilmu agama Tok Guru. Pangkat ustaz pun kita tak ada. Mungkinkah sebagai seorang Mahasiswa? Gelaran itu pun sudah ditarik di UKM (memandangkan Minggu Mesra Mahasiswa sudah ditukar kepada Minggu Mesra Pelajar).

Saya bukanlah hendak memihak kepada mana2 pihak politik menyatakan siapa betul dan siapa salah, sekadar memberi pandangan tentang taraf kita. Tidak kira setinggi mana pun jawatan seseorang itu tidak kira Tok Guru atau tidak, kita tetap hamba Allah.

Isu-isu ini boleh dibaca lebih lanjut di NADI UKM yang saya lihat kini lebih ke arah politik kampus dan politik luar. Pendedahannya cukup menarik untuk membuka mata semua pihak.

Namun secara peribadi saya bukanlah penggemar isu-isu ini, tetapi lebih gemar ke arah isu-isu kebajikan mahasiswa. Oleh itu saya lebih suka membaca blog NADI UNIMAP yang mengupas dengan menarik isu-isu penindasan pihak tertentu terhadap mahasiswa. Isu-isu seperti inilah yang akan membuka mata mahasiswa-mahasiswa 'di atas pagar' agar tahu yang mana terbaik untuk mereka.


ps/: saje2 menulis time exm camni :D



....................................




1 comment:

Hazwani said...

salam..adik, ya Allah...lama betul akak tak ambil tahu isu politik ni. kadang-kadang terasa sangat lelah mendepani isu-isu mcm ni

akak tak alert, kan :(