06 February 2009

Perjalanan Mencari..

Ya Allah Tunjukkanlah Aku Jalan...

Saya rasa sangat bernasib baik kerana masuk UKM. Di sini saya berpeluang mendapat apa yang saya tidak pernah dapat sebelum ini. Saya sangat bersyukur.

Namun perjalanan untuk menuju ke hadapan bukanlah mudah tanpa bantuan sesiapa. Saya tidak boleh melangkah lebih jauh seorang diri. Secara logiknya sudah tentu saya mengharapkan pertolongan.

Sekiranya tanpa pertolongan, seseorang itu akan terkandas di tempat yang sama. Ditambah pula dengan semangat berkobar-kobar kian pudar ditelan masa. Sebelum semangat itu hilang, saya perlu melakukan sesuatu.

Tetapi mencari altenatif lain bukannya mudah. Terus menunggu sesuatu yang tak pasti buat saya semakin sayu. Segalanya memerlukan pengorbanan.

Akhirnya saya sudah menanamkan matlamat dan sedang berusaha ke arah itu. Kesempitan masa bukanlah batu penghalang kepada perjalanan ini. Malah sekiranya terpaksa, saya rela menuju ke hadapan seorang diri..

Mengejar sesuatu di dalam hidup.. Proses pencariaan yang tiada pengakhiran..

Life is like a revolving wheel.. Full of bittersweet memory.. Very nostalgic..

I don't know where I am..
I'm heading to somewhere that my dream is there..
But when I reach there, I still don't know where I am..
Wherever I go, there I am..

MySpace

2 comments:

wearelearningparents said...

tahniah

Anonymous said...

semoga ketemu jalan yang diredhai..
arjuki antahsulu annajah..