15 February 2009

Penghargaan Untuk Kak A...

Segala Puji Bagi Allah Yang Maha Pemberi..

Pertemuan Kita Terjalinnya Ukhuwah


Kak A..

Sengaja diriku tidak nyatakan siapakah dirimu
Kerana dirimu adalah hadiah berharga
Sesuatu yang berharga harus disimpan rapi
Biarlah Allah sahaja yang tahu jasamu

Segar di ingatan bilamana dirimu menegur kami
Singkat sekali pertemuan kita
Namun memberi infiniti pengertian buatku
Diriku sangat bersyukur dengan pemberian ini

Walaupun kita tidak begitu mengenali
Kesanggupanmu meluangkan masa sangat dihargai
Ingin dinyatakan kekesalan diriku
Kekecewaan kerana tidak mendengar nasihatmu

Kejahilan menutup hatiku daripada menerima
Selepas memahami, diriku cuba berfikiran rasional
Tiba-tiba nasihatmu berkesan di hatiku
Agak terlewat tapi belum terlambat

Semalam kita dipertemukan lagi
Walaupun segan, tetapi diriku ingin berjumpa
Sangat terharu, Ya Allah sayangilah dia
Tidak pernah diriku dilayan begitu

Maafkan diriku, memeningkan kepalamu
Sebenarnya diriku pun tak memahami hati ini
Perjalanan hidupku sekarang sangat pelik
Tidak pernahku pinta jadi begini

Namun kata-katamu ada kebenaran
Dalam kepelikan ini, hidupku semakin bermakna
Sekiranya ku tidak melalui jalan ini
Pasti kita tidak akan dipertemukan

Allah memberi sesuatu yang berharga melaluimu
Hamba biasa yang sangat luar biasa
Diriku sangat pasti, sesiapa yang bertemu denganmu
Pasti akan berasa sangat bersyukur dan gembira

Kemuliaanmu kerana Islam
Keindahanmu kerana Akhlak
Kehebatanmu kerana Allah

Kini kau mendapat tempat yang istimewa dihatiku
Walaupun tiada apa yang berharga pada diriku
Sekiranya dapat membantu, akan diberi kesanggupanku
Terima Kasih Kak A atas segalanya..

Semoga ukhuwah ini berkekalan..

6 comments:

Anonymous said...

salam kembara...

"Diriku sangat pasti, sesiapa yang bertemu denganmu
Pasti akan berasa sangat bersyukur dan gembira"

seakan diri ini punya rasa yang sama...

syukurku pada sebuah pertemuan...

cLoVer4miza said...

Salam.. Terima kasih kerana mengembara ke sini~

sama la.. syukur alhamdulillah pada sebuah pertemuan..

Anonymous said...

salam alaik..

syukur atas segalanya..
kerna ditemukan insan itu..

alhamdulillah miza..

Anonymous said...

Salam sayang buat adikku miza dan dzatuun nithaqaini(adik mai),mengalir air mata ini bila ku meniti sebuah luahan hati seorang insan yang bergelar adik,ku hanya insan biasa dik,tiada apapun yang telah akak buat untuk adik,terharu dengan kasih&kepercayaan yang telah adik berikan pada diri yang lemahni...takdir telah menemukan kita,moga ukhwah ini selamanya..maga kita istiqamah & thabat di jalanNYA ini...amen

cLoVer4miza said...

salam syng kak A..

Maaf, tiada niat wat akak mengalir air mata.. luahan ini sekadar berbicara terharunya sy pd mlm itu..

Cam movie 'kungfu panda' ckp "there is no accident in this world" which meant that pertemuan yg kebetulan ini bukanlah kebetulan..

Kak A.. Pasni confrm xkire sy xsetuju camne pon sy akan dgr nasihat akak.. InsyaAllah, akak akan sentiasa berada di dalam doa sy..

Amen~

dinlove said...

alhamdulilah

jumpa rakan seperjuangan.

sama2 cinta tarbiah.

bagus ukh,teruskan usaha anda.

bagi juga teguran untuk ana.

http://addinlove.blogspot.com/