27 March 2014

Life Goes On, It Gets So Heavy

Segala puji bagi Allah..

Akhirnya...

Setelah sekian lamanya..

Sudah tiba saat itu.. Saat yg sangat2 menakutkan aku..

Ya Allah..

Alhamdulillah, akakku yg sgt disayangi telah selamat bernikah.. Aku gembira untuk kebahagiaan dia.. Aku percaya suami dia bole menjaga akak dengan baik, insyaAllah..

Akak kata lepas ni smua akan still cam biasa.. Tapi aku kurang percaya akakku huhuhu.. Maafkan adik..

Teringat anime Honey & Clover.. Aku pernah ajak akak tengok anime ni.. Tapi akak macam kurang berminat.. Tapi xpe la.. Kita tak boleh paksa orang minat ape yang kita suka..

"If season 1 of Honey and Clover is about finding yourself through love, season 2 is about moving on and embracing the warmth of what you have.."

Skang ni aku cuba moving on.. Berat sangat ya Allah..

Hati ini.. Rasa sangat2 pedih yang tak dapat digambarkan..






Tak tahu nak cakap ape da..

Terus terang cakap aku rasa sangat sunyi.. Kesunyian ni bermula selepas akak bertunang..

After akak nikah.. Skang aku rasa sangat2 kekosongan..

Cahaya yang selama ni menyinari hidup aku tiba2 jadi gelap..

Sakit...

Sakitt..

Sakittt..

Ya Allah...

Namun..

Terima kasih ya Allah..

Aku gembira..

At least dalam hidup ini, Allah pernah hadiahkan insan yang sangat istimewa buat aku..




19 February 2013

CERPEN: Aku, Mimpi dan dot… dot… dot?


CERPEN: Aku, Mimpi dan dot… dot… dot?

Disember 2016


Kaki Ramli sudah mula boleh berjalan seperti biasa. Walaupun masih belum secergas sewaktu sebelum kejadian kemalangan, tetapi sekurang-kurangnya dia dalam keadaan yang lebih baik daripada koma yang hampir meragut nyawnya.

Semuanya berlaku pada Disember 2012, Ramli baru sahaja selesai dari menjadi perwakilan perhimpunan agung UMNO dan dalam perjalanan balik ke Perak. Kereta Vivanya terbabas sewaktu sampai di selekoh masuk ke Tanjung Malim dan melanggar pembahagi jalan. Punca utamanya kerana mengantuk yang telah menguasai dirinya.

Kejadian tersebut menyebabkan kecederaan yang teruk sehingga dia koma selama hampir 3 tahun. Pada penghujung 2015, Ramli mula sedar dengan kehadiran ahli keluarga dan sahabat karibnya. Dia nampak kelibat anaknya tetapi tidak bekas isterinya.

Setahun Ramli menjalani latihan fisioterapi. Latihan bagi mengembalikan tenaga dan juga kekuatan otot. Ramai pakar menjangka dia akan terus lumpuh selama-lamanya sekiranya dia dapat melepasi tempoh koma tersebut. Tetapi itulah kebesaran Allah swt. Kita merancang, Allah merancang. Namun, Allah la sebaik-baik perancang.

Ramli hari ini berjaya membuktikan bahawa dengan semangat hidup yang tinggi, kita boleh mengatasi logik akal manusia.

-----------------------

Ramli memandang jauh di luar kereta sahabat baiknya Amran. Setelah dijaga lama di rumah orang tuanya di Ipoh, Ramli bercadang untuk makan angin di Kuala Lumpur.

Pandangan nya meliar tetapi teliti pada setiap butiran yang dapat ditangkap oleh anak matanya.

“Hurm…tak banyak berubah ye Am?” Getus Ramli.

Amran mengangguk. Rakan kenalan lamanya sejak dari kecil itu terus memandu cermat.

“Eh, aku pun tak sempat nak baca berita hari ni.” Ujar Ramli. Amran cuma tersenyum.

“Ah, tak payah baca sekarang. Ko dengar je berita kat radio nie ha. Bernama 24. 24 jam berita.” kata Amran.

“Ha. Ok jugak. Aku pun dah lama tak dengar berita.” Ramli membetulkan duduknya di kerusi penumpang depan. Ingatannya masih lagi segar tentang perhimpunan agung UMNO 2012 yang dihadirinya dahulu. Semangat perwakilan memang amat tinggi sekali.
Amran menukar siaran radio kepada Bernama 24.

“Dulu radio nie dekat area KL je ada.” Ucap Amran sambil masih menekan punat radio.

“Sekarang seluruh Malaysia ada” Ramli mengangguk membenarkan kata-kata Amran.

Selesai iklan, pembaca berita wanita berkumandang di corong radio.

“Setelah hampir empat tahun, akhirnya mahkamah memutuskan bahawa saman pemilik Independent Power Producer (IPP) terhadap kerajaan Malaysia dibatalkan dan juga perjanjian IPP yang ditandatangani pada pemerintahan sebelum itu adalah tidak sah dan tidak mengikut peraturan undang-undang negara.”

Riak wajah Ramli berubah.

“Am, macam mana nak kuatkan sikit radio ni?” Am menekan butang untuk membesarkan suara.

“Menurut Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Khalid Ibrahim, ini merupakan satu kejayaan yang dipihak kerajaan kerana ini berjaya menyelesaikan kemelut perjanjian berat sebelah yang ditanda tangani di antara pemegang hak IPP dan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.”

Ramli memandang ke muka Amran.

“Perdana Menteri kita siapa Am?”

Amran terdiam sejenak dan memandu cermat sambil memandang terus ke lebuh raya utama. Mereka melepasi satu billboard dengan wajah Tan Sri Khalid Ibrahim dengan perkataan berwarna kuning jelas terpampang didadanya:
“Terima kasih rakyat kerana memberi peluang kepada Pakatan Rakyat”.
Amran menunjukkan jari ke arah ke arah billboard tersebut. Dada Ramli berombak kencang. Jantungnya berdegup.

“Hah! Jadi Perdana Menteri kita…”

“Najib sedang dibicara sekarang kerana kes-kes penyelewengan. Begitu juga dengan Daim, Tun Mahathir, Rafidah Aziz dan ramai lagi lah. Ramai jugak businessman-businessman yang sedang dibicara dan sudah didapati bersalah pun.”

“Argh. Ini semua kerja si jahanam Pakatan Rakyat la nie. Mesti dia orang punya kerja. Agen cina la ni!” balas Ramli geram.

“ Hurm.. memang dia orang yang mulakan. Tetapi sekarang ni zaman dah berubah. Kerajaan pemerintah dah tak ada kuasa untuk menentukan keputusan hakim, polis dan SPRM.” Amran menoleh kepada ramli sambil meneruskan kata-katanya.
“Undang-undang baru dah diluluskan 2 tahun lepas. Artikel 40 perlembagaan dah di gubal dan memberi kuasa kepada raja. Jadi semua telus.”

“Ah penipu je tu. Dia orang tu semua penipu. Ko boleh cakap sebab ko kan penyokong kuat PAS.”

“Bukan masalah aku penyokong kuat PAS atau tidak. Macam niela . Aku bawak kau jalan-jalan, kau tengok sendiri Malaysia sekarang sama tak dengan Malaysia dulu.”
Ramli terdiam.

Setelah berhenti rehat di R&R Sungai Buloh, Amran dan Ramli meneruskan perjalanan melalui satu pondok tol yang sudah ditinggalkan dan hampir selesai dalam proses dirobohkan. Ramli memandang pondok tol tersebut.

“Dua tiga tahun lepas dah tak de pondok tol tu. “ ujar Amran sambil membelokkan kenderaannya memasuki jalan utama Sungai Buloh.

“Maksud kau?”

“ Kerajaan dah mansuhkan tol seluruh Malaysia. Yang ada pun satu je dekat jambatan ke tiga Pulau Pinang. Tu pun sebab jambatan tu hak milik 100% private. Tapi tol tu dalam RM 1 je.”

Ramli terdiam sejenak seolah-olah memikirkan sesuatu. Menyedari Ramli terdiam Amran meneruskan kata-katanya.

“Zaman nie tak macam 4-5 tahun lepas. Kau tengok stesen minyak tu” Ramli segera menoleh ke arah stesen minyak petronas di tepi jalan utama. Ramli menangguk-anggukkan kepala.

“Nampak tak macam harga kat stesen minyak tu? Dulu tak ada kan?”

“Aha.. harga apa tu?” Tanya Ramli.

“Tu harga minyak pada setiap setesen minyak.” Ujar Amran sambil memperlahankan kenderannya.
“Sekarang ni harga minyak tak ditentukan oleh kerajaan tapi ditentukan oleh syarikat minyak tu sendiri. Jadi tidak ada subsidi dah.” Amran melihat Ramli masih merenung tajam matanya melihat setiap inci tanda harga.
“Tengok harga minyak tu. RON 99 75 sen. RON 98 55 sen, RON 97 45 sen. Kalau tak silap aku, diesel je sekarang ada subsidi kerajaan. Jadi harga diesel 35 sen seliter.” Amran membelok lagi disatu selekoh masuk ke jalan utama.



(Hanya gambar hiasan)

“Eh. Tak bankrap ke kerajaan kita? Tak ke nanti petronas tutup sebab tak boleh bersaing?”

“Tah la. Dah hampir 3 tahun macam ni. Petronas sekarang pun keuntungan dah naik sejak buat macam nie. Tahun lepas je petronas untung berapa ratus billion tah. Petron pun dah tutup sekarang. Tak mampu nak bersaing dengan Petronas, BP dengan Shell” Jelas Amran panjang.

“emm.. kita nak ke mana nie?” Tanya Ramli. Otaknya masih lagi belum dapat menerima apa yang dilihat tadi.

“Aku nak bawak ko pegi tengok kereta kat Bangsar. Nak angkat kereta baru.”

“Ala, nape sampai bangsar perginya? Jauhnya. Macam la kat Ipoh tak de ke jual kereta?” Tanya Ramli berseloroh. Amran tersenyum.

“Member aku pun kerja sana. Dah janji beli dengan dia. Paper pun semua dah settle.” Jelas Amran.

Mereka membelok ke kawasan utama bangsar dan berhenti di tepi kedai Mamak bersebelahan kedai kereta Toyota. Amran tersenyum apabila nampak wajah tidak percaya di raut muka Ramli.

“Hish. Kereta Toyota ko beli? Boleh ke bayar bulan-bulan nie?” Ramli menutup pintu kereta Amran perlahan. Sahabatnya ini masih setia dengan Proton preve yang di belinya 5 tahun dulu. Amran tersenyum.

“ko tengok je la.”

Mereka berjalan-jalan di luar kawasan show room Toyota. Ramli mendekati kereta Toyota Xavier 2015.

“Lawanya Toyota baru nie” Ujar Ramli.

“ Ni kereta tahun lepas. Aku tengok yang Toyota Estima 2016.”

“Gila kau. Estima mau dekat dua ratus ribu tu . Tu 5 tahun lepas. Sekarang berapa?
Amran tersenyum lagi dengan keletah kawannya ini.

“Dulu lain. Sekarang lain.”

“Sekarang berapa?”

“Seratus ribu”.

Ramli terlopong. Ramli berjalan masih tidak percaya dengan apa yang dia lihat. Harga kereta import tidak seperti yang dia lihat sebelum ini. Harganya amat murah.

“Proton macam mana Am? Dah tak de lagi kan? Mesti la tak de lagi sebab kereta import pun dah murah.”

Amran dan Ramli berjalan keluar dari kedai Toyota tersebut dan terus ke kedai mamak sebelah.

“Jomla kita minum dulu. Biar aku cerita semua.” Ramli akur dan duduk kerusi luar kedai mamak.

“Ha. Aku ingat lagi kesukaan ko Ramli.” Amran menoleh ke arah pelayan kedai mamak yang berjalan ke arahnya.

“Ane, bagi kari kambing kampung satu. Briyani tau. Nak keropok banyak.” Ramli tersenyum

“Ingat lagi ko ye. Ala Am. Tak payah la belanja mahal-mahal ngan aku.”

“Ish tak mahal pun Ramli. Sekarang harga kambing bukan macam dulu. Dulu kita kena import kambing, lembu nie tu yang mahal. Sekarang nie kerajaan dah buat mass production ternakan nie. Sampai orang luar pun import kat kita. Dulu kalau makan biryani kambing sini mau tak lari 20 ringgit. Sekarang nie 5 ringgit je.” Jelas Amran

"Eh.. takkan lah semurah tu amran?? apa gila ke mamak nk berniaga murah-murah gitu?"- tambah Ramli lagi.

"Inilah hasil dari benih program merakyatkan negara ilham khalid masa dia jadi menteri besar selangor dulu.."

"Ahh.. itu projek tipu rakyat aje tu Amran.., ko percaya sangat dgn Khaled songkok senget tu.. ", tempelak si Ramli.

"Ginilah.. cerita banyak pun letih juge aku.. tapi aku ringkas kan,, kebanyakan hasil pertanian negara kini di keluarkan oleh Koperasi Rakyat Felda."

"Aih? Felda bukan ke dah listed?"

"Itu lah, masa kau koma dulu., dan sebaik sahaja pemerintahan negara bertukar.. antara fokus utama PM baru kita adalah merakyatkan kembali banyak harta-harta rakyat yg dulu nya di faraid dek pemerintah dulu. Felda dah di privatekan balik., kini milik penuh peneroka melalui koperasi felda. Dan dah pun di tukar nama kepada Koperasi Rakyat Felda. Operasi Koperasi ni di pecah-pecahkan kepada bidang penghasilan utama negara yg selama ni kita kene import. Kebetulan PM kita tu mmg pakar syarikat perladangan dan ternakan pun., jadi ini lah hasilnya sekarang. Pengeluaran makanan negara kini berada di bawah Koperasi Felda., dari Gula, Kopi, Padi... dan makanan ruji lain.. hinggalah ke ternakan daging dan susu.. termasuk ayam dan kambing. semua di tadbir dgn professional oleh anak2 peneroka."

"Kita kini tidak lagi mengimport padi dari siam.. atau negara lain, kita pula menjadi pengeksport padi utk negara yg memerlukan"

"Dan peneroka-peneroka felda kini bukan macam orang tua diaorang yg asik kene tipu dgn pemerintah lama dulu., mereka kini mcm peladang-peladang skala besar di negra maju. Kaya-raya dgn hasil pertanian. "

Ramli hanya sekadar terdiam., masih kabur dan kurang percaya dgn apa yg baru di dengarnya. 
“kau biar benar!”

“Iye” 
Ramli memandang Amran kosong.

“Ha tadi kau kata nak cerita. Cerita la” Ujar Ramli tidak sabar. Pelayan di kedai mamak bangsar menghidangkan air minuman kepada mereka.

“Banyak benda dah berubah.” Amran menarik nafas. Ramli setia mendengar.

“Kau dah tau Perdana Menteri Malaysia kan? Timbalannya sekarang Dato Seri Dr Dzulkifli Ahmad. Ahli Pas.”

“Habis tu Anwar macam mana pulak?” Celah Ramli.

“Oh Anwar dah bersara tahun lepas. Anak dia, Dato’ Seri Nurul Izzah sekarang presiden parti dengan Datuk Rafizi sebagai timbalan. Wife dia pun dah bersara. Sekarang rasanya dia orang pergi umrah.”

“Bukan Anwar yang gila nak jadi perdana menteri ke?” Tanya Ramli pelik.

“Gila tak gila pun, dia tak pernah pun jadi perdana menteri. Lepas Pakatan Rakyat menang pilihanraya 2013, Anwar terus mengumumkan untuk bersara. Tetapi, tahun lepas baru betul-betul bersara.”

“emm. Banyak benda dah berubah kan.” Ramli semacam tidak percaya.

“Memang pun. Khairi Jamaluddin pun dah join DAP sekarang.”

“KJ join DAP? Gila kau! Kenapa DAP? Bukan tu parti Cina ke?”

“Ish ko nie. DAP mana pernah kata dia parti cina. Habsi tu Karpal Singh tu cina ke? Anak dia, yang singh tu, apa nama dia tah. cina ke?” Jelas Amran sambil menghirup air kopinya. 

Amran menyambung “Tak de la. Dia nak join PKR, tapi PKR tak terima. PAS memang dia alergik. Jadi DAP je yang boleh terima dia. Bagus dia orang tu. Walaupun dulu KJ tu cakap macam-macam tentang DAP, sekarang boleh jugak di terimanya”

“Dia tak terlibat dalam politik wang sekali ke?” Tanya Ramli lagi.

“Ada. Enam bulan kena soal siasat dengan SPRM. Tapi dengarnya, disebabkan dialah ramai yang tertangkap di peringkat tertinggi parti UMNO dan BN. Dia pecah rahsia. Jadi, kerajaan bagi dia lepas dengan jaminan berkelakukan baik.” Jelas Amran. Ramli mengangguk lemah.

Di televisyen rancangan berita tengahhari TV3 berlangsung dengan pembaca berita memakai purdah sedang membacakan berita.

“Berita Jam 2. Menurut ketua pembangkang, Dato’ Abdullah Ahmad Badawi, di Parlimen semalam, keenganan kerajaan mendedahkan jumlah sebenar pemegang permit teksi menunjukkan bahawa kerajaan tidak telus dan mahu menyembunyikan fakta sebenar bahawa terdapat kroni kerajaan Pakatan Rakyat terlibat di dalam perkara ini.
Mendedahkan perkara tersebut, dato Abdullah Ahmad Badawi menunjukkan beberapa kertas dan dokumen rahsia mengenai perkara tersebut.”

Ramli masih mendengar dengan teliti.

“Ha ko dengar tu. Nampak sangat kerajaan pakatan rakyat nie penipu. Eh sekarang TV3 ada lagi ke? Bukan TV3 UMNO Punya?” Amran tidak berkata apa-apa. Cuma terus mendengar berita di TV.

“Namun begitu, menjawab pertuduhan tersebut, Menteri Pengangkutan menjelaskan bahawa dokumen yang ditunjukkan oleh ketua pembangkang sebenarnya adalah dokumen yang mendedahkan bahawa 100% pemegang permit tersebut adalah bekas ahli BN ataupun kroni mereka yang kini sudah bersara, menghilangkan diri ataupun masih lagi menjalankan perniagaan tersebut.
Ini kerana, menurut menteri pengangkutan, dokumen itu sebenarnya diwarisi daripada kerajaan sebelum ini dan juga turut di miliki oleh kerajaan sekarang dan kini berada di tangan SPRM untuk siasatan lanjut. Rakyat akan dapat memuat turun dokumen berkenaan di laman sesawang kerajaan Malaysia tidak lama lagi”

“TV sekarang pun dah telus. Tak macam dulu” ujar Amran.

Makanan sudah tiba dan dihidangkan di hadapan mereka. Ramli seakan-akan tidak berselera. Amran perasan perubahan kawannya itu.

“Proton macam mana? Kau tak cakap tadi?”

“Oh. 3 tahun lepas dasar automobil Negara dah digubal. Semua kereta import dah tak ada lagi harga mahal-mahal. Kereta proton dan ada enjin sendiri dan kualiti lebih baik dari proton preve aku tu boleh dapat sekarang dengan harga bawah 30 ribu. Kalau kereta macam myvi boleh dapat bawah 15 ribu. Second hand pun dah murah sekarang. Kalau myvi dalam rm 800 pun boleh dapat.” Jelas Amran panjang lebar.

“Jadi proton masih ada?”

“Ada. Cuma dah tukar nama.”

“Tukar”

“Aha. Tukar. AutoPeople”

“Auto People?”

“aha. Kereta rakyat. Jadi semua murah dan mudah nak dapat. Kualiti pun dah bagus dan 100% buatan rakyat Malaysia termasuklah enjin, body, spare part. Jadi bila dah buat tempatan, harga murah.”

Ramli terdiam. Ramli teringat lagi kata-kata yang di dengarinya pada perhimpunan agung UMNO 2012. Itu la ingatan yang paling segar di ingatannya. Seolah-olah ia berlaku semalam. Tetapi ingatan tersebut seakan-akan kontra dengan apa yang dilihatnya pada hari ini. Dunia yang ada pada hari ini semacam asing baginya. Dia tidak tahu, sama ada patut gembira. Atapun patut berduka.

“Zaman dah berubah Ramli. Masa kau terlantar kat hospital, anak-anak kau dapat bantuan kerajaan negeri Perak dari baitulmal. Rumah tu pun di bayar oleh baitulmal. Kalau tak, mana dia orang nak duduk dengan pendapatan bekas isteri kau tu.” Amran menyirup air kopi dan meneruskan ceritanya.

“Anak kau yang bungsu tu, si Afdal kan sakit jantung. Alhamdullilah dah pun di bedah di IJN wad kanak-kanak dengan pakar dari India. Kos dia dalam 15 ribu. Kau ingat tak dulu kau tanya, berapa kos bedah masa sebelum kemalangan tu?”

“Kat IJN?” Jawab Ramli pantas.

“Ha IJN”

“Lapan puluh dua ribu”

“Ha tu yang kau tak dapat nak cover kan”. Ramli mengangguk lemak.

“Menteri besar perak, dato’ seri Nizar sendiri tandatangan surat kelulusan pembedahan anak kau di bawah jaminan kerajaan negeri. Percuma.”

Ramli memandang ke arah kawannya Amran lama. Perlahan air matanya mengalir. Antara sedih, tidak percaya, marah geram.. Matanya berpinar. Dia tidak dapat melihat dengan jelas. Dunianya berpusing. Akhirnya dia rebah.

-----------------------------

Ramli dikejutkan oleh bunyi yang agak bising. Dia membuka matanya. Dia ternampak Amran dan anaknya di sisi. Ramli terkejut dan melihat sekeliling.

“Aku kat mana ni Amran?” Dia memandang Amran dan anaknya serta orang lain.

“Kenapa semua orang Nampak lain?”

“Apa yang lainnya Ramli? Tanya Amran.

“Semalam kau kemalangan. Sekarang nie kau kat hospital Ipoh. Nasib baik la kau pengsan dan patah kaki je.”

“Semalam? Jadi… tadi aku bermimpi ke? Ini bukan 2016? Pakatan Rakyat tak menang?” Ramli memegang kepalanya dan menangis. Dia melihat anaknya, Afdal sedang berdiri memandangnya kosong.

Di televisyen, wajah Steve Job, pengasas syarikat Apple, dalam ucapan terakhirnya di sebuah university di Amerika memberikan kata-kata yang bakal merubah hidup Ramli. dan mungkin kita.:

“Selanjutnya, anda tidak akan dapat menyambung titik (kehidupan) dengan memandang kehadapan; Anda hanya akan dapat menyambungnya dengan memandang kebelakang. Jadi anda kena yakin bahawa titik tersebut akan bersambung pada masa depan anda. Anda hendaklah percaya kepada sesuatu – gerak hati anda, takdir anda, hidup, karma, apa sahaja. Pendekatan ini tidak pernah menghampakan saya, dan ia telah membuat segala perubahan, dalam hidup saya” - Steve Jobs -

“Again, you can't connect the dots looking forward; you can only connect them looking backwards. So you have to trust that the dots will somehow connect in your future. You have to trust in something — your gut, destiny, life, karma, whatever. This approach has never let me down, and it has made all the difference in my life.”

Credit : unknown writer

(Dapat cerpen ni daripada email)

15 February 2013

Tips Cari Kerja Dengan Mudah Part 2


Masuk cite 2012..

Saya seorang pekerja yang sangat berkeja keras sampai malam buat testing. Customer plak orang Jepun, slagi xsiap dia xmau balik even da pukul 12 malam. Pastu supplier suke buat hal hantar mould lewat malam. Pastu hantar barang rosak sana sini. Stress.

Kadang2 kak syida akan call tanya bila nak balik sambil menangis2. Fizikal saya makin lemah kalo x diberi sokongan. Penat, bila balik ade orang buat muka masam sebab balik lewat. Huhu ape nak jadi tah. Saya terfikir sampai bila camni.

Ade sorang pekerja baru tu dia cakap “awak fresh grad, nape keje bidang injection moulding.. better cari keje lain yg lebih cerah”.. Bos sini layan pekeja macam lembu kene tarik dgn tali. Cam hamba. Yep chinaman company memang camtu, tapi saya nk cari pengalaman. Sebab dengan pengalaman akan dapat kerja lain yg lebih baik.

Kesian tengok pekerja2 lain merungut setiap hari terutama foreigners. Gaji skit, kerja cam orang gila multitasking. Aritu penah MD nk potong gaji dorang, ape lagi smua pekerja mogok. Sonok time tu tak wat keje sebab kilang lengang je huhu. Pastu polis datang tuk settlekan keadaan. Tak nak cite lebih pasal ni.

Sebenarnya time tu target saya nak keje kat Sony Bangi. So saya nampak keja bidang plastic adalah jalan pintas tuk ke sana. Pe pon kene la bertahan sebelum dapat apa yang terbaik.

Penat.. Letih.. Gado dengan customer.. Kerja sampai malam xde OT.. Macam2 pemikiran negative datang kat kepala.. Sibuk cari kerja lain yg lebih baik.. Tapi 1 call for interview pon tak dapat..

Saya rasa betul2 letih. Kerja Monday to Saturday.. Sunday je rehat.. Monday keje balik.. Da jadi cam robot.. Time tu dalam kepala, kalo nak cari keje lain mesti kena dapat keja Mon-Fri je.. Kalo keje ari sabtu kene tolak, serious penat..

Personaliti pon da berubah jadi cepat marah. Ni bukan diri saya yang sebenar, tak nak jadi camni. Bagitau mak, nak resign da tak larat. Tapi tak hantar2 surat resign sebab tak dapat keje lain lagi.

Pendek cite mak sponsor hantar saya pi ambik SHO course kat Niosh. Harga total RM4000 + RM950 (exam).

“Mak da bagi pancing, pandai2 la cari ikan”

Hihi.. Saya pon ngan bahagia hantar surat resign. Skali bos tak kasi resign. Dia bagi cuti sebulan tanpa gaji.. Saya terima je wat back up plan.

So pada bulan April 2012 saya pegi ke course Safety and Health Officer (SHO) kat Niosh. Masa tu kenal ramai kawan-kawan.

Suasana Dalam Kelas
Hati terasa lega sebab berjauhan dengan kilang. Selain dapat merehatkan badan, saya juga dapat merehatkan minda. Secara tak langsung pemikiran jadi waras sebab jauh daripada pengaruh2 negative kat kilang.

Masa tu saya terfikir kena buat sesuatu jika ingin terus ke hadapan. Kalo nak berjaya kena berfikiran postive. Kene bersangka baik dengan Allah.

Teknik Law of Attraction
Sabda Rasulullah SAW bahawa Allah SWT telah berfirman:

“Aku adalah seperti sangkaan hambaKu terhadap Aku. Dan Aku bersamanya tatkala Dia mengingatiKu. Sekiranya dia mengingatiKu dalam dirinya, maka Aku akan mengingatinya dalam diriKu.

Sekiranya dia mengingatiKu di khalayak ramai, maka Aku akan mengingatinya di depan khalayak ramai yang lebih mulia(para malaikat dan nabi-nabi). Jika hambaKu mendekatiKu sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika hambaKu mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa.

Jika hambaKu mendekatiKu dalam keadaan berjalan, Aku akan mendekatiNya dalam keadaan berlari(cepat)
.”

Hadith Qudsi Riwayat Bukhari dan Muslim. Hadith nombor 59 dalam Kitab Al-Wafi karangan Imam An-Nawawi.

Da panjang sangat. InsyaAllah next post saya shared camne dapat keje dalam bidang Oil & Gas lak :D


To be continued.. 

14 February 2013

Tips Cari Kerja Dengan Mudah Part 1


Cam biasa lama betul tidak menulis dalam blog ni.

Kali terakhir post pasal praktikal tahun 2011. Kira blog ni banyak cerita pasal zaman kampus. Memandangkan saya da lama tinggalkan kampus maka blog ni akan diupdate mengikut peredaran zaman iaitu alam pekerjaan.

Summary Cerita Tahun 2011-2012

Pendek cerita dihujung time praktikal, saya telah hantar banyak resume ke company2 berkaitan. Hehe jadi Job Hunter sat. Namun 1 call pon tak dapat daripada HR. Kawan2 berduyun2 dapat call for interview.

Hmmm.. Abis praktikal still tak dapat keje.. Asyik terpikir nak sangat keje kat Bangi..

Saya terbaca sebuah buku “Law of Attraction”. Buku ni ajar saya satu benda iaitu :

“Kalo kita nak sesuatu, kita boleh menggunakan tarikan sengaja tuk dapat benda tersebut”

Law of Attraction by Michael J.Losier

Apa lagi, saya buka surat khabar cari je ape keja yang ada.

Keja kerani.. Keja jaga farmasi.. Keja kedai elektronik.. Semua saya apply..

Maka dapat la call for interview kat tengah2 KL sebagai kerani kat agensi hartanah..

Interviewer : Awak ade degree, tapi apply keje kerani?

Saya : Saje cari pengalaman..

Hihi betul pengalaman. Tu 1st time saya pegi interview. Pastu dapat call interview tuk keje kedai barangan elektronik. Best lagi dapat call tawaran kerja kat farmasi. Hati rasa best. Sangat best sebab macam2 offer datang hehe. Mana satu nak pilih ni. Banyak sangat offer.

Tak lama pastu tu dapat call daripada unknown number. Saya tak sempat angkat. So saya telifon balik. Mana la tau kalo2 ade job offer lagi. Skali betul hit the target..!!

Dapat interview sebagai Asst.Project Engineer kat Bandar Tech Kajang. Gembira Allah je yang tahu sebab tempat tu dekat dengan Bangi.

Hati rasa berbunga2 banyak sangat tawaran datang.. Nak jadi cerita petang tu dapat call lagi for interview sebagai Lab Assistant kat kilang kimia. Gembira sangat hehe..

Pendek cite pas pegi kedua2 interview ni, saya accept offer sebagai Asst.Project Engineer. Sebab mudah ade 2 je iaitu :

1)      Nama position cam best
2)      Gaji lagi tinggi hahaha

Alrite.. Ape moral of the story?

Inilah dinamakan tarikan sengaja..! Salah satu prinsip dalam Law of Attraction. Mula2 saje je cari keje yang biasa2. Bila kita da attract benda tu, maka akan datang lagi benda yang kita nak sebab hati ngah happy. Allah pon happy nak memberi kepada hambaNya yang bersyukur.

Percayalah sebab tempoh saya cari keje cuma 2 minggu selepas abis praktikal. Dapat keje sebelum graduate..! Power.. Ni tips mudah nak cari kerja..

Semasa cari keje dilarang cakap benda negative :

“Susah la cari keje”

“Fresh grad memang ramai yang menganggur”

 “Lama lagi aku nak dapat keje haihhhh”

“Aku kat umah ni tanam anggur”

Sebaliknya katakan something yang positive :

“Senang je cari keje. Semuanya dihujung jari”

“Fresh graduate senang dapat kerja”

“Aku antara Fresh Grad yang dapat keje.. Alhamdulillah”

“Cepat je aku dapat keje”

“Aku kat umah tengah berusaha click2 kat jobstreet supaya kerja cari aku”

Hihihi nampak tak beza? Sebenarnye simple and senang sangat nak cari keje. Cuma membezakan kita adalah keinginan, pemikiran dan usaha. Skali lagi saya berjaya cari kerja tanpa cable :)

Abis cite 2011..

To be continued.. 

12 March 2011

Latihan Industri.. Tak Perlu Cable..

:D


Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur saya panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan rahmat dan inayahNya, akhirnya dapat juga saya tawaran latihan industri selepas mencari dari akhir tahun lepas lagi. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang usaha mencari tempat latihan industri. Paling penting "SAYA TIDAK MENGGUNAKAN CABLE UNTUK DAPATKAN TEMPAT LI."


TIPS APPLY INTERNSHIP/ INDUSTRIAL TRAINING/PRACTICAL


Tempat paling senang nk cari tempat latihan industri (LI) adalah di Jobstreet. Jangan sekadar cari internship je, tapi cari gak jawatan kosong yang berkait rapat dengan kos yang kita ambik.

1) Selepas itu bila da dapat nama company, cek kat website company tersebut untuk mendapat sedikit sebanyak gambaran.

2) Kemudian cek kat google maps jarak antara tempat LI dengan rumah. Kalo sesuai go to next step..

3) Call company tersebut. Bila operator angkat, cakap la nak cakap dengan human resource (HR) department.

4) Bile HR angkat cakap la kite nak apply internship/latihan industri/praktikal etc.. Kalo company tersebut ada sediakan tmpt, mintak email HR trsebut supaya kite leh email resume n surat universiti (jimat kos). Kalo xde tmpt then sayonara.

5) Setiap 3 hari (ikut sedap rasa) kita call blik HR tersebut untuk follow up permohonan..

6) Kalo dapat alhamdulillah.. Kalo xdpt try lg..


Alrite.. Ni je step secara umum.. masa awal2 tu mmg saya telifon sendiri post surat n email sendri.. Pas da stat bz ngan tesis n studi, Kak Syida banyak menolong saya telifon tmpat LI.. Melalui skill kita telifon tempat LI, kita akan tahu company itu bagus ke x.. Nak kongsi sedikit pengalaman coursemate saya.. Dia telah pos resume dia kpd sebuah company namun HR kate xdapat surat tersebut.. Ni perbualan yang di edit mengikut ingatan :

Kawan : Saya da hantar surat lama, dalam sebulan. Kawan2 pon hantar sekali.

HR : Tapi kami tak dapat surat tersebut.

Kawan : Mayb leh cek cari balik surat tu.

HR : Saya kata xde.. xde la!

Kawan : Erk.. you kan HR.. Kalo xnak buat keje.. bagi je keje kat saya.. baik saya yang buat!

HR : (terdiam)... well UKM student are very bad at speaking english..

Kawan : WHO SAID THAT..!? I can prove it to you that UKM student are able to speak better than you..

HR : (terdiam) alrite I let you to speak to higher person..

..............................

Ok sampai situ je.. Kalo rse bole buat sila try.. Hehe.. Saya sgt respect keberanian kawan saya.. Kalo la saya ni Bos kilang da lama saya trima pekerja camni.. Berbalik kepada cerita diri sendri.. Akhirnya setelah sekian lama xdapat gak tempat LI, kawan saya telah mengajak saya pergi ke kilang2 sekitar Bangi tuk cari sendiri tempat LI..


LAST PERGI SENDIRI TEMPAT LI..


1st kilang orang xde, pak guard ckp pekerja xsampai lagi.. Tgk jam kul 8 lebih.. So tempat camni jangan la pilih.. Ade satu kilang tu mak guard yang jaga baik sangat so kitorang cam suka la.. Tapi bila pi kat HR kami cam dilayan x layan.. So dapat gambaran buruk kat tempat tu.. Sapa nk keje kat tempat camtu.. Ade kilang lain lak suh kitorang drop resume kat pak guard je.. Xdpt jumpe HR.. Lg ironic..

Last kitorang pergi ke ***** (M) Sdn Bhd. Masa kami datang cakap nak apply tempat LI.. Pak guard suh kami jumpe Mr. K.. Wow pak guard pon kenal sape HR.. Ambik pas pelawat, kami ke lobby.. Buka pintu 1st nmpk reception counter.. Tapi xde orang.. Apa yang ade kat kaunter tu telifon n senarai nombor extension pekerja.. Sebab baru 1st time datang cam xtau nak wat pe.. Tiba2 makcik cleaner gak tolong kitorang hubungi Mr.K.. Baiknya..

Kami pon tunggu la kat lobby.. Nasib baik ade meja n kerusi.. Tak lama pastu Mr.K datang.. Kami pon berbincang2.. Dia cakap orang yang apply praktikal sangat ramai sampai xterbalas smua.. Susah la skit nak trima kami.. Agak down n riso time tu.. Dia siap tegur email smua pelik2 susah dia nak kenal pasti sape pemilik email.. So better guna nama sendri.. Pastu dia cakap kalo trima sorang dua je yg lain jangan sedih.. Bertambah riso di hati.. Sembang2.. Balik~



TIPS CV
Disebabkan antara kami bertiga, saya sorang je resume xlengkap coz gambar da abis, saya kene email balik resume kepada Mr.K. Sebelum tu wat email baru guna nama sendri. Kat cover letter saya tulis sebab2 kami perlu diterima buat LI.

Pnah terbca tips wat cover letter (CV).. Jgn wat ayat copy paste dr buku cam robot.. Tulis ape yang btol2 kita alami.. Knp perlu kita diterima bekerja.. Tulis sbagai seorang manusia.. Kerana HR yg nk baca tu pon seorang manusia yang memiliki hati..

Contoh ayat robot :

"I understand the position also requires a candidate who is team- and detail-oriented, works well under pressure, and is able to deal with people in departments throughout the firm"

Contoh ayat manusia :

"I've spent the last three weeks looking for a job at a real software company, but all I can find are cheezy web design shops looking for slave labor"

"We yanked our son out of high school and brought him to Virginia. I am not going to move again until he is out of high school"

Joel Spolsky : "These are both great. You know why? Because I can't read them without thinking of these people as human beings. And now the dynamic has changed. I like you. I care about you. I like the fact that you want to work in a real software company. I wanted to work in a real software company so much I started one. I like the fact that you care more about your teenage son than your career.")

So faham pentingnya CV..? Bagi saya CV adalah lebih penting daripada resume n pointer.. Sbb CV adalah 1st impression orang terhadap kita..

Ini adalah CV saya sebenar :

"Saya sangat berharap permohonan ini dipertimbangkan secepat mungkin kerana pengesahan tempat latihan industri perlu dibuat segera kepada pihak universiti. Tambahan pula saya masih tidak mendapat tempat untuk menjalani latihan industri lagi. Saya sangat berharap dapat membuat latihan industri di Bangi dan sekiranya mempunyai rezeki saya ingin terus berkerja di tempat tuan."

Hehe kantoi.. Tapi memang saya tulis ni dengan penuh perasaan desperate nk tmpt LI n nakkkkk sgt keje kat Bangi.. HR pon ade hati budi.. Dorang pon penah mengalami sukarnye cari keje.. Susahnye nk dapat keje.. Tambah lg something y ade date line.. So mereka memahami bila kite desperate sangat nk dapat tempat LI.. Kalo xdapat tempat LI kat Bangi, tah2 kne campak pi jauh2.. Sape nak..? :D

Dipendekkan cite, after 1week++ Mr.K telifon saya.. Ni perbualan mengikut ingatan :-

Mr.K : Saya trima banyak sangat email follow up dari you all.. Pening email lain2..

Saya : Sebab yg email tu kami bertiga.. Tu yang cam banyak je..

Mr.K : Btol ke you all xdapat tempat LI lg ni..?

Saya : Stakat ni saya dengan kwn ni je y xdapat tmpt LI lg.. Kitorang memang sangat desperate nk dapat tempat LI sebab kami perlu buat pengesahan dengan universiti.. Da apply banyak sangat tempat tp xde rexeki lagi..

Mr.K : Hmmm.. camni la.. I trime you all wat LI kat sni.. Tp kne wat btol2 la bkn senang tau I nak tolong you all..

Saya : Ya Allah.. trima kasih sngt2.. (sambil menjerit dalam hati)..

............


ENDING

Tu lah kisah camne saya dapat tmpt LI..

Ingat..! Masa nak apply mana2 tempat bagitau dulu parents nak apply sekian2 tempat.. Mohon berkat.. Mintak doa mereka.. Jangan bersedih kalo lambat dapat tempat LI kerana Allah tahu ape yang terbaik untuk kita..

Sbnrnye bila lambat dapat tmpt LI, saya mengharap supaya Allah bagi mana2 tempat je xkisah.. Sbb time tu sedih n down sngt.. Tp syukur sngat2 kerana Allah bagi pakej y terbaik untuk diri ini.. Tmpt LI yang sangat berkait rapat ngan kos y diambil, position keje yg sngt best, ade geng, dapat alaun n paling best kat Bangi.. Alhamdulillah :D

Ini je la sedikit sebanyak pengalaman yang boleh dikongsi.. Sebab ape nak kongsi? Sebab masa saya cari tips tentang LI kat tenet xbyk jumpe.. Semoga ape yg dikongsi ni leh membantu ramai orang dalam mencari tempat LI.. Sesungguhnya dapat tempat LI tanpa cable adalah lebih menggembirakan.. :D

>>>>>>>>>